Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lirik lagu terbaharu Zulin Aziz yang sebenarnya bermaksud.....

Selasa, 1 Ogos 2017

Dengar khabar yang Zulin Aziz telah memuatnaik lirik video lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Datuk Jamal Abdillah.

Namun lirik berkenaan sememangnya ada maksud tersendiri dan ianya memang ditujukan kepada seseorang yang berpura-pura baik di hadapan tetapi tikam di belakang.

Khai Bahar cemburu dengan Aiman Tino & Sufian Suhaimi?

Khamis, 19 Januari 2017

Kejayaan dan populariti yang dikecapi artis baharu seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi nampaknya mendapat perhatian ramai pengemar muzik tempatan. Dalam pada yang sama, penyanyi Khai Bahar menafikan yang dia berasa cemburu dengan pencapaian rakan selebritinya itu.

Khai juga menganggap kejayaan kedua-duanya itu merupakan rezeki bagi mereka kerana sambutan luar biasa terhadap lagu masing-masing.

Misha Omar - Angin Syurga ditarik dari Muzik-Muzik

Selasa, 9 April 2013


Mengikut sumber, lagu yang dinyanyikan oleh Misha Omar berjudul, Angin Syurga telah ditarik balik daripada menjadi salah satu lagu yang dipertandingkan di program TV, Muzik-Muzik.

Difahamkan lagu ini dicalonkan pada minggu yang lalu namun terkeluar minggu ini secara mengejut!, sumber lagi menyatakan yang ianya ada masalah dalaman di pihak produksi, Sony BMG.

Lagu ini memang lagu yang best dan ramai yang meminatinya, ntah mengapa ianya terjadi begitu. Sedih!

Shila Amzah - Masih Aku Cinta

Jumaat, 15 Februari 2013

Adui bukan main romantik sungguh Shila Amzah ni, siap buat lagu yang dikatakan khas untuk bekas kekasihnya Sharnaaz. Biasalah jiwa perempuan tak sama dengan jiwa lelaki, kan kan.

Dengan status Twitter-nya baru-baru ini yang berbunyi:
"New start, new life, new songs coming out...alhamdullilah " 
Maka lahirlah sebuah lagu berjudul 'Masih Aku Cinta'. Memang tidak dinafikan lirik dan juga iramanya memang berkaitan dengan kehidupan Shila dan Sharnaaz.


Lirik Lagu..
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku..
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu, memanggil nama ku..
Terasa seolah kau masih ada...

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu..
Namun ku, 'kan selalu doakan mu..
Agar kau takkan terus terluka..

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan Kau gusar
Aku, akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia, menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku..

Gambar Maya Karin di Studio Yassin

Jumaat, 3 Ogos 2012

Maya Karin pastinya individu yang merasa kesepian setelah bercerai dengan bekas suaminya Julai 2010 yang lalu. Yang pasti dirinya tidak berasa sebegitu seolah-olah ianya sudah hilang diingatan kerana kesibukan kerjayanya yang kian menaik. Dan mengikut sumber, bekas suaminya juga sedang bergiat aktif dalam beberapa siri lakonan drama/filem.

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil oleh jurufoto candid ketika Maya Karin sedang mempersiapkan lirik lagu sehingga yeye berjaya dengan dibantu oleh komposer, Yassin di studionya baru-baru ini. Kelihatan Maya tidak memakai sebarang makeup ketika itu, dan ianya nampak keletihan dengan lambakan lirik lagu yang digubahnya namun membuahkan hasil.