Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Julia Ziegler umum tarikh perkahwinan

Isnin, 31 Oktober 2016

Julia Ziegler bakal bergelar isteri kepada jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan yang dikenali sejak setahun lalu. Julia mengakui yang dia kini berdebar menanti hari bahagia mereka yang dijadualkan berlangsung pada awal 2017.

Mereka juga sudah pun menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.

Ini ke kekasih Nas-T yang terkini? (cun habis)

Isnin, 4 Januari 2016

Pelakon Nas-T mendedahkan yang dia sebelum ini berminat dengan seorang janda anak satu dengan profesion sebagai model, Atitah Haris. Namun idak dipastikan keakraban mereka seperti apa, kawan biasa atau bercinta.

namun ada yang melihat mereka kelihatan bersama untuk menghadiri kursus kahwin. Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama juga dimuatnaik oleh Atitah sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Gambar ini bukti Tasha Shila akan berkahwin tak lama lagi?

Rabu, 21 Oktober 2015

Dengar berita yang Tasha Shila ada pergi ke kursus perkahwinan baru-baru ini. Ini membawa maksud yang Tasha bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ini dibuktikan lagi dimana Tasha sendiri memuat naik gambar dia ke tempat itu dengan berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.

Selain itu timbul gosip bakal ditaja oleh individu ternama untuk majlis perkahwinannya nanti. Kita tunggu je lah pengumuman dari Tasha sendiri nanti kan. :)

Azwan, Nad Zainal ke kursus kahwin

Selasa, 4 Mac 2014

Memetik portal mStar semalam, pelakon Azwan Kombos dengan kekasihnya, Nad Zainal sudah pergi ke kursus kahwin yang diadakan pada 1 dan 2 Mac yang lalu.

Namun Azwan belum memastikan lagi samaada untuk berumahtagga dalam masa terdekat. Dan merancang 2 tahun dari sekarang untuk ke arah itu.
"Ya, kami ada menghadiri kursus kahwin pada minggu lalu di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Bagi saya ambil kursus perkahwinan ini macam ambil lesen, kita boleh ambil bila-bila walaupun belum ada tarikh atau perancangan sekalipun, "

"Buat masa ini kami ingin fokus dalam kerjaya dan kumpul duit terlebih dahulu.

"Insya-Allah kalau tak ada halangan dalam masa dua tahun lagi (akan kahwin). Jodoh Allah yang tentukan, kalau boleh saya pun ingin perkara ini berlaku lebih awal," -Azwan

Almy Nadia Sudah Pergi Kursus Kahwin?

Selasa, 21 Januari 2014

Dengarnya pelakon Almy Nadia sudah menghadiri kurus perkahwinan baru-baru ini, memetik sumber portal forum Cari, dia pergi keseorangan tanpa kelibat kekasihnya Fizz Fairuz untuk bersama-sama.

Mungkin Fizz dah pergi kot kursus berkenaan sebab tragedinya bertunang dengan isteri orang tempoh hari dan akhirnya bertaut kembali dengan Almy.

Wah macam tak lama lagi kan rasanya mereka berdua nak mendirikan rumahtangga. Baguslah juga tu, kalau nak kahwin cepat-cepat, dapat menghilangkan fitnah orang ramai kan.

Gambar Misha Omar Bertudung Tapi...

Jumaat, 1 November 2013

Tahniah, Misha Omar Kini Berhijab
Dikhabarkan Misha Omar kini sudah bertudung penuh, Namun ada desas desus yang menyatakan Misha Omar bertudung adalah ketika dia hendak pergi ke kursus perkahwinan yang tidak lama diadakan lagi yakni bulan Februari 2014 nanti.

Qi Razali, Nelydia Senrose Ke Kursus Kahwin?

Rabu, 26 Jun 2013

Qi Razali dan Nelydia Senrose yang diketahaui ramai sedang bercinta dikhabarkan baru-baru ini ada pergi ke kursus kahwin. Mana taknya, sekeping gambar kelih Qi bersokong manakala Nelydia pula memakai tudung.

