Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ummi Nazeera sudah sebarkan kad kahwinnya (4 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Ummi Nazeera sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya, untuk pengetahuan koorang dia akan berkahwin pada 3 Ogos nanti.

Kad kahwin berkenaan nampak ringkas dan menarik menampilkan Ummi dan Dr I ketika mereka bertunang tahun lalu.

Pada masa yang sama, mereka juga mendoakan agar majlis perkahwinan Ummi nanti berjalan dengan lancar dan semoga beliau dan bakal suami berbahagia.

Sekitar perkahwinan Faye Kusairi, Azmi Hatta (24 gambar HD)

Isnin, 10 April 2017

Faye Kusairi menipu? kini sah isteri Azmi Hatta

Ahad, 9 April 2017

Apalah nak jadi dengan Faye Kusairi ni, sebelum ni pada 30 Mac lalu, dia ada memuatnaik gambar kad di laman sosial miliknya, dan mendakwa kad itu adalah kad majlis hari jadi anak saudaranya.

Namun lain pula yang terjadi hari ini, Faye disahkan berkahwin dengan Azmi Hatta bekas suami Elly Mazlein di Taman Cempaka Jalan Ampang sebentar tadi sekitar jam 12 pm.

Menurut sumber Harian Metro yang turut berada di kawasan kediaman itu, Faye menerima mas kahwin RM300.

Sementara itu menerusi akaun Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.

Muatnaik gambar kad kahwin, Faye Kusairi nak kahwin?

Jumaat, 31 Mac 2017


Faye Kusairi telah dikenali ramai akibat kontroversi dikaitkan dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta. Baru-baru ini, Faye telah memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram.

Walau bagaimanapun, gambar yang menunjukkan ibu bapanya yang sedang menyusun kad jemputan itu dianggap sebagai salah faham peminat sahaja.

Nora, Nedim sah nikah 30 Mac ini?

Selasa, 28 Mac 2017

Dengar khabar yang pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri bakal bernikah pada 30 Mac ini. Majlis pernikahan yang bertemakan tradisional itu akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Nora yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal, dilaporkan akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut diadakan. -gambar portal Utusan

Kad Kahwin Sharnaaz Ahmad cukup cantik dan mewah.. (gambar)

Khamis, 16 Mac 2017


Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang bakal berkahwin pada 31 Mac ini sudah pun mengagihkan kad undangan perkahwinan mereka. n

Menerusi akaun Instagram Nabila, dia telah memuat naik kad jemputan perkahwinannya yang tampak eksklusif serta mewah dengan bertatahkan batu Swarovski.

Kad kahwin Amar Baharin, Amyra Rosli

Khamis, 20 Oktober 2016

Bakal bernikah pada 11 November ini, nampaknya kad jemputan perkahwinan Amar dan Amyra sudah mula diedarkan.

Difahamkah majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 12 November depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan tema Black Glam.

Inilah bakal suami baru Yatt Hamzah (2 gambar)

Khamis, 18 Februari 2016

Desas-desus berita berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.

Dalam jemputan berkenaan, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.

Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. -mStar

Fakta menark perkahwinan Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

Rabu, 13 Januari 2016

Shaheizy Sam akhirnya mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Syatilla Melvin, 25, pada 8 Februari depan di Pulau Pinang.

Pengumuman itu dibuat oleh Sam dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel Sunway Putra di sini, Semalam.

Sam dalam sidang media sama berkata, pihaknya telah merancang perkahwinan tersebut sejak dua bulan lalu selepas mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak.

Terdahulu, keluarganya telah menghantar rombongan merisik Syatilla di Pulau Pinang pada 13 Disember lalu.

Marsha Londoh bakal berkahwin dengan anak Dato' Seri (2 gambar)

Jumaat, 18 Disember 2015

Beberapa hari lalu, kemasukan Marsha menjadi seorang Muslim menjadi tanda tanya, dan akhirnya jawapan itu telah terjawab dengan sekeping kad dibawah ini.

Wah, senyap2 ah Marsha. Apa-apa pun tahniah.

Serius! Nabila Huda akan kahwin bulan ini tapi.....

Khamis, 10 Disember 2015

Nabila Huda mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya pada bulan ini namun tidak mahu memberitahu secara lengkap mengenai tarikh dan apa-apa mengenai perkahwinannya kali ini.
"Insya-Allah memang saya akan berkahwin bulan ini. Tapi kita tidak tahu apa-apa boleh terjadi menjelang hari bahagia berkenaan. Doakan yang terbaik. Kalau ia jadi kenyataan saya takkan berahsia. Malah saya tak akan lupa menjemput rakan media dan teman,

"Saya mahukan majlis seringkas boleh. Sebagaimana orang melihat saya di alam realiti, sebegitu juga saya menggambarkan rencana majlis kahwin saya. Cukup dijalankan apa yang wajib," -Nabila petikan Bharian

Mila Jirin sudah edarkan kad perkahwinan, akan berkahwin pada..

Isnin, 19 Oktober 2015

Mila Jirin sudah mengedarkan kad perkahwinannya beberapa hari lalu. Mila memilih tarikh 11 November ini untuk bergelar isteri kepada Isz Mustapha.

Majlis penuh makna itu akan dilangsungkan di Masjid Husna, Pusat Bandar Puchong, Selangor.

“Semua rancangan perkahwinan saya lakukan sendiri dan mengikut apa yang saya mahu. Cuma ada sedikit idea yang diberikan oleh keluarga. Namun keseluruhannya adalah seperti yang saya idamkan.

