Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Leuniey Natasha pula 'buka tudung'? (7 gambar)

Ahad, 29 Januari 2017

Agak mengejutkan juga, apabila melihat Instagram milik Leuniey Natasha isteri kepada pemain bola sepak, Khairul Fahmi. Dia dikatakan 'kadang-kadang' membuka tudungnya. Tidak diketahui kenapa Leuniey Natasha bertindak demikian, mengikut maklum balas pengikutnya, Leuniey Natasha berbuat demikian untuk mempromosikan produk kecantikannya.

Dah jadi trend ke buka-buka tudung ni pembaca?

Sesi photo studio anak Khairul Fahmi, Leuniey (12 gambar)

Jumaat, 11 Disember 2015



Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya Leuniey Natasha sempat membuat sesi photo studio untuk anak-anaknya. Anaknya Khaleel Emir yang lahir 18 November lalu dan anak sulungnya, Kayla Elayna. -gambar Instagram The Photolicous

Berita terkini dari Leuniey Natasha... (gambar)

Selasa, 9 Jun 2015


Dengar khabar yang Isteri Khairul Fahmi, Leuniey Natasha kini sedang hamil anak kedua. Anak pertama pasangan tersebut, Kayla Elayna sudah berumur setahun lebih. Sudah sesuai menjadi kakak tidak lama lagi.

Namun tidak dapat dipastikan berapa usia kandungan Leuniey kerana tiada pengumuman khas daripada pasangan tersebut. Leuniey hanya memuat naik beberapa hint di Instagram yang mengatakan beliau kini sedang berbadan dua.

8 Gambar akikah anak Khairul Fahmi, Leuniey

Jumaat, 6 Jun 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Khairul Fahmi aka Apek dan Leuniey telah mengadadakan satu majlis kesyukuran akikah untuk anak sulung mereka, Kayla Elayna di Tunjong Banquets, Kota Bharu, Kelantan. -gambar facebook.com/camora.arts

Gambar Kayla Elayna edisi April

Isnin, 14 April 2014

Anak pasangan, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha, Kayla Elayna yang kini dah berusia 3 bulan. Kemana-mana sahaja pasti gambar Kayla diambil, boleh di katakan aktif instagram milik Leuniey.. Jom kita jenuk-jenuk gambar anak perempuan mereka ni.

Gambar terkini anak Khairul Fahmi, Leuniey

Jumaat, 28 Mac 2014

Anak pasangan, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha, Kayla Elayna yang berusia 2 bulan lebih. Jom kita jenuk-jenuk gambar anak perempuan mereka ni.

Lagi Gambar Anak Leuniey, Khairul Fahmi

Sabtu, 8 Februari 2014

Beberapa hari lalu isteri kepada penjaga gawang bola sepak Negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha telah pun selamat melahirkan anak perempuan aka sulung mereka, namanya adalah Kayla Elayna. Beberapa keping gambar telah dimuatnaik ke dalama laman sosial Instagram leunieynatasa baru-baru ini.

Leuniey Natasha Selamat Melahirkan Anak

Selasa, 4 Februari 2014

Tahniah kepada pejaga gawang Bola Sepak Kebangsaan Negara, Khairul Fahmi kerana sudah bergelar ayah, apabila isterinya Leuniey Natasha selamat bersalin anak sulung mereka.

Kira-kira pada jam 2:55 petang semalam, Leuniey Natasha melahirkan anak berjantina perempuan seberat 2.75kg.

Leauniey Umum Jantina Bayi, Bersalin Pada..

Jumaat, 10 Januari 2014

Memetik laporan MediaHiburan semalam, tahniah diatas berita untuk pemberitahuan jantina anak yang dikandung oleh isteri kepada penjaga gawang Negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leauniey Natasha yang diumumkan anak mereka adalah perempuan.

Dan pada yang sama Leauniey akan dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Januari ini.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menyerikan lagi keluarga kami," -Khairul

Gambar Leauniey Yang Hamil 7 Bulan

Selasa, 31 Disember 2013

Usia kandungan isteri penjaga gawang bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi iaitu Leuniey adalah kini 7 bulan lebih dan ada beberapa minggu lagi sebelum bersalin.

