Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Seri Vida lelong cincin rama-rama, harga asal adalah... WOW!

Jumaat, 22 September 2017

Memetik Utusan Malaysia, Datuk Seri Vida mahu melelong pula barangan kemas termasuk cincin yang dipakainya dalam video muzik terbaru I Am Me. Katanya cincin rama-rama itu ditempah khas dan harganya mencecah RM400,000!
“Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,”

“Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu.

"Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya lagi.

Inikah kekasih Nur Sajat? jejaka berbadan sado..

Jumaat, 11 Ogos 2017

Nur Sajat buat kejutan apabila dia memuatnaik gambar dikatakan 'kekasih' hatinya. Jejaka berbadan sado itu dikenali sebagai nama Coach Yin.

Bagaimanapun Sajat mengakui lelaki itu adalah rakan lelaki paling rapat dengannya.

Jejaka dari Scotland 'pikat' Vida, tapi ini yang Vida mahukan..

Rabu, 2 Ogos 2017

Aduhai, jutawan terkenal Datuk Seri Vida dengar khabar dalam usaha mencari jodoh barunya. Dan dia juga telah memberikan lampu hijau kepada sesiapa yang rasa layak untuk berkenalan dengannya dengan memberi resume.

Baru-baru ini, Vida menerima resume dari jejaka Finland dan juga Scotland!

"Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta," katanya berseloroh kepada mstar online.

Dan ingat, ini garis panduan atau ciri-ciri utama korang yang perlu ada jika terpilih ke 'interview' Vida berkenaan. Kikiki.
"Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

"Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,

"Saya kini lebih berhati-hati selepas gagal tiga kali dalam perkahwinan. Buat masa ini belum ada pengganti tapi andai bertemu semula jodoh dan dia wajib seorang yang beriman, amanah, jujur dan penyayang," katanya.

Nur Sajat tunjuk 'bahagian sulitnya' bukti jantina?

Ahad, 30 Julai 2017

Kasihan Nur Sajat ni, selalu kena hina dan perli pasal jantina dia di media sosial. Ramai yang tak sudah-sudah lemparkan hentaman sebab jantinanya.

Kali ini dia tampil menjelaskan mengenai bahagian sulit berkenaan melalui satu video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini. Layan..

Vanidah Imran dapat durian runtuh RM265,000!

Jumaat, 26 Mei 2017

Bukan main lagi nak Raya ni buat Vanidah Imran, dengar berita yang Syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra telah menerima perintah oleh pihak mahkamah Seksyen untuk membayar baki bayaran kontrak berjumlah RM265,000 kepada pelakon Vanidah Imran.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Roszianayati Ahmad membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Vanidah mendapatkan bayaran tunggakan bagi 'talent agreement' yang dimasuki antara pelakon itu dan Miliyasutra Industries Sdn Bhd bagi tempoh dua tahun bermula pada September 2012.

Mahkamah membenarkan tuntutan Vanidah selaku plaintif selepas mendengar keterangan saksi kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, Roszianayati memerintahkan Miliyasutra membayar kos berjumlah RM10,950 kepada Vanidah.

Namun, hakim menolak tuntutan Vanidah untuk mendapatkan ganti rugi bagi penggunaan imejnya selepas luput perjanjian, tuntutan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Selain itu, mahkamah turut menolak saman tuntutan balas Miliyasutra dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000.

Sekitar resepsi Hafiz Hamidun, Joy Revfa (33 gambar HD)

Khamis, 4 Mei 2017

Sekitar pernikahan Hafiz Hamidun, Joy Revfa (17 gambar & video)

Selasa, 2 Mei 2017


Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan sekali lafaz petang Isnin kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Hafiz menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pengantin. -mStarOnline

Sekarang dah cantik, apa guna botox! - Ani Mayuni

Jumaat, 28 April 2017

Tidak seperti sesetengah selebriti lain,Ani Mayuni berkata dia tak terfikir pun untuk membuat pembedaham plastik atau pun suntikan pada wajah.

Mememtik portal Berita Harian, Ani mengakui tidak berani melakukannya kerana ia perbuatan yang dilarang dalam Islam.
"Saya cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.

"Saya tidak berani untuk membuat suntikan Botox atau pembedahan wajah semata-mata untuk kelihatan cantik.

"Saya rasa, wajah saya sekarang sudah pun cukup cantik. Saya juga tidak mahu wajah saya menjadi sama dengan orang lain," katanya.

Hafiz Hamidun cerita kisah sweet ketika bertunang dengan Joy Revfa

Khamis, 27 April 2017

Cabaran yang dihadapai sepanjang tempoh bertunang dengan pasangan yang juga pengasas kosmetik Joy Revfa, Hafiz Hamidun berkata kesibukan tugas membataskan wujudnya salah faham antara mereka.

"Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati.

"Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan segera," katanya.

Cerita Hafiz lagi, dia bersyukur apabila Joy atau Siti Arifah Mohd Amin memahami komitmennya sebagai selebriti.

"Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam.

"Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham," katanya kepada mStar Online
Mereka dijadualkan akan berkahwin pada hari Ahad ini.

Bila Nur Sajat marah keluar ayat Bodoh, Bengong, Bangang!

Isnin, 10 April 2017

Wah bukan main dasyat lagi kalau dah Nur Sajat mengamuk. Banyak perkataan yang bukan-bukan dia keluarkan. Tak dipastikan sebab apa, nampak seperti isu video di YouTube.

Ramai komen pengikutnya yang mengecam dan menasihati video yang dimuatnaik oleh Sajat dibawah ini.

Dato Seri Vida meratap hiba pemergian suami Nora?

Ahad, 26 Mac 2017


Dato Seri Vida semalam muatnaik video dimana dia telah komen mengenai kematian komposer hebat Johan Nawawi. Persoalannya perlu ke muat naik video seperti ini? Meratap hiba, tapi tak pergi ziarah Nora depan-depan ke?

Sekitar pertunangan Hafiz Hamidun, Joy Revfa (10 gambar HD & video)

Khamis, 23 Mac 2017

Hafiz Hamidun selamat mengikat tali pertunangan dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa dalam satu majlis khas di sini kira-kira pukul 3.20 petang Rabu.

Ibu Hafiz, Laila Sarji, 54, menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna peach (kuning kemerah-merahan).

Hafiz, 33, yang memakai baju Melayu daripada rona yang sama menyerahkan lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran kepada Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.

Menurut Hafiz, dia dan Joy, 30, akan melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Mei depan bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. -mStarOnline

Ini dia wajah bapa Nur Sajat - keturunan Bugis!

Rabu, 22 Mac 2017


Datuk Seri Vida dah bayar RM4.2 juta cukai (tayang resit)

Jumaat, 10 Mac 2017

Semua 16 pertuduhan terhadap Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 hingga Julai 2016 ditarik balik selepas jutawaan kosmetik itu membayar kesemua cukai berkenaan hari ini.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk menarik semua pertuduhan itu selepas mempertimbangkan pembayaran keseluruhan tuntutan cukai dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai 2016 yang berjumlah RM4.2 juta.

Hasmiza, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada 13 Oktober 2016 didakwa dengan 32 pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata dan membayar GST untuk tempoh berkenaan serta mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan.

Datuk Seri Vida pada 15 Disember 2016 bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah bagi 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan dia dikenakan denda RM80,000, manakala bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Perbicaran kes berkenaan sepatutnya dijadualkan pagi ini, namun atas perkembangan terbaru mengenai pembayaran tuntutan cukai berkenaan yang dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini, pihak pendakwaan menarik semula semua pertuduhan. -HarianMetro

Dato' Aliff Syukri Ngaku Kahwin 2! (video)

Selasa, 7 Mac 2017

Nak tahu lebih lanjut, tonton video kat bawah ni eh.

Nur Sajat bernyanyi sambil mandi (HOT video)

Jumaat, 3 Mac 2017

Ahli perniagaan kosmetik, Nur Sajat membuat video yang rasanya pertama kali dalam sejarah berkareoke sambil mandi di bilik mandi. Apa motif video ini dibuat mungkin korang boleh nilai sendiri dengan caption yang disertakan di video berkenaan.

Pengganti duta Safi Balqis, kini bukan lagi Hanis Zalikha..

Khamis, 23 Februari 2017


Memperkenalkan duta baharu SAFI Balqis OxyWhite, Sarah Hildebrand (kacukan) yang mengantikan Hanis Zalikha.

Rumah berhantu!? Patutlah Aliff Syukri jual rumah kepada Nur Sajat

Isnin, 20 Februari 2017

Dengar cerita yang rumah yang telah dijual oleh Datuk Aliff Syukri bernilai RM20 juta tu kepada Nur Sajat adalah rumah yang dihuni 'sesuatu'.

Namun tak dipastikan ianya gimik atau cerita sebenar. Jom layan video berkenaan.

Datuk Aliff sudah jual rumah banglonya kepada...

Jumaat, 27 Januari 2017

Difahamkan yang Datuk Aliff Syukri telah menjual banglo yang didiaminya di Seskyen 10, Kota Damansara kepada pengasas produk Let's Cantik, Nur Sajat.

Rumah yang mempunyai 10 bilik dan lengkap perabot itu sebelumnya dijual pada harga RM11 juta, namun rakan perniagaannya yang telah membeli itu tidak dinyatakan berapa harganya.

Syarikat Aliff Syukri berpindah ke Thailand sebab hal ini....

Isnin, 10 Oktober 2016