Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Abby Abadi

Selasa, 11 Julai 2017

Semalam suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memberitahu, isterinya baru sahaja dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin bagi proses mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia berusia 5 bulan.

"Usia kandungan isteri saya sudah memasuki lima bulan dan bayi sudah mempunyai cukup sifat.

"Semalam ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik, doktor mendapati bayi berkenaan sudah tidak bergerak,"

"Kami masih terkejut dan bersedih, mungkin belum ada rezeki dan kami reda," katanya kepada mStar Online.

Berita mengejutkan daripada Roy Azman

Jumaat, 7 Julai 2017

Takziah diucapkan kepada pelakon Roy Azman untuk memiliki zuriat bagi anak kelima tidak kesampaian apabila isterinya Fyda Razali disahkan mengalami keguguran.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Fyda, 36, menerusi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang dimuatnaik di laman Instgramnya pada Rabu.

Berita mengejutkan dari Raja Farah mengenai anaknya..

Khamis, 22 Jun 2017

Kasihan dekat Raja Farah dah nak Hari Raya, maka ditimpa musibah, semalam diberitahu yang dia mengalamai keguguran kandungan anak ke-2 berusia dua bulan.

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya pada ketika kita semua hendak menyambut sambutan Hari Raya tak lama lagi”

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Berita mengejutkan dari Ika Nabella

Jumaat, 17 Februari 2017

Takziah kepada pelakon, Ika Nabella apabila dia dikhabarkan kandungannya yang sudah mencecah dua bulan gugur tiga hari lalu. Ika bagaimanapun berkata, beliau reda dengan takdir Tuhan dan percaya, ada hikmah di sebalik dugaan yang dialami.
"Kandungan itu masih lagi pada peringkat awal. Mungkin dek kesibukan saya menjalani penggambaran, ia menyebabkan saya keguguran.

"Pada mulanya saya tidak tahu diri sedang mengandung, lalu saya menerima tawaran berlakon drama Seharum Mawar, di bawah produksi JS Picture.

"Selepas beberapa minggu, baru saya mendapat tahu saya sedang hamil. Saya pula tidak boleh membatalkan projek lakonan itu kerana penggambaran sudah pun dijalankan," katanya ketika dihubungi BH Online

Jue Aziz akui kegugurannya 3 kali disebabkan mistik...

Selasa, 20 Disember 2016

Pelakon Jue Aziz menghadapi ujian besar apabila keguguran sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.Cerita mengenai kegugurannya itu, Jue Aziz mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan.

Menurut Jue Aziz, gangguan mistik adalah punca beliau kerap gugur dan sekaligus sukar unutk mendapatkan zuriat.
"Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran" -Jue Aziz
Namun, sebelum ini Jue Aziz pernah memberitahu beliau redha dengan apa yang terjadi dan tetap tidak berputus asa untuk hamil lagi. -Sumber laman web THE MALAY MAIL ONLINE

Mila Jirin hamil, usia kandungannya adalah...

Rabu, 30 November 2016

Mila Jirin mengesahkan dia kini hamil anak sulung hasil perrkahwinannya dengan Isz Mustapha hujung tahun lalu. Dan kini dia hamil kali yang ke-2 itu dimana usia kandungannya mencecah tiga bulan.

Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu berkata ini adalah kehamilan kedua selepas mengalami keguguran Jun lalu.
“Selepas dua hari disahkan hamil dan kandungan berusia lima minggu, saya mengalami keguguran. Mungkin kerana sebelum itu saya tidak tahu saya hamil dan terlalu aktif bergerak ke sana-sini.

“Alhamdulillah, selepas kehilangan besar itu Allah SWT gantikan dengan berita gembira ini. Kali ini saya lebih berhati-hati dan tidak banyak bergerak,”

“Selepas disahkan hamil dua minggu, saya kongsi berita gembira ini dengan ahli keluarga sahaja. Namun, selepas masuk tiga bulan dan rakan-rakan nampak saya semakin berisi, barulah saya kongsi di laman sosial.

“Saya dijangka melahirkan bayi sulung ini pada Jun tahun depan. Doakan semoga kandungan saya sentiasa sihat dan segalanya berjalan lancar,” katanya kepada HarianMetro

Berita sedih dari Mila Jirin

Khamis, 11 Ogos 2016

Mila Jirin akur dengan ketentuan takdir apabila keguguran pada Ramadan lalu ketika usia kandungannya baharu memasuki minggu kelima.

