Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lufta Omar hamil 8 bulan, jatuh dari atas pentas.. Ini keadaannya sekarang..

Rabu, 20 September 2017

Malang nasib Lufya Omar yang sedang hamil lapan bulan apabila dia terjatuh dari pentas selepas siaran langsung Da'i pada malam Ahad lalu.

Kejadian buruk itu berlaku apabila dia tidak perasan sudah berada di hujung pentas setinggi satu meter.

"Selepas tamat program Da'i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan.

"Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh dari pentas.

"Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan lalu terjatuh,

"Malang tidak berbau, Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.

"Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat," ujarnya memetik mStarOnline.

Kandungan membesar, Lufya Omar bakal bersalin?

Sabtu, 5 Ogos 2017

Lufya Omar, mengakui bayi yang dikandungnya dilihat lebih besar walau baru mencecah lima bulan dua minggu hingga disangka hampir tarikh bersalin.

Lufya berkata, berdasarkan pemeriksaan berat kandungannya kini hampir satu kilogram.

Lufya sah hamil anak sulung.. TAPI..

Rabu, 31 Mei 2017


Dengar khabar yang pelakon, Lufya Omar kini sudah berbadan dua. Berita kehamilannya ini dikongsi sendiri oleh Lufya melalui Instagram, malam tadi.

Lufya yang berkahwin dengan doktor Che Muhammad Hafiz Che Baharom pada 26 November lalu berasa amat bersyukur dengan hadiah pemberian Allah ini kepada dia dan suami.

TAPI diusia kehamilannya yang muda ini, jantina anak sulung berkenaan belum kelihatan lagi.
"Saya dan suami belum tahu jantina anak. Jika diikutkan, saya mahu anak lelaki dan suami pula suka anak perempuan.

"Lucunya ketika kami singgah ke kedai kelengkapan dan baju anak, suami saya meluru ke bahagian anak perempuan dan saya pula sebaliknya. Tapi tak kisahlah apa jantina anak kami, asalkan dia lahir sihat,

"Perut saya sudah membesar. Berkahwin dengan doktor ini tumpuan lebih sedikit kerana suami pakar dalam hal perubatan dan cara menangani kesakitan,

"Kami dapat berbuka puasa dan beribadat bersama-sama. Banyak momen manis diisi. Apabila hamil ini, biasalah perhatian daripada suami jadi bertambah," katanya kepada BH Online.

Lufya Omar, suami tak sempat lakukan ini semasa berkahwin

Rabu, 12 April 2017

Ada berita yang kita tidak sedar mengenai Lufya Omar, setelah berumahtangga hampir 5 bulan dengan seorang doktor, Che Muhammad, dia dan suaminya tidak berkesempatan untuk berbulan madu lagi.

Memetik Bharian, ini kerana jadual padat suaminya terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka itu.

"Buat masa ini, kami belum sempat untuk berbulan madu kerana suami sibuk dengan kerjanya. "Begitupun, ada juga perancangan untuk bercuti ke beberapa tempat, cuma sebelum itu kami akan selesaikan dulu rakaman program Romantika.

"Antara lokasi percutian kami di Thailand ialah Bangkok, Pattaya, Khao Yai, Pak Chong, Kanchanaburi dan Ratchaburi. Kiranya, berbulan madu jugalah," katanya

Wajah suami Lufya Omar disamakan dengan Barbie Ken..

Isnin, 5 Disember 2016

Pada tarikh 26 November 2016, Lufya Omar selamat bergelar isteri dan juga melangsungkan majlis pernikahan bersama pasangan pilihan nya, yang juga seorang doktor, Hafiz. Namun ada pihak yang menyamakan wajah suami Lufya ini seakan-akan patung Barbie Ken.

Rasanya memang hampir sama kan. Hensem gitu.

Sekitar perkahwinan Lufya Omar (27 gambar HD)

Ahad, 27 November 2016



Lufya Omar selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Majlis pernikahan diadakan di Laman Cinta Nirwana Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Lufya menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang kepada pihak lelaki. -mStarOnline

Tunang Lufya, Dr Hafiz buat ini di hospital sebelum nak kahwin...

Isnin, 14 November 2016

Bakal suami Lufya, Muhammad Hafiz yang kini bertugas sebagai seorang doktor nampaknya telah mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi.

Hafiz dimaklumkan telah membuat latihan skrip ijab dan kabul untuk mengelakkan dirinya daripada gemuruh dan gementar ketika melafazkannya nanti.
"Sejujurnya saya rasa tak sabar untuk menjalani hidup sebagai seorang suami kepada wanita yang memang saya cintai. Tak dinafikan sedikit perasaan gementar menjelang hari pernikahan dan perkahwinan kami.

"Tapi saya yakin insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar tambah berkat doa ibu dan bapa kami. Setiap waktu solat saya akan cuba menghafal lafaz ijab kabul dan doa untuk isteri selepas di ijab kabulkan.

