Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Jimmy terima MBA UiTM
Isnin, 24 November 2014
Tahniah buat pengacara TV, Jimmy Shanley telah menerima Sarjana Master di Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini.
Jimmy mengambil jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan ditemani isterinya, ketika majlis konvokesyen ke-81 UiTM.
Selain itu juga, dengar khabar yang memetik portal Murai, Jimmy akan menyambung pelajaran PhD (doktor falsafah) dengan gelaran Doktor, yang memakan masa selama 4 tahun.
Jimmy mengambil jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan ditemani isterinya, ketika majlis konvokesyen ke-81 UiTM.
Selain itu juga, dengar khabar yang memetik portal Murai, Jimmy akan menyambung pelajaran PhD (doktor falsafah) dengan gelaran Doktor, yang memakan masa selama 4 tahun.
Rosyam Dapat Ijazah Dari UMK
Rabu, 19 September 2012
Tahniah kepada Rosyam Nor kerana telah mendapat Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersempena konvokesyen kali ke-2 pada Sabtu lalu. Mengikut portal mStar, Rosyam menerima Ijazah ini adalah diatas 26 tahun dia bekerja keras dalam bidang anak seni.


“Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.
“Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya,” kata Rosyam.
Mia Sara Berjaya Menamatkan Pra-Persekolahan
Selasa, 15 November 2011
Dengan ini maka Mia Sara sudah pun menamatkan persekolahannya sebagai murid tabika. Mia yang mengambil pra perseolahannya Brainy Bunch Islamic Montessori, Kota Damansara sebelum ini telah pun dianugerahkan sijil atau lebih dikenali sebagai graduation day. Tahniah lah kepada Mia. Semoga selepas ini, Mia jadi orang yang pandai seterusnya bermanfaat kepada orang lain. :)








Heliza AF konvokesyen UMS
Selasa, 12 Oktober 2010
Tarikh diantara 9-11 Oktober 2010 merupakan tarikh bersejarah buat UMS dan dimaklumkan diantara tarikh ini banyak juga perkara menarik yang berlaku. Tak kecuali hari bermakna buat Heliza Helmi yang merupakan bekas pelajar UMS telah dengan jayanya menerima anugerah konvokesyen di UMS baru-baru ini. Pelakon filem Syurga Cinta itu sememangnya dinanti-nantikan orang di dalam dewan berkenaan, bila sahaja nama Heliza disebut atau gilirannya sampai, tepukan gemuruh pun berkumandang di dewan itu. Nasib lah tak jumpa penulis, boleh juga wat video ucapan sedikit. Penulis pergi hari Ahad, dan mungkin Heliza hari kelmarin Isnin, jadi tak berketemu rasanya. Apa-apa pun tahniah kepada Heliza. ;)




Farid Kamil Konvokesyen di UiTM
Khamis, 27 Mei 2010
Pelakon dan Pengarah Farid Kamil Zahari, 29, diberikan ucapan tahniah dari ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, (kanan) dan bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan, 58, selepas menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kreatif (Seni Layar) di Konvokesyen UiTM ke 72 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini. Farid Kamil Zahari turut menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat konvokesyen itu.
Farid, 29, yang bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Setan gembira kerana berjaya menghabiskan pengajiannya. Anak sulung daripada lima beradik itu berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah terpaksa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian. -Bernama
Farid, 29, yang bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Setan gembira kerana berjaya menghabiskan pengajiannya. Anak sulung daripada lima beradik itu berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah terpaksa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian. -Bernama
Siti Nurhaliza berpakaian konvokesyen
Jumaat, 19 Mac 2010
Gambar majlis konvokesyen ini penulis tidak dapat pastikan Universiti mana dan bila tarikh nya. Namun gambar ini penulis dapat yang terkini. Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai pemakaiannya dan Prof dibelakangnya itu, jangan segan-segan beritaw. Hehe. Mungkin kedatangan Siti waktu itu adalah jemputan VIP yang diterimanya. Tak pun Siti terima anugerah daripada pihak Universiti berkenaan. Siti amik Pengajian Luar Kampus (PLK) kot.




