Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Terkini Watie Elite, Joey

Isnin, 10 Jun 2013

Apa perkembangan terbaharu pasangan suami isteri selebriti Joey dan juga Watie Elite? rasanya sudah nak setahun mereka berumahtangga yakni bernikah/kahwin pada awal bulan Julai 2012 yang lalu.

Perkembangan lain rasanya Watie belum lagi berbadan dua, melihat foto daripada laman sosialnya ini menampakkan Watie dan Joey sangat bahagia sekali.


Gambar Watie Elite, Joey Bersanding kali ke-2

Selasa, 10 Julai 2012

Selepas mengadakan majlis resepsi pertama pada 1 Mei lalu, Watie Elite dan suami, Joey Daud diraikan sekali lagi dalam majlis resepsi di Mydin Mall, Subang Jaya, pada malam Sabtu lalu. Pasangan yang bernikah pada 22 Disember 2011 ini diraikan bersempena Festival Kerja Kahwin ke-7 yang berlangsung di pusat membeli-belah tersebut bermula sejak 2 Julai hingga 8 Julai 2012. -Via

Gambar Perkahwinan Watie Elite. Joey

Rabu, 2 Mei 2012

Watie Elite (janda anak satu) dan Joey akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki. Watie dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwalikan adik Watie.

Baru-baru ini mereka telah mengadakan majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Watie dan Azza dengan Azlan Zulaily teruja dapat bersanding bersama-sama.

Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman. Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin. -Via

Joey mahu kahwini Watie Januari 2012

Selasa, 11 Oktober 2011

Joey telah memutuskan untuk bernikah dengan bekas anggota kumpulan Elite, Watie Elite pada Januari 2012. Keputusan Joey untuk mengambil Watie sebagai isterinya adalah tepat kerana merasakan penyanyi dan pelakon popular itu memenuhi ciri-ciri yang diingininya selama ini selain menganggap ia sebagai jodoh.

Mengenai hubungan mereka berdua, Joey menjelaskan ia semakin bertambah baik dan dia mengagumi ketabahan Watie yang dilempar dengan tuduhan sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey.

Memandangkan mereka berdua pernah mengalami detik hitam kehancuran rumah tangga dan kini telah mematangkan/memahami antara satu sama lain.
[via]

Joey ada hubungan sulit dengan Watie Elite, isteri diceraikan!

Jumaat, 11 Februari 2011

Penyanyi dan pelakon Joey, mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Norwatie Sadali atau Watie Elite. Perkara ini telah dimaklumkan oleh isteri Joey, Noraini Mohamad Nasir, kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam selepas menjawab soalan peguam syarienya, Amli Embong. Noraini berkata, pada penghujung Mei 2010, Joey telah mengakui akan hal itu kepadanya dan keluar dari rumah mereka sebelum pulang semula pada 4 Jun 2010.

Pada 4 Jun 2010, Joey telah menghubunginya dan mahu berjumpa untuk berbincang. Ketika itu, dia telah ditemani seorang rakan yang dikenali sebagai Ah Chong. Sewaktu perbincangan itu diadakan di luar rumah, Joey telah melafazkan talak.

"Bagaimanapun saya tidak mendengarnya kerana ketika itu saya telah pun lari masuk ke rumah. Ah Chong kemudian menghubungi saya memberitahu bahawa Joey telah melafazkan talak terhadap saya. Tapi, bila saya cuba hubungi Joey untuk mendapatkan penjelasan, dia gagal dihubungi," katanya.


Begitupun pada 8 Jun 2010, Joey kembali kerana mahu rujuk semula. Namun, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut. Noraini sebelum ini, menfailkan pengesahan lafaz cerai yang didakwa ada dilafazkan Joey pada 4 Jun 2010 mengikuti Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Islam Selangor 2003. -Murai