Usia Nelydia yang kini baru 19 tahun agak sukar menerima logik kalau dia mahu menamatkan zaman bujang yang masih awal. Menjawab teka teki gambar berkenaan, Neldydia hanya ketawa kecil.
“Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan.

“Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin,”-Nelydia. Bharian

Black Mentor Umum Kahwin 3 Julai

Selasa, 11 Jun 2013

Black dan pasangan tunangnya, Cira Khairi diberitakan sudah memperlengkapkan diri untuk bergelar suami isteri, persiapan majlis perkahwinan yang dijangkakan berlangsung selepas Aidilfitri nanti juga kini mencapai 70 peratus.

Namun, Black tetap merahsiakan tarikh sebenar hari bahagianya. Black hanya akan mengumumkan tarikh bersejarah itu pada sidang media yang akan diadakan 3 Julai nanti.
“Agak tidak adil kalau saya beritahu sekarang kerana ramai rakan media yang ingin mengetahuinya. Jadi, pada sidang media itu nanti, saya akan umumkan tarikh, tema dan lokasi majlis.

“Apa yang penting bagi saya, selesai yang wajib (akad nikah) dulu. Sebelum puasa, saya akan menghadiri kursus kahwin dan menyudahkan beberapa lagi urusan termasuk hantaran kerana masa semakin suntuk,” -Black Mentor. Bharian

Ella hadiri kursus kahwin, tamatkan zaman bujang

Selasa, 6 Mac 2012

Dikhabarkan yang penyanyi rock, Ella telah menghadiri satu kursus kahwin baru-baru ini. Mengikut informasi, Ella ditemani oleh PA nya untuk menghadiri kursus berkenaan di Masjid Taman Tun. Selain daripada itu, memetik sumber daripada laman GUA, Ella bakal berkahwin tak lama lagi dengan seorang jejaka yang mahu dikenali dengan huruf 'A'. Wah, akhirnya, Ella bakal menjadi isteri. :)

gambar yang dikirim oleh seseorang yang sempat mengambil gambr bersama Ella menghadiri kursus berkenaan

Fasha, Jejai hadiri kursus kahwin

Isnin, 5 Mac 2012

Menurut laman Cari, Fasha Sandha dan Jejai telah menghadiri satu kursus perkahwinan yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu. Mengikut perancangan persediaan perkahwinaan mereka bakal dibuat tak lama lagi, cuma tarikhnya masih lagi menjadi teka teki yang misteri. Lihat Fasha Sandha bertudung, sungguh manis dan ayu gitu. Kalau pas kahwin pun macam ni, alamatnya, saham Fasha pun tetap naik, peminat pun ramai yang suke. :)

Yusry temankan Lisa ke kursus kahwin

Isnin, 9 Januari 2012

Lisa Surihani memberitahu terharu dengan bakal suaminya, Yusry Abdul Halim kerana bertegas untuk menemaninya menghadiri kursus pra-perkahwinan pada 9 Januari nanti.

Lisa berkata, walaupun Yusry tidak perlu menghadiri kursus tersebut dia ingin menemaninya sebagai tanda sokongan kepadanya.

"Saya cakap dengan abang (Yusry) tak payah pergi tapi dia bertegas jugak untuk menemani saya pada kursus itu nanti sebagai tanda sokongan kepada saya,"
Mereka berdua juga telah pun menjalani ujian saringan HIV pada 6 Januari lalu di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Lokasi pernikahannya nanti akan bertukar ke Hotel Marriot Putrajaya selepas solat Maghrib selepas memikirkan faktor-faktor tertentu.

Pertukaran lokasi itu adalah bagi memudahkan semua tetamu yang ingin datang dan mengelakkan kesesakan di masjid jika dibuat selepas solat Asar.