Mila mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Isz Mustapha, 37, pada November 2015 percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah.

"Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru reda berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif. Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin," katanya kepada BH Online.

Punca Jue Aziz keguguran didedahkan..

Jumaat, 27 Mei 2016

Jue Aziz telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan yang masih baru.

Jue berkata, dia menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.

"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar Jue kepada mStar Online.

Abby Abadi keguguran kandungan di Madinah

Isnin, 25 April 2016

Pelakon Abby Abadi redha selepas mengalami keguguran sebelum masuk untuk menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi pada Khamis lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abby menerusi akaun Instagram (IG)nya selepas memuatnaik satu foto bersama suaminya semalam (Sabtu) dengan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.
“SAYA 'TUMPAH DARAH' DI MADINAH.

“Semalam (khamis, 21hb April 2016). Sy tumpah darah sebelum masuk utk Solat Asar di Masjid Nabawi. Banyak ketulan2 darah keluar, meletup2 sy rasa. Masa tu Alya @eveusun walaupun sudah tak buleh solat, dia rajin nk teman sy. Suami baru je masuk ke dlm masjid waktu ni.

“Sebelum masuk Masjid janji jumpa kt luar (KFC) sbb terasa nk makan KFC semalam. Jadi supaya suami tak mencari, sy ajak Alya duduk dulu disitu walaupun terasa darah dah membuak2 keluar. Selesai Asar, suami keluar lambat sbb dia gi mencari Ma & Abah. Sy beratur dulu di kaunter luar KFC tu sbb ingat nk beli dulu.. tak sabr nk balik. Sampai giliran sy, perempuan dia suruh order kt dlm daaa.

“Tunggu jugaklah suami. Beli bawa balik. Sy jalan dulu sbb nk terburai dah rasa. Bernasib baik tak terbabo sbb dah buat persediaan awal. Satu lagi sy pakai seluar panjang dlm jubah. Jadi darah mengalir di seluar, tak sampai meleleh ke bawah sbb ada stokin di kaki.

“Sampai di hotel, masuk bilik airrrr, penuhhh bilik air dgn darah, huhu.... Lama sy dlm bilik air sbb darah kelur tak berhenti. Penat, suami sampai, kata dah bgtahu Ustaz Rohaizam, dah bgtahu Mutawwif kami, @sofygurronces. Sofy terus uruskan utk hantar sy ke hospital.

“Sy kata taknak gi hospital, nnti kena tahan. Dia kata ok takpe, kita pegi klinik swasta. Sy kata taknak juga nnti kena byr mahaiiiiii ( berkira lagi tu). Sofy kata jangan camtu, nnti esok kalau sakit kat airport, kena tahan lagi susah, tak buleh balik. Sy kata takpelah, biar je sy.. Sy minta ALLAH tolong Sy, tgk malam nnti mcmana.

“Lepas tu darah & ketulan keluar lagi tak berhenti.. 3-4kali sy tukar baju sbb terkena darah, sampai suami pergi ke Masjid utk Maghrib/Isyak, sy sorg2..keluar lagi membuak2 3kali. Sy taktahu nk makan ubat apa, sy minum air zam2 je dgn doa supaya ALLAH sentiasa bersama sy. Pastu sy tertidur.

“Pagi ni, Alhamdullillah sy ok, cuma sakit bawah ari2. Sy kuatkan diri sbb rombongan bertolak balik dah 10am dari hotel pagi ni. Kalau sy sakit terpaksa ditahan di hospital & tak buleh balik. Sy nk balikkk.. rindu anak3,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby juga turut memohon maaf kerana menyembunyikan berita kehamilannya daripada pengetahuan orang ramai.
“ALLAH SWT lebih tahu yg terbaik utk kita. Sy redha atas apa yg berlaku. Mohon ampun dan maaf sbb sblm ni sy berteka teki tentang kandungan sy. Antara sebabnya ialah, takut apa2 terjadi kalau terlalu bercerita dari awal. Jadi ingat nk simpanlah dulu. Maklumkan pada Sahabat2 rapat& Keluarga Umaima je.

