Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Fattzura Birthday Bash (18 gambar HD)

Jumaat, 29 September 2017




Nur Fazura dan Fattah Amin kini sedang digosipkan bercinta, baru-baru ini mereka diraikan di dalam satu majlis “birthday bash” di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin. Majlis ini diberi nama Fattzura Birthday Bash.

Lagi perkahwinan resepsi Siti Saleha (25 gambar HD)

Isnin, 7 Ogos 2017

Sekitar pernikahan, resepsi Siti Saleha (25 gambar HD)

Isnin, 31 Julai 2017

Tahniah Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.40 Jumaat lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di TPC Bukit Kiara. .

Siti Saleha yang berusia 27 tahun menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31 tahun. Namun jumlah hantaran dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang.

Sekitar pernikahan, resepsi Anis Al-Idrus, Mohd Rafzan (55 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Sekitar sambutan harijadi anak ke-2 Farid, Diana (7 gambar)

Selasa, 22 November 2016

Farid Kamil dan Diana Danielle menyambut ulang tahun pertama anak keduanya, Nur Aurora baru-baru ini.
‘Happy Birthday Aurora. Semoga menjadi anak solehah dan semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Ya Allah berkati dan rahmati keluarga bahagia ini. Amin ya rabbal alamin.’ -ucapa Farid di Instagram miliknya
Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Kek perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli berulat?

Rabu, 16 November 2016

Pembuat kek untuk majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli pada Jumaat lalu, iaitu Anne Idris tampil menafikan tuduhan kononnya kek untuk majlis itu sudah berulat selepas sebulan ia dibuat.

Anne, 34, menjelaskan kek tersebut dibuat pada 10 November iaitu sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dan dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.

Sekitar Resepsi Nazim Othman (11 gambar)

Selasa, 20 September 2016

Sekitar sambutan hari jadi Sharnaaz Ahmad ke-31 (8 gambar)

Isnin, 5 September 2016

Harijadi ke-30 Faridah Ibrahim paling mahal? (2 gambar)

Jumaat, 10 Jun 2016

Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada Dato Siti Nurhaliza telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30 baru-baru ini.

Namun, dengar kata yang kek harijadi Rafidah bernilai RM 50,000. Ini diakui sendiri oleh Rafidah melalui caption dalam Instagram miliknya.

Adakah disebabkan seutas jam tangan yang menyebabkan harga kek itu menjadi mahal?

Lagi sekitar harijadi Mira Filzah ke-23 (18 gambar HD)

Ahad, 3 April 2016

Lagi gambar sekitar resepsi Nas T, Atita Haris (70 gambar HD)

Rabu, 9 Mac 2016

Didie Alias terkejut dengan harga kek ini...

Rabu, 3 Februari 2016


Dek kerana terpaksa memenuhi pelbagai permintaan yang ditetapkan Didie Alias untuk kek yang ditempah daripada Semanis Fondant, Chef Adu menetapkan nilai harga kek itu dengan jumlah RM40,000.

Menerusi episod 4 Semanis Fondant kali ini mereka perlu menyiapkan sebuah kek khas untuk menjayakan karpet merah Gegar Vaganza yang telah pun berlangsung kurang 2 bulan lalu.

Didie Alias wakil daripada program Gegar Vaganza yang menjadi hos karpet merah pada malam itu ditugaskan untuk menempah kek tersebut daripada team Semanis Fondant.

Namun Didie Alias kelihatan agak terkejut apabila Chef Adu dan Shalma memberitahu jumlah kos dan harga kek itu mencecah RM40,000.

Menurut Chef Adu tempahan kali ini agak rumit kerana pelbagai teknik perlu dimasukkan di dalam kek sebanyak enam tingkat itu.

Kek itu perlu dihasilkan dengan pelbagai dekorasi termasuk elemen karakter Dato’ Vida selaku penaja program itu.

Selain memerlukan dekorasi yang penuh, kek tersebut juga diminta untuk berputar 360 darjah di tengah-tengah red karpet pada malam gilang gemilang tersebut. -Murai

Inilah sebab mengapa Abby Abadi anti-Secret Recipe (6 gambar)

Selasa, 29 September 2015

Sempena cuti Hari Raya Korban yang lalu, Abby Abadi ada membuat sambutan majlis hari jadi kedua-dua anaknya perempuannya.

