Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Komen Kurang Ajar M Nasir! - Bienda

Khamis, 12 November 2015

Bienda menuntut pihak juri program realiti Gegar Vaganza 2 iaitu terutama, M. Nasir memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya, Sheeda yang berduet dengan Aweera dalam konsert minggu keempat, malam Ahad lalu.

Bienda mengomen yang diberikan oleh juri selepas persembahan itu disifatkan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.
"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian,

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," ujarnya kepada portal mStar Online

Antara komen M Nasir iaitu "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Kata-kata itu mengundang ketawa orang ramai dan selepas itu turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; "aku dah agak dah... aku dah agak dah..."

Wajah Sheeda dalam program itu terus berubah dengan komen juri.


Padan Muka bila M. Nasir sound Nabil!

Rabu, 4 November 2015

M. Nasir Sound Nabil Ahmad di Gegar Vaganza 2
Nabil Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan ekoran lawaknya yang sememangnya dikenali sebagai membahan orang ramai dan artis-artis.

Dalam rancangan Gegar Vaganza 2 minggu ketiga semalam, Nabil telah membuat lawak tentang M. Nasir dan isterinya Marlia Musa.
Ini berlaku ketika giliran M.Nasir memberi komen kepada penyanyi Ezlynn. Ezlynn telah memanggil M. Nasir sebagai Hang Tuah dan kononnya Ezlynn sebagai Gusti Putri.
Kemudian Nabil mula membuat lawak tentang Marlia Musa yang kononnya jelous tetapi ditegur oleh Dato’ M. Nasir dengan berkata “jangan libatkan dia dalam hal ini”.

Sekitar penerimaan Doktor Falsafah Dato' M. Nasir (6 gambar)

Isnin, 10 November 2014

Pada hari Sabtu yang lalu, Dato' M. Nasir telah menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah di dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM)

Ini adalah atas sumbangan beliau di dalam bidang muzik selama 14 tahun. Tahniah diucapkan.

Kalau panjang umur, berjumpalah kita - Sidek Hussin

Selasa, 15 April 2014

Pelakon ini sentiasa menjadi perhatian dan simpati apabila dia berada di kaca TV, dialah Sidek Hussin yang menghidap ketumbuhan pada pangkal lehernya yang dinamakan kanser.

Kini Sidek ditahan dirumah sakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan lanjut sejak 30 Mac 2014 lalu.

Baru-baru ini juga tambahan laporan Kosmo!, penyanyi Nash yang merupakan salah seorang pemegang amanah Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) hadir bersama timbalannya, Datuk M. Nasir bagi menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000.
“Ketika sedang leka memilih barang permainan, dia terus pengsan. Saya menjadi panik dan terus menangis. Setelah menghubungi ambulans, suami saya terus dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujar Sebiah, isteri Sidek.
“Saya tidak berselera untuk makan. Jika makan, pasti akan muntah kembali. Jadi, saya hanya bergantung pada susu dan bubur. Disebabkan itu berat badan saya semakin menyusut.

“Bagaimanapun, saya akan terus kuat untuk melawan penyakit ini dan mencuba sebarang alternatif yang ada untuk mengubati kanser,”

“HIDUP dah sampai ke penghujung. Kalau panjang umur, berjumpalah kita,” -Sidek

M. Nasir Nyanyi Lagu Tema PKR?

Rabu, 10 Oktober 2012

Isu politik dikalang selebriti memang tidak perlu diperkatakan lagi, zaman sekarang dah makin ramai selebriti yang dah masuk di arena politik mungkin dek kerana hal-hal tertentu. Yang terbaru admin ada menerima sepucuk email yang dihantar oleh orang bernama 'Siti Saleha' (bukan nama sebenar dan juga bukan artis) yang mahu kita sama-sama mendengar lagu tema PKR.

Dalam email berkenaan terselit bunyi, Lagu ini dicipta oleh Buddhi Hekayat yang juga penulis lirik lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF. p/s dulu buddhi hekayat pernah bekerjasama dengan m.nasir untuk membuat lagu Awan Nano. Jadi tak mustahil mereka bekerjasama lagi untuk membuat lagi Panji Keadilan. 


Kalau korang rasa korang kuat politik dan hiburan, cuba komen sikit. Hehe.

Selebriti di Istana Negara yang baru

Isnin, 12 Disember 2011

Baru-baru ni Istana Negara yang terbaru sudah pun dirasmikan oleh Agong dalam Dirgahayu Diraja (jamuan negara). Dalam pada masa yang sama terdapat juga artis-artis tempatan yang sama-sama dijemput memeriahkan suasana. Mereka adalah Andre Goh, M. Nasir, Vanidah Imran, Shila Hamzah, Ning Baizura dan Stephen Rahman. Memang cantik giler Istana baru ni, sesuai la kita untuk memertabatkan institusi beraja di negara kita.

gambar Fb Shila Hamzah

Tahniah! M. Nasir kini bergelar Dato'

Jumaat, 25 Mac 2011

M.Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang pada 24 Mac 2011. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.

Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia. -Gua

-Tahniah Dato' M. Nasir, kamu memang layak mendapatkannya. :)