Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Didie Alias akui hubungan dengan Enot renggang!

Jumaat, 29 Ogos 2014

Dengar berita hubungan Didie Alias dan Enot renggang aka tidak bersefahaman. Namun Didie akui sayangkan Enot dan sentiasa mengambil tahu perkembangan temannya itu yang kini menghidap kanser usus.

Didie memberitahu mengeluarkan kenyataan ini disebabkan ada kenyataan Enot melalui sebuah akhbar beberapa hari yang lalu dimana dia mengakui ramai kawan rapatnya kini menjauhkan dirinya.

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia,"

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan,

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," -Didie petikan portal mStar

Sidek Hussain meninggal dunia

Selasa, 29 April 2014

'Kalau panjang umur, berjumpalah kita' itulah kata-kata terakhirnya kita sempat dengar dari pelakon yang semamngnya sinonim dengan ketulan ketumbuhan pada lehernya, Sidek Hussain yang kini telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Sidek diberitakan menghembuskan nafas terakhirnya jam 11.55pm hari hari Ahad di Hospital Kuala Lumpur, setelah ditahan seminggu lalu, 22 April.

Keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan. Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Jenazah Sidek selamat dimandikan di Masjid Kuang dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Batu 17, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari, 28 April semalam. -sumber mStar

Kalau panjang umur, berjumpalah kita - Sidek Hussin

Selasa, 15 April 2014

Pelakon ini sentiasa menjadi perhatian dan simpati apabila dia berada di kaca TV, dialah Sidek Hussin yang menghidap ketumbuhan pada pangkal lehernya yang dinamakan kanser.

Kini Sidek ditahan dirumah sakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan lanjut sejak 30 Mac 2014 lalu.

Baru-baru ini juga tambahan laporan Kosmo!, penyanyi Nash yang merupakan salah seorang pemegang amanah Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) hadir bersama timbalannya, Datuk M. Nasir bagi menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000.
“Ketika sedang leka memilih barang permainan, dia terus pengsan. Saya menjadi panik dan terus menangis. Setelah menghubungi ambulans, suami saya terus dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujar Sebiah, isteri Sidek.
“Saya tidak berselera untuk makan. Jika makan, pasti akan muntah kembali. Jadi, saya hanya bergantung pada susu dan bubur. Disebabkan itu berat badan saya semakin menyusut.

“Bagaimanapun, saya akan terus kuat untuk melawan penyakit ini dan mencuba sebarang alternatif yang ada untuk mengubati kanser,”

“HIDUP dah sampai ke penghujung. Kalau panjang umur, berjumpalah kita,” -Sidek

Video Tiz Zaqyah Ketika Disuntik

Isnin, 20 Mei 2013

Ini adalah gelagat dari seorang selebriti apabila disuntik untuk mencegah kanser servik untuk satu majlis besar yang diadakan baru-baru ini. Tiz Zaqyah yang membuat suntikan itu kelihatan sungguh riang gembira dengan dikerumi oleh media dan jurufoto yang mengambil gambarnya. Jom lihat gelagat ayu Tiz ni.

Gambar Terkini Azean Irdawaty

Isnin, 15 Oktober 2012

Pada 12 Oktober yang lalu, Buletin Utama TV3 telah memaparkan berita terkini mengenai pelakon, Azean Irdawaty, 62 tahun yang kini terlantar akibat penyakit yang dialaminya. Kini keadaan Azean begitu lemah dan mengharapkan doa daripada anda di laur sana agar kembali sihat dan stabil seperti sediakala. Azean yang ditemui ketika itu redho dan ikhlas menerima dugaan hidup itu.

Ras Adiba nekad botakkan kepala!

Isnin, 25 Jun 2012

Penyampai berita, Ras Adiba Radzi kini berani berimej membotakkan diri untuk dikhalayak umum mahupun ketika berada di media. Ini bukanlah suka-suki hati Ras untuk membotakkan kepala, tapi adalah semata-mata untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan menurut portal Murai sebagai Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Namun yang baiknya bukan botak sepenuhnya, masih ada rambut lagi sikit-sikit.

Usia Azean Irdawaty sehingga Oktober ini?

Ahad, 16 Mei 2010

Ajal maut adalah ketentuan Allah! Namun siapa yang tidak sedih apabila sudah diberitahu lebih awal bahawa hidup mereka tidak lama di dunia ini? Begitulah yang berlaku terhadap pelakon berbakat besar Azean Irdawaty yang mendakwa dia hanya mempunyai tempuh 2 tahun (bermula 2008) sahaja lagi untuk hidup! Jika telahan doktor yang meneliti kes barahnya itu benar, maka kemungkinan besar hayat Azean hanya sekitar Oktober 2010 ini sahaja. Ditambah pula dengan masalah anaknya Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 33, yang dihantar ke pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, membuatkan perasaan Azean bertambah hancur dan berkecai.

Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?

Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.
Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .

Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan. -myArtis