Namun sebelum itu, mereka sempat bertemu dengan pasangan selebriti Fizo Omar dengan isterinya, Mawar baru-baru ini.

Maka tiada isu yang timbul, cuma melihat kandungan Leauniey dah semakin membesar je. Hehe.

Gambar Hamil Leuniey Natasha 5 Bulan

Selasa, 1 Oktober 2013

Rasanya dah masuk 5 bulan lebih usia kandungan isteri pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat @Apek iaitu Leuniey Natasha ni. Dalam Instagram nya pun last update awal bulan September lalu. Jadi kepada sesiapa yang ingin lihat Leuniey mengandung/hamil ni, jom tengok. -instagram leunieynatasha

Gambar Raya - Leuniey dan Khairul Fahmi

Rabu, 14 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini. Leuniey kini hamil/mengandung anak sulung berusia mahu masuk 3 bulan.

Isteri Apek, Leuniey Hamil 6 Minggu

Rabu, 19 Jun 2013

Memetik laporan portal MediaHiburan semalam, pasangan suami isteri, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha bakal menimang anak sulung tidak lama lagi. Leuniey Natasha kini disahkan hamil dengan usia kehamilannya kini mencecah 6 minggu atau sebulan setengah.
"Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia.

Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami 'morning sickness' seperti saya," -Leuniey.

Leuniey isteri Apek Kini Belajar Pakai Tudung

Khamis, 23 Mei 2013


Wah dengar khabar isteri kepada penjaga gol bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang bernama Leuniey sudah mula memakai tudung atau dalam proses memakai tudung pada dirinya. Alhamdulillah. Gambar dia memakai tudung itu dimuatnaik dari laman sosial Instagram miliknya dengan dilihatkan bersama Apek dengan memberi isyarat 'terbaik'. :)



Gambar Latest, Apek dan Leauniey

Jumaat, 3 Mei 2013


Inilah gambar terbaharu daripada pasangan selebriti sukan bola sepak, Apek atau Khairul Fahmi dengan isterinya, Leauniey. Takde cerita apa-apa mengenai Leauniey yang dikhabarkan mengandung walaupun sudah 4 bulan mendirikan rumahtangga. Apa-apa pun semoga berbahagia ok.



Lagi Gambar Siti Nurhaliza Bertudung

Rabu, 16 Januari 2013

Dato' Siti Nurhaliza yang mula bertudung penuh / litup sejak Jumaat minggu lalu sememangnya merupakan kejutan besar buat peminat Siti. Makin ditutup makin ayu dan ramai orang bangga serta memuji tindakan Dato Siti ini.

Siti kelihatan bertudung penuh ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan duta produk syarikatnya, Khairul Fahmi dan pasangannya, Leuniey baru-baru ini.  -gambar Murai | Facebook David Teo | Facebook G.i

Gambar Resepsi Pertama Apek dan Leauniey

Rabu, 2 Januari 2013

Gambar di bawah adalah gambar sempena majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dengan isterinya, Leuniey Natasha yang diadakan di hotel mewah, Hotel Renaissace, Kota Bharu, Kelantan malam tahun baru, 31 Disember 2012.

Dan yang pasti Awal Ashaari dan Scha al Yahya juga turut datang bersama, mereka berdua sebenarnya host kepada rangcangan kahwin Apek dan Leuniey yang disiarkan pada 5 Januari ini di Astro Ria.

Pasangan mempelai ini akan diraikan lagi dalam dua majlis resepsi yang mana sebuah majlis bertandang akan dilaksanakan pada 5 Januari 2013 di kediaman Apex di Kampung Cherang.

Manakala, sebuah majlis berkonsepkan English akan dianjurkan secara meriah di Hotel The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam. sumber Murai | gambar THR Gegar

Gambar Pernikahan Khairul Fahmi, Leuniey

Jumaat, 28 Disember 2012

Gambar pernikahan gol keeper bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek dengan pasangannya, Leuniey Natasha yang berlangsung semalam di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.. Semoga berbahagia. -gambar THR GEGAR