"Malah praktis di hospital tu ada juga. Kadang-kadang kena tegur dengan rakan sekerja yang lain," ujarnya sambil ketawa.
Tambah doktor yang bertugas di salah sebuah hospital itu lagi, dia turut bersyukur kerana bakal isteri dan kedua ibu bapanya banyak membantu segala proses persiapan majlis mereka.
"Walaupun jadual pekerjaan saya ketat namun saya tetap mencari masa yang sesuai untuk menemani bakal isteri saya dan memberikan sokongan padu tanpa henti kepadanya," ujarnya memetik MediaHiburan.

Top 5 Selebriti tempatan seiras muka

Rabu, 9 November 2016

Bagaikan tidak percaya, selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang hampir sama. Pasti ada yang keliru yang mana satu artis kesayangan mereka.

Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras.

Wawa Zainal dan Ayda Jebat

5 Selebriti Malaysia Dengan Wajah Seiras
Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik.

Maya Karin dan Marissa Yasmin

Lufya Omar umum tarikh perkahwinanya dengan Doktor..

Khamis, 3 November 2016


Lufya Omar yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan dengan tunangnya yang bergelar Doktor iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz, telah mengumumkan semalam dimana tarikh 26 November ini sebagai tarikh perkahwinannya.

Majlis resepsi pada hari sama di mana majlis akad nikah dan bersanding akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Inilah bakal suami Lufya Omar, Doktor.... (3 gambar)

Jumaat, 26 Ogos 2016

Lufya Omar berkongsi gambar bersama tunangnya di Instagram. Menjalin ikatan dengan seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz, sejak Ramadan lalu, katanya perkongsian itu dilakukan sekadar rakaman kenangan selain berharap peminat mendoakan mereka.

Imej terbaharu Lufya terkini (gambar dan video)

Khamis, 26 Februari 2015

Imej Terbaru Lufya Bertudung
Dengarnya Lufya Omar kini sudah bertampil tudung/hijab dan ianya menjadi niat buat Lufya yang mahu berhijab sejak dahulu lagi dan bukannya gosip yang kononnya dia mempunyai hubungan dengan seorang kerabat diraja.

Bahkan Lufya juga bimbang jika periuk nasinya sebagai anak seni akan menyusut namun dia bakal hadapinya ini dengan kesabaran kerana kebenaran.

Lufya Omar intim dengan kerabat diraja Terengganu?

Rabu, 31 Disember 2014

Memetik portal Cari, ada sumber yang menyatakan pelakon jelita Lufya Omar kini menjalinkan hubungan kawan dengan seorang kerabat diraja Terengganu yang berpangkat VVIP dengan namanya seperti Tengku.

Ditambah lagi, Lufya juga sering lepak bersama-sama rakan Tengku ini sekiranya Tengku ini tidak dapat ikut bersama. Bahkan majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi juga kelihatan kelibat Lufya dan Tengku bersama.

Tunggula kenyataan Lufya nanti, kalau betul memang bertuah lah kan, tapi kalau tak betul, buat macam biasa-biasa je sudah. keke..

Rumah Keluarga di Jual Kerana Kerjaya Seni Lufya

Isnin, 5 November 2012

Lufya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kini dikhabarkan telah menetap kekal di Kuala Lumpur, mungkin tidak menjadi isu/berita besar namun ianya amat penting untuk Lufya yang penat ulang alik diantara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur untuk beberapa penawaran kerja sebagai anak seni / selebriti.

Namun yang menjadi cerita nya pula, ibu dan bapa kepada Lufya sanggup berkorban untuk menjual penempatan mereka di Johor Baharu mengikut sumber harga rumah berkenaan dalam proses penjualan dengan harga hampir RM500k.

Mereka sanggup menjual kerana mengurangkan kos bebanan hidup menetap di Kuala Lumpur semata-mata untuk Lufya dengan kerjaya seninya itu. Apa-apa sebab lain, Wallahualam, semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dalam penghijrahan baru ini. -sumber info Murai.com.my

Gambar Lufya kembar 'Zarina An Julie' Bertudung

Rabu, 25 Julai 2012

Maaf kerana menyalah sangka semalam. Ada yang menegur admin melalui ruangan pemberitahuan semalam, yang menyatakan ini gambar Lufya buka Zarina An Julie, memang rasanya admin pada awalnya ada sahaja yang pelik. Rupa-rupanya kembar kepada pelakon kontroversi Zarina An Julie pula. Patutlah seiras tapi tak serupa. Ya tak. Hehe. :)

gambar Gossip Cari

Zarina lancar perang Twitter dengan Lufya

Jumaat, 20 April 2012

Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina An Julie. Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Dan yang terbaru episod perang Twitter bersama Zarina, Zarina yang sentiasa berani membidas orang secara terbuka, kali ini menyalahkan Lufya yang tidak tahu apa-apa.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.” -Sumber