Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Leez selamat melahirkan anak (2 gambar bayi)
Rabu, 6 April 2016
Leez selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Nur Safiyya Alisha. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan di Pusat Rawatan Islam Azzahrah di Bangi pada kira-kira jam 5.26 petang. Leez yang berkahwin dengan anggota kumpulan Drama Band, Aepul pada Disember 2014 gembira dan bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung berkenaan. Leez turut berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya.
Punca keguguran kehamilan Leez Rosli..
Selasa, 7 Julai 2015
Leez Rosli kini dalam keadaan berkabung diatas perginya insan yang dinantikan iaitu cahaya mata sulongnya yang dikhabarkan telah keguguran di dalam fasa awal proses kehamilan.
“Sebenarnya saya sendiri tidak menyedari diri saya hamil, jadi disebabkan saya tidak tahu maka saya lakukan aktiviti harian seperti biasa seperti wanita normal.
“Sehingga saya berjumpa dengan doktor buat pemeriksaan dan mengesahkan saya sudah hamil tetapi kandungan saya tidak dapat diselamatkan, punca saya keguguran saya tidak pasti dan tidak berpunca saya jatuh dan sebagainya,” kata Leez kepada rancangan Hiburan Melodi TV3.
“Apabila doktor memberitahu Leez hamil, saya sebagai suami amatlah gembira, tetapi kandungan itu telah gugur saya pasrah dan redha, jadi kami kena usaha lebih kuat untuk mendapat anak,” seloroh Aepul, suami Leez.
Sekitar pernikahan Leez Rosli, Aepul (17 gambar)
Isnin, 29 Disember 2014
Pelakon Leez Rosli sah menjadi isteri kepada Aepul (Drama Band) telah berlangsung baru-baru ini dengan 3 kali lafaz di Masjid Salahuddin al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.
Aepul memberikan 9 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran oleh Leez. Manakala mas kahwin berjumlah RM80 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. -Gambar RotiKaya
Gambar Leez AF4 Sudah Bertunang
Khamis, 26 Disember 2013
Wah tahniah lah baru dapat tahu yang Leez AF4 selamat bertunang pada 11 Disember lalu dengan vokalis Drama Band, Aepol.
Memang baru dapat tahu berita ini, sebab ada beberapa keping gambar telah di edarkan di laman-laman sosial.
Yang terkilannya, Leez dan Aepol tak menghebohkan majlis pertunangan mereka ini kepada media.
Memang baru dapat tahu berita ini, sebab ada beberapa keping gambar telah di edarkan di laman-laman sosial.
Yang terkilannya, Leez dan Aepol tak menghebohkan majlis pertunangan mereka ini kepada media.
Gambar Leez AF4 Terkini
Khamis, 11 Julai 2013
Masih ingat dengan Leez pelajar dari Akademi Fantasia musim ke-4.? pastinya anda ingat kalau lihat orangnya, kadang-kadang ada dalam drama/filem. Cuma jarang media serbu dia jadi anda jarang ketahui kelibat dia. Dulu Leez pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Zizan Razak, namun putus ditengah jalan.
Nah kini dia masih lagi aktif dalam dunia anak seni, tidak tenggelam dan cuma slow sedikit perjalanannya ini. Apa-apa pun semoga berjaya kepada Leez.. Instagram Leez
Nah kini dia masih lagi aktif dalam dunia anak seni, tidak tenggelam dan cuma slow sedikit perjalanannya ini. Apa-apa pun semoga berjaya kepada Leez.. Instagram Leez
Zizan Raja Lawak tinggalkan Leez kerana populariti?
Ahad, 28 Februari 2010
Sudah setahun lebih, bintang Prelude AF4, Leez putus cinta dengan pengacara dan pelakon, Zizan, Raja Lawak. Namun, masih ramai yang tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan mereka. Dalam pertemuan bersama Leez baru-baru ini, cuba menanyakan persoalan ini kepada gadis berkulit hitam manis ini. Namun,dia sendiri mengakui tidak punya jawapannya kepada soalan berkenaan.

"Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa. Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya. Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut.
"Buat masa ini, saya tidak fikir saya sudah bersedia untuk ke arah itu (cari lelaki lain). Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Saya nak kumpul duit dulu," katanya lagi. -Murai







.jpg)

