Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Liza Abdullah, Tunku Hanis bergaduh! (gambar)

Jumaat, 19 Disember 2014

Kecoh beberapa keping gambar menyaksikan pergaduhan diantara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak dikenal pasti.

Cerita ini memang benar, dan ditenangkan oleh beberapa orang yang tidak berpihak antara satu sama lain di tempat itu.

Namun seperti biasa, ianya professional, hanya babak untuk sebuah lakonan drama kedua-dua pelakon berkenaan.
“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” -Tunku Hanis

Liza Abdullah cerai talak satu

Selasa, 25 Februari 2014

Pelakon yang terkenal di kaca tv satu masa dulu, Liza Abdullah, kini sah bercerai dengan suaminya dengan talak satu di mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam, 24 Februari sekitar jam 3 petang.

Memetik portal mStar, bekas suaminya, Zolkifli telah melafazkan lafaz talak berkenaan dihadapan hakim dengan cara yang baik. Sebelum bercerai mereka sempat berpelukan sebagai suami isteri yang masih sah lagi ditambah tangisan dengan dua orang anak mereka, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Kes perceraian ini sudah difailkan oleh Liza tahun lalu. Mereka sudah tidak mempunyai sepahaman dimana tidak tinggal sebumbung dalam waktu tempoh yang agak lama.


Gambar Anak Liza Abdullah

Khamis, 31 Oktober 2013

Difahamkan gambar ini adalah anak kepada pelakon tak asing lagi, Liza Abdullah. Namanya anaknya ini adalah Naffiz Zolkefli.

Kalau tidak silap Naffiz juga pernah berlakon dalam beberapa drama, tapi tak ingat yang mana satu, dan yang pasti, drama Misiku Kuza adalah drama yang sempat dilakonkan oleh Naffiz.

Memang ada pakej juga anak Liza ni. Rupa dan bentuk badan juga ok.