Namun yang menjadikan isu adalah persiapan akhir oleh Abby dan suaminya, Jai Ezzany untuk membeli kek di Secret Recipe Gua Musang setelah sampai di kedai berkenaan, Abby mendapat tahu bahawa cawangan Secret Recipe tersebut diuruskan oleh bukan Muslim.

Namun disebabkan sudah membuat pesanan, Abby dan suami mahu tidak mahu terpaksa membeli kek-kek tersebut. Menerusi muatnaik di Instagram beliau, Abby telah berjanji kepada Allah, dirinya sendiri dan suami bahawa beliau tidak akan membeli dan makan di Secret Recipe Gua Musang lagi kerana cawangan tersebut tidak menepati ciri-ciri Islam bahkan ditambah pula dengan pengurusan oleh bukan Muslim dan meletakkan juruwang beragama Islam di kaunter hadapan untuk mengaburi pelanggan Muslim.

Ramai juga pengikut Instagram beliau memberikan beberapa pandangan mengenai hal ini.

Sekitar sambutan harijadi ke-32 Scha al Yahya (7 gambar)

Selasa, 2 Jun 2015


Baru-baru ini berlangsung majlis ulang tahun Scha al Yahya ke-32 yang disambut kecil-kecilan bersama suaminya, Awal Ashaari dan anak sulong perempuan mereka.

Difahamkan Awal telah membuat kejutan untuk hari istimewa Scha itu..

Erra dan Engku sambut harijadi Alessya

Selasa, 1 April 2014

Tak sangka bila sudah bercerai diantara Erra Fazira dengan Engku Emran kini dipertemukan atas dasar untuk mengembirakan anak mereka,

Tengku Alessya yang menyambut harijadi ke-5 nya baru-baru ini.

Majlis sederhana itu dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan Erra serta Emran di sebuah beach.

19 Gambar sambutan harijadi Rozita Che Wan ke-43

Sabtu, 15 Mac 2014

Sebelum ni Rozita Che Wan telah menyambut ulang tahunnya dengan berita dirinya mengandung dan berita baik itu juga untuk suaminya Zain Saidin yang menyambut ulang tahun sebelum itu.

Kali ini Rozita telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahunnya kali ke-43 dengan dihadiri oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya.

Gambar sambutan ulang tahun ke-2, Lisa Surihani, & Yusry

Selasa, 25 Februari 2014

Ini adalah gambar sambutan ulang tahun ke-2 perkahwinan diantara pelakon, Lisa Surihani dengan suaminya, Ahmad Yusry.

Mereka mengadakan sambutan berkenaan secara kecil-kecilan berdua sahaja, untuk menjadikan suasana lebih romantik.

Tip top dah dua tahun, kita masih menunggu khabar berita baik daripada Lisa kan, harap nak masuk tahun ke-3 ni, Lisa berbadan dua aka hamil.

Gambar Perpisahan Yana Samsudin dengan David Teo

Khamis, 13 Februari 2014

Yana Samsudin kini sudah tidak lagi bersama dengan MiG Production syarikat perfileman dibawah naugan David Teo.

Sudah hampir 11 tahun bersama akhirnya Yana nekad untuk tinggalkan MiG. Sebab apa tidak diketahui pula. -Gambar MiGonline

Gambar Sambutan Harijadi Rayqal oleh Fasha Sandha

Sabtu, 11 Januari 2014

Walaupun Putra Rayqal anak kepada Nora Danish, tapi melihat kemesraan Fasha Sandha memang tak boleh lawan juga, bagi memberikan kasih sayang seperti anak sendiri, Fasha dan juga ayah Rayqal merangkap suami Fasha, Jejai turut membuat sambutan harijadi ke-5 tahun Rayqal secara berasingan di kediaman mereka secara kecil-kecilan selepas waktu majlis kenduri di rumah Nora Danish. Begini lah keluaraga yang rukun. Semoga bahagia.

Gambar Ulang Tahun Anak Marion, Nasa

Selasa, 17 Disember 2013

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Marion Caunter dan Nasaruddin telah mengadakan satu majlis ulang tahun secara bersederhana bersempena hari jadi anak mereka yang berumur 2 tahun dan sekaligus untuk kali ke-3 tahun untuk rumahtangga mereka berdua. Apa-apa pun semoga bahagia la ek.