Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

5 Gambar isteri Julfekar, Min Yasmin kini bertudung

Selasa, 1 Julai 2014

Tidak disangka, isteri kepada komposer terkenal, Julfekar iaitu Min Yasmin yang juga seorang penyanyi kini sudah berhijab. Memetik portal MediaHiburan, ianya adalah bersempena mengambil keberkatan bulan Ramadan kali ini.

Sebab utama pemakaian hijab berkenaan adalah kerana niatnya yang ikhlas dan bukan dipengaruhi oleh sesiapa termasuk suaminya sendiri.
"Alhamdulillah, akhirnya seru datang dengan sendirinya. Tiada sesiapa yang memaksa Min membuat keputusan ini. Sebagai hamba Allah, Min rasakan sudah sampai masanya Min berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk Min," -Min
Luahan Jul sebagai seorang suami juga berasa amat-amat bangga bercampur terharu dan gembira akan perubahan isterinya itu.

Gambar resepsi Julfekar, Min Yasmin

Selasa, 15 April 2014

Hujung minggu yang lalu, telah berlansung satu majlis resepsi oleh komposer, Julfekar dengan isterinya, Min Yasmin di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Tema pada malam itu adalah persandingan taman. Lebih 500 orang tetamu undangan yang dijemput hadir datang. Artis terkenal seperti Faradhia, Lufyia, Datuk Rosyam Nor dan David Teo juga turut hadir. -gambar dianarashid.com | mStar

Tahniah, Julfekar, Yasmin sah suami isteri (10 Gambar)

Sabtu, 5 April 2014

Tahniah kepada komposer Julfekar (duda anak 4) yang selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pasangannya, Nurul Yasmin pada hari Jumaat di Masjid Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Memetik portal mStar, mas kahwin pernikahan itu adalah RM1000 dan wang hantaran tidak diberitahu. Julfekar memberikan 7 dulang hantaran dan dibalas 9 oleh Nurul. -gambar RedPhorography

Julfekar, Min Yasmin akan berkahwin pada..

Khamis, 13 Mac 2014

Memetik portal MediaHiburan, komposer Julfekar dan kekasihnya, Min Yasmin akan bergelar suami isteri tidak lama lagi. Mereka memilih tarikh 4 April 2014 untuk disatukan.

Acara bersejarah berkenaan akan dilangsung dekat Masjid Kota Damansara selepas solat Jumaat.
"Perasaan saya berdebar-debar menjelang tibanya hari pernikahan. Sehingga hari ini banyak perkara yang belum diselesaikan. Namun, terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu demi memastikan majlis kelak berjalan dengan lancar."

"Min hanya mengharapkan majlis yang sederhana sahaja. Paling penting, biarlah majlis ini berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh semua individu penting dalam hidup Min," -Min Yasmin.

Min Yasmin Sambut Birthday Julfekar

Rabu, 2 Oktober 2013

Memetik portal MediaHiburan semalam, komposer terkenal Julfekar yang satu masa dahulu popular kerana kontroversi hubungannya dengan penyanyi Farawahida, baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-49 nya.

Dihari itu, kekasihnya yang juga pelakon, Min Yasmin juga turut hadir meraihkan harijadi kekasihnya itu. Gambar harijadi itu adalah yang pertama buat mereka berdua bersama yang dimuatnaik kedalam laman Instagram mereka dan mereka akan berkahwin pada tahun depan.

Skandal Julfekar, Jessica MyStarz LG

Khamis, 22 Oktober 2009

Tidak dipastikan adakah ini gambar selepas atau sebelum Jul dan Farawahida menjalinkan hubungan. Namun pun begitu, gambar ini adalah gambar kemesraan Jul dengan Jessica dari program realiti MyStarz LG yang digembar gemburkan sebagai sepasang kekasih yang intim. Ramai yang tidak menyukai sikap Jul ini, namun ianya merupakan hak pribadi Jul sendiri terhadap siapa yang dia ingin jadikan kekasih hatinya. Dah berumur, mungkin banyak duit kot.

Farawahida Bunuh Diri?

Rabu, 30 September 2009

Komposer kontroversi Julfekar sebak dan menangis apabila ditanya kesahihan khabar angin yang mengatakan bekas kekasihnya, Farawahida telah mati kerana membunuh diri kelmarin (29/9). Julfekar berkata, awalnya dia amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita itu daripada kenalannya dan semakin cemas apabila ramai pihak media mula menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.

"Walaupun kami masih lagi berkonflik dan dalam keadaan tegang, jauh di sudut hati, saya masih sayangkan Fara dan sudah tentu tidak mahu mendengar tragedi seperti itu berlaku ke atas dirinya. Bila pertama kali mendapat khabar angin itu, saya terus terbayangkan saat-saat indah kami bekerja bersama.
"Tadi, rakan editor saya sudah menghubungi Fara dan mengesahkan Fara berada dalam kedaan baik. Saya tidak tahu dari mana timbulnya gosip seorang artis telah membunuh diri hari ini dan orang yang disebut itu ada nama Wahida. Hati saya menjadi cemas dan tertanya-tanya apakah dia Farawahida atau ada Wahida yang lain?" kata Julfekar.
Dalam pada sebak dan terharu, Julfekar tertanya-tanya apakah motif berita palsu Farawahida mati bunuh diri itu bertujuan untuk mengalih tumpuan orang terhadap isu krisis beliau dengan penyanyi lagu Rakus itu selama ini.

"Entahlah lepas satu, satu, saya pun tak mahu ulas panjang-panjang lagi. Krisis kami dah jadi kes mahkamah dan biarlah kami selesaikan dengan peguam masing-masing, sekiranya itu yang Fara mahu," kata Julfekar.