Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sahabat - Najwa Latif Dinyanyikan Oleh Pelajar Amerika

Sabtu, 15 Jun 2013

Bangga juga kita sebagai orang Malaysia, apabila ada orang asing terutama dari Negara Amerika Syarikat  yang menyanyikan lagu yang paling tidak berbahasa Melayu seperti lagu Najwa Latif, Sahabat.

Difahamkan yang mendendangkan lagu Sahabat ini adala pelajar dari sebuah kolej yang terletak di Amerika Syarikat. Mungkin mereka menyanyikan sebab kelas muzikal atau sala satu aktiviti mereka untuk memahami bahasa luar. Apa-apa pun terima kasih di atas penghargaan ini.



Fahrin Ahmad Menyanyi Lagu Dalam Bas

Isnin, 15 Oktober 2012

Memang jarang kita lihat artis naik bas awam, apatah lagi melibatkan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad. Lagi pelik kalau Fahrin menyanyi di dalam bas. Ha yang itu lah menjadi persoalannya, kenapa dia nyanyi dalam bas.

Ianya adalah untuk promosi sempena kempen oleh syarikat dari Johor, TransIskandar dan Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) yang mempromosi untuk menaiki kenderaan awam.

Apa-apa pun kita enjoy dulu dengar lagu nanyian Fahrin ni, bukan selalu dapat dengar Fahrin menyanyi kan yang dinyanyikan semula dari lagu nyayian Zainal Abidin.

Bila budak sekolah rendah menyanyi

Selasa, 6 Disember 2011

Video ni adalah ekslusif sebab bukan budak ni bukan dari kalangan artis. budak ni baru jerk sekolah rendah macam tu. tapi suara dia, alamak, setaraf macam selebriti muda yang lain da. Ada saingan dan bakat betul budak ni. Kalau besor nanti tak tahu lah pula macamana kerjayanya. Hope takyah jadi penyanyi jadi guru or lecture lagi bagus. Hehe.

Noryn Aziz buka Kelas Menyanyi

Jumaat, 22 Januari 2010

Penyanyi bersuara mahal dan kelas gitue~, Norazmahwati Abdul Aziz atau nama glamornya Noryn Aziz yang telah 12 tahun berkecimpung di dalam industri seni tempatan menyimpan hasrat membuka sekolah nyanyian suatu hari nanti. Melihat kepada perjalanan kariernya yang semakin gemilang, dia berjaya meletakkan namanya sebaris dengan artis-artis kelas Diva tanah air.

“Saya memang suka mengajar, ini juga merupakan pendapatan sampingan selain dari menyanyi. Setakat ini saya mempunyai 20 orang murid. Saya mengajar dari segi vokal dan teknik menyanyi. Kebanyakan yang datang berusia sekitar lima hingga 15 tahun dan saya juga ada menyediakan silibus sendiri untuk mengajar mereka. Impian saya memang untuk buka sekolah yang khusus dalam bidang nyanyian, ini mungkin juga bisnes selepas saya tidak aktif menyanyi lagi, suatu hari nanti,” ujar Noryn.
Noryn yang sudah tujuh tahun aktif sebagai guru vokal mengakui pernah mendapat tawaran dari sebuah sekolah muzik swasta sebagai guru vokal. Dia juga menganggap hobi yang pada asalnya secara suka-suka ini mampu meningkatkan mutu suaranya disamping mampu menjadikan wang tambahan bagi pembikinan albumnya.
"Selain itu juga, sedikit sebanyak saya dapat kumpul duit untuk pembikinan album sendiri yang sedang dalam proses ini," ujarnya lagi.
kan baik buka kelas mengaji al Quran. tak gitue~