“Saya tidak mengambil sebarang tajaan kerana bimbang akan timbul masalah kemudian hari. Jadi gunakan khidmat katering dan pakej perkahwinan sendiri sahaja. Inilah masa untuk saya perkenalkan perniagaan dan juga tanda saya yakin dengan perkhidmatan syarikat sendiri.

“Sememangnya sebagai seorang wanita, rasa tidak sabar untuk segera bernikah. Namun dalam masa yang sama pelbagai perkara yang bermain di fikiran terutama tentang bagaimana situasi selepas bergelar isteri nanti.

“Kami telah kenal lama dan sejak tiga tahun lalu barulah mula rapat dan serius merancang masa depan. Selepas sasaran untuk stabil dalam perniagaan tercapai, kami rasa ini masa terbaik untuk berumah tangga,” Mila memetik ManggaOnline.

Nazim Othman dedah wanita misteri jadi isterinya.. (gambar)

Isnin, 14 September 2015

Akhirnya Nazim Othman mendedahkan wanita yang selama ini menjadi misteri siapa sebenarnya dia dan yang kini sudah bergelar isteri kepada Nazim.

Dia adalah Nedlyn Nazlan. Namun berita kad undangan yang dikatakan perkahwinan itu adalah gimik untuk sebuah filem web pendek.

Dan Nedlyn adalah salah seorang pelakonnya.

Nazim Othman nikah jam 10 pagi ini (gambar)

Jumaat, 11 September 2015

Wah tahniah buat Nazim Othman yang bakal bergelar suami tidak lama lagi dengan pramugari kacukan Cina-Melayu pada 11 September hari ini, Jumaat sekitar jam 10 pagi.

Nama wanita berkenaan cukup hanya dikenali sebagai Miss N. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kerana bakal bergelar suami isteri beberapa minit dari sekarang. -updates foto nikah/kahwin selepas ini.

Tarikh pernikahan Amir Raja Lawak..

Isnin, 23 Februari 2015

Amir Raja Lawak akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Nur Intan Syafinaz dengan memilih tarikh 15 Mac ini dimana majlis resepsi diadakan selepas solat Asar di kediaman tunangnya di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Memetik portal mStar, Amir sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka dan menjangka hampir 500 orang akan menghadirinya.

"Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

"Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi," -Amir
Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Yana Samsudin terima tajaan perkahwinan 90%!

Isnin, 9 Februari 2015

Dengar cerita yang perkahwinan raja sehari, Yana Samsudin dengan pasangannya, Fadzil Zahari yang berlangsung 13 Februari ini menerima tajaan hampir 90% daripada perbelanjaan perkahwinan mereka.

Memang bertuah lah badan kalau nak kahwin dapat tajaan seperti ini kan. Mungkin David Teo kot yang taja semua ni, majikan yang perihatin la kalau benar kan.
“Kad jemputan juga baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk para tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri,” -Yana

Sudah berbulan Madu dan edar kad kahwin, Syamsul & Puteri Sarah

Khamis, 27 Mac 2014

Pasangan suami isteri, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dikhabarkan sudah mengedarkan kad perkahwinan/resepsi mereka yang akan berlangsung pada 18 April nanti.

Difahamkan sebanyak 500 kad sudah diedarkan kepada kenalan, keluarga, kawan-kawan dan juga media. Dan dijangka 1000 orang akan menghadirinya.

Persandingan itu turut diikuti oleh adiknya, Syafik dan tunangnya, Aiesyah Zainal yang akan dinikahkan pada 5 April nanti.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail memberitahu yang Syamsul sudah sihat sepenuhnya dari demam denggi, dan mereka suami isteri sudah pun berbulan madu di Pulau Pinang. -sumber mStar

Gambar Kad perkhawinan Syamsul, Putri Sarah

Rabu, 5 Mac 2014

Debaran kian terasa untuk dua jiwa disatukan tidak lama lagi, Syamsul Yusof dengan Putri Sarah Liyana. Mereka kini sedang giat membuat perancangan akhir untuk hari bersejarah bergelar suami isteri.

Pengedaran kad pernikahan dan perkahwinan juga sudah diedarkan kepada kenalan, suadara mara, kawan-kawan dan juga media.

Kad yang simple dan cantik ini sudah cukup menunjukkan mereka cukup bersederhana dalam pembelanjaan perkahwinan.

Kita lihat dan nantikan 8 Mac ini ok.

Aidil Zafuan Akan Kahwin Mac 2014

Sabtu, 14 Disember 2013

Memetik daripada portal MediaHiburan, bekas suami kepada Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan akan menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac 2014 dengan wanita yang di kenali sebagai Zarema Zainal. .

Difahamkan lagi, kad jemputan majlis itu dalam proses pembuatan dan pengedaran.
“Mana tahu ni?”

“Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” -Aidil

Tarikh Pernikahan Farawahida adalah....

Sabtu, 7 Disember 2013

Penyanyi Farawahida akan melangsungkan pernikahan dan perkahwinannya pada 16 Disember 2013 ini yang dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping bermula jam 7.30 petang sehingga jam 12 tengah malam. Info ini memetik kehadiran Farawahida ke pejabat Murai beberapa hari yang lalu.

Fara hadir untuk memberikan kad jemputannya sekali. Sekaligus memberitahu nama bakal suaminya iaitu Abdul Shukur Mohd Zain, seorang yang bertugas di pusat rawatan jantung di ibu negara selain menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Fara.