“Tapi terjadi juga. InshaALLAH, sy yakin ALLAH ada perancangan yg lebih baik utk sy. Terima Kasih ALLAH utk pengalaman ini,” jelasnya memetik laman sosial Instagram miliknya.

Sharifah Sakinah keguguran anak pertama..

Selasa, 19 April 2016

Sharifah Sakinah tidak berasa menyesal kerana menolak tawaran lakonan yang diberikan kepadanya disebabkan ingin memberi fokus kepada kehamilan pertamanya namun dia mengalami keguguran baru-baru ini.

Sakinah berkata, ketika itu dia hanya berfikir untuk berehat daripada melakukan kerja berat tambahan pula dia seorang yang lasak memandangkan kehamilan tersebut masih pada peringkat awal.

"Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami.

"Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Sakinah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac tahun lalu.

Sharifah Sakinah keguguran, usia kandungannya..

Khamis, 31 Mac 2016

Pelakon, Sharifah Sakinah reda dan menganggap belum rezekinya untuk menjadi ibu pada tahun ini apabila anak yang baru beberapa minggu dalam kandungan keguguran.
"Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal.

"Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan reda. Suami (Aliff Adha) turut berperasaan sama," katanya memetik Bharian Online

Doktor memaklumkan tiada apa yang perlu dibimbangkan ekoran insiden berkenaan.

Adira AF keguguran. hint dari suami? (3 gambar)

Rabu, 9 Mac 2016

Menerusi laman Instagram Dato Red, dia memuatnaik gambar berpegangan tangan serta meletakkan emoticon wajah menangis, botol susu serta tanda pangkah seolah kandungan isteri keduanya, Adira Suhaimi mengalami keguguran.

Bukan itu sahaja, malah laman Instagram adira (adira_red) juga dilihat sudah di delete tanpa diketahui sebabnya.

Punca keguguran Azza Elite buat kali ke-4..

Ahad, 7 Februari 2016

Dikhabarkan yang Azza Elite telah ditimpa musibah dimana dia keguguran buat kali ke-4. Usia kehamilannya ketika itu adalah 6 minggu.
Azza mengakui punca daripada keguguran itu adalah dia sering kerja berat.

“Saya anggap semua ini ujian yang akan terus menguatkan diri. Belum rezeki saya untuk menjadi ibu. Suami juga sangat kuat berdepan apa yang dilalui ini. Insya-Allah kami akan terus mencuba”

“Kebetulan pada 31 Januari lalu saya ada tugas mengacara di Putrajaya. Tidak elok pula rasanya jika hendak ditolak tawaran itu kerana saya sudah mengesahkannya sejak awal. Bagaimanapun saya percaya, ia memang bukan rezeki saya lagi. Malahan, sebelum itu pun ada berlaku pendarahan juga seperti fasa mengandung sebelum ini”

“Memang saya tidak boleh bekerja teruk. Jika diikutkan kata doktor, mahu saja saya berehat saja di rumah. Bagaimanapun, saya ingatkan diri ini masih kuat, jadi saya buat kerja harian macam biasa. Maklumlah, kerjaya sebagai artis memerlukan saya melakukan pelbagai perkara untuk meneruskan kehidupan,” katanya memetik Bharian.

Jojie keguguran anak sulung..

Khamis, 4 Februari 2016

Dikhabarkan yang Jojie yang telah keguguran sewaktu kandungannya berusia 3 bulan.

Suami Jojie, Syahrizal Ismail mengesahkan perkara tersebut kepada media dan menganggap mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Untuk pengetahuan anda, Jojie sekarang berusia 50 tahun dan bernikah dengan Syah yang 14 tahun lebih muda daripadanya pada 5 Jun 2015.
Kandungan ketika itu belum sampai tiba bulan. Belum ada rezeki tapi insyaAllah akan datang. Doakan yang terbaik. Akan usaha lagi, insyaAllah.

Jadual bersalin Elly Mazlein (2 gambar)

Isnin, 1 Februari 2016

Tip top bulan Mac dijadualkan buat Elly Mazlein akan bersalin. Ianya juga sebagai mengubat duka apabila keguguran pada Januari 2015 yang lalu.

Memetik Bharian, kandungannya kini sihat dan sudah bersedia untuk bersalin nanti.

