Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kepondanan Keifli AF3 dan Ady Putra

Selasa, 13 April 2010

Pelakon berbakat baru Keifli dari Akademi Fantasia dan juga pelakon dari Singapura, Ady Putra menonjolkan bakat lakonannya dalam drama/filem Anu Dalam Botol. Mungkin drama ini dah lama berlalu, namun kesannya sungguh mendalam dan mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ianya pernah di fatwakan oleh Mufti Johor pada waktu itu kerana isu ini. Namun itulah manusia, mahu mencari duit dan nafkah, alasan mereka hanya 'niat'. Melihat daripada lakonan ni, memang mereka berdua kelihatan cantik seakan-akan wanita sebenar. Diharap tidak terbawa-bawa selepas lakonan dah ler. hehe.


Jadi Pondan, Keifli AF3 Tak Kisah

Isnin, 20 Julai 2009

Kenal masih dengan Keifli? ala bekas pelajar Akademi Fantasia 3 yang pernah digossipkan bercinta dengan Marsha Londoh. Tak lama dulu dia dipanggil untuk berlakon dalam filem Anu Dalam Botol yang juga membariskan pelakon Iqram Dinzly, Kefli AF3, Fauzi Nawawi, Adiputra yang kesemuanya jadi pondan dalam filem tersebut. Isu pondan pada mulanya tidak kecoh, tapi sejak kebelakangan ini, mufti Johor telah mengistiharkan haram hasilnya apabila berlakon menjadi pondan. Tapi komen Keifli, dia tak kisah (sama macam aiman tak kisah).

APA yang membuatkan anda berani untuk mencuba watak Ruby?

Saya tidak berani juga tetapi apabila dapat panggilan, tengok skrip dan disuruh uji bakat, saya pergi. Saya tidak fikir akan dapat nominasi watak utama.

Bagi saya Ruby adalah watak yang berat dan kontroversi. Tapi bila ditimbangkan negatif dan positifnya, saya rasa ini adalah penyampaian mesej dan saya lakukan sebaik mungkin. Jika tidak terpilih pun, masih okey sebab saya tidak letakkan harapan yang tinggi.

Pertama kali diuji bakat, bukan?

Pertama kali dan rasa seronok serta berdebar! Rasa takut itu ada tapi lebih kepada rasa mencabar. Saya tergelincir sewaktu memakai kasut tumit tinggi dan disuruh menari.

Pada saat uji bakat, berapa peratus diri anda adalah seorang wanita?

Saya cuba buat dan rasanya 80 peratus adalah perempuan. Pertama kali lihat wajah saya sebagai wanita, saya ketawa terkekek-kekek.

Cantikkah anda sebagai wanita?

Tak tahulah. Bila saya tunjukkan gambar saya pada emak saya, dia mengucap.

Tidak kisah akan dipanggil pondan selepas ini hanya kerana watak Ruby?

Tidak. Saya cuma sampaikan mesej dan watak. Itu cuma satu lakonan watak. Saya tidak kisah apa orang nak cakap atau panggil. -Kosmo