Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Wonder Girls Berbaju Kurung

Selasa, 16 Oktober 2012

Julung julung kali penyanyi kumpulan dari Korea, Wonder Girls membuat persembahan di Kuala Lumpur bersepena Wonder World Tour In Malaysia 2012 yang diadakan pada hari Sabtu, 13 Oktober yang lalu di Stadium Negara.

Yang menariknya mereka tampil dengan berpakaian tradisional kita yaitu baju kurung. Dan itu menjadi perhatian ramai apatah lagi mereka dari Negara luar namun memartabatkan pakaian tradisional kita itu.

Baguslah konsert ini, sekurang-kurangnya penampilan mereka tidak menjolok mata dan sesuai atau sedap/sejuk mata menandang.


gambar wonder girls pakai baju kurung video persembahan wonder girls pakai baju kurung 
gambar wonder girls pakai baju kurung 1 video persembahan wonder girls pakai baju kurung


Kumuplan The Nobodies bakal menapak di Malaysia

Khamis, 19 April 2012

Baru-baru ni admin dihubungi oleh salah seorang wakil artis yang mahu mengakui dirinya sebagai Jocelyn. Jocelyn melaporkan yang dia adalah wakil kepada kumpulan The Nobodies. Kumpulan ini memang masih asing ditelinga kita lagi, sebab kumpulan ini bakal menapak di Malaysia dalam masa yang terdekat. Kumpulan ini telah mengeluarkan video klip mereka atau album single pertama mereka di Youtube, yang bertajuk 'When the Light Goes off' - Alisam ft. IBI & Julia yang dibuat Jalan Liew Weng Chee, KL, yang di'upload' pada 2 April yang lalu, dan sehingga kini hampir 1,100,000 juta yang view. Satu pencapaian yang cukup membanggakan juga. Facebook mereka disini.

Forteen - Berdua Bersatu

Selasa, 23 Ogos 2011

Korang nak tahu yang kumpulan Forteen ni adalah sebuah kumpulan yang baru sahaja ditubuhkan oleh pihak KRU studio. Ahli-ahli dalam kumpulan ini mungkin ada juga yang anda kenali dan mungkin juga tidak kenal. Mereka terdiri daripada Rizu bekas peserta OIAM, Izzu Islam, Ariz dan Amer. Lagu single mereka yang kini sudah diutarakan di laman YouTube, Berdua Bersatu merupakan lagu yang boleh dikatakan best didengar. Satu permulaan yang menarik bagi kumpulan ini diawal kemunculannya. Semoga berjaya. :)









[via]