Inilah punca Elyana keguguran anak ke-2.. Salam Takziah..

Khamis, 7 Januari 2016

Tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tujuh minggu mengandungkan anak kedua, penyanyi Elyana pasrah apabila dimaklumkan beliau kehilangan kandungannya itu semalam.

Elyana terkedu apabila hanya mengetahui berita kehamilannya selepas insiden tumpah darah. Selain disahkan sendiri oleh doktor berhubung perkara itu, beliau bagaimanapun diminta membuat pemeriksaan lanjut Jumaat ini.

"Umum mengetahui karakter saya yang kasar dan lasak, oleh itu saya terkejut ketika tumpah darah semalam kerana sama sekali tidak tahu sedang hamil tujuh minggu. Doktor menjelaskan saya keguguran.

"Namun, saya perlu membuat rawatan susulan bagi memastikan tiada bayi luar rahim. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya boleh menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional bagi memulihkan kembali rahim.

"Buat masa ini, saya menjalani rutin harian seperti biasa. Ada juga sesekali terasa sakit dan saya berehat seketika sehingga rasa itu hilang. Mengenali diri saya yang lasak ini, memang susah untuk duduk berehat di rumah," katanya kepada BH Online.

Elyana dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, yang kini berusia lima tahun.

Elly Mazlein kini mengandung berusia...

Isnin, 28 Disember 2015

Ikut info, Elly Mazlein pernah mengandung selepas 2 bulan menjadi isteri kepada komposer, Azmi Hatta pada awal bulan Januari tahun ini, namun kehamilannya mengalami keguguran.

Memetik portal Harian Metro, Elly telah berbadan dua semula, dimana usia kandungannya mencecah 6 bulan.
“Macam kehamilan pertama dulu saya teruja berkongsi dengan peminat. Kandungan kali ini, saya ikut nasihat orang tua kalau kandungan sudah kuat baru boleh kongsi. Disebabkan itu saya kunci mulut pada awal kandungan”

“Seperti dijanjikan, saya berkongsi berita gembira ini sempena hari jadi saya pada 17 Disember lalu,” katanya

Makcik dedah punca Siti Nurhaliza keguguran.. (3 gambar)

Khamis, 3 Disember 2015

Beberapa hari lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun berkongsikan berita sedih mengenai dia keguguran setelah hamil dua bulan.

Bagaimanapun, tidak tercapai akal kami bahawa ada individu yang sanggup menyifatkan kejadian tersebut terjadi kerana muzik itu haram memetik sebuah blog hiburan.

Punca Siti Nurhaliza keguguran anak sulung..

Rabu, 2 Disember 2015

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam, 1 Disember berkongsi berita sedih mengalami keguguran di laman sosial miliknya. Siti berkata, pada asalnya dia ingin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya itu tetapi selepas kandungan itu stabil, namun terpaksa reda dengan ketentuan Ilahi apabila dia keguguran di usia kandungannya itu dua bulan.
"Mula-mula Siti ingin berkongsi cerita indah namun Siti pecaya semua dugaan ada hikmah dariNya. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga.

"Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan fragile untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai. Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika,

"Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti. Insya-Allah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” kata Siti memetik Portal mStar

Punca keguguran kehamilan Leez Rosli..

Selasa, 7 Julai 2015

Leez Rosli kini dalam keadaan berkabung diatas perginya insan yang dinantikan iaitu cahaya mata sulongnya yang dikhabarkan telah keguguran di dalam fasa awal proses kehamilan.
“Sebenarnya saya sendiri tidak menyedari diri saya hamil, jadi disebabkan saya tidak tahu maka saya lakukan aktiviti harian seperti biasa seperti wanita normal.

“Sehingga saya berjumpa dengan doktor buat pemeriksaan dan mengesahkan saya sudah hamil tetapi kandungan saya tidak dapat diselamatkan, punca saya keguguran saya tidak pasti dan tidak berpunca saya jatuh dan sebagainya,” kata Leez kepada rancangan Hiburan Melodi TV3.
“Apabila doktor memberitahu Leez hamil, saya sebagai suami amatlah gembira, tetapi kandungan itu telah gugur saya pasrah dan redha, jadi kami kena usaha lebih kuat untuk mendapat anak,” seloroh Aepul, suami Leez.