Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak dedah sebab perginya Jins Shamsuddin

Khamis, 2 Mac 2017

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Seniman Negara iaitu Tan Sri Dr Jins Shamsuddin. Mengikut portal mStarOnline. anak Allahyarham Putera Hang Jebat berkata, pada mulanya Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang.

Katanya, ayahnya itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan iaitu Klinik Idzham di Taman Melawati oleh ibunya iaitu Puan Sri Halijah Abdullah dengan bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, apabila tiba di klinik berkenaan, keadaan Allahyarham menjadi lemah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terkahir.

Ujar Jebat lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka malam ini (Rabu) untuk urusan seterusnya. Jenazah dijadual akan dikebumikan di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

Anak Jins Samsuddin, Putera Hang Nadim selamat bertunang (3 gambar)

Selasa, 27 Disember 2016


Anak bongsu tokoh filem Melayu tersohor, Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Nadim, 25, mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Norfarahin Attiqah Nasarudin, 25, di kediaman keluarga perempuan di Senawang, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Jins, 81 dan isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 57, turut hadir dalam rombongan meminang bersama 20 anggota keluarga pada jam 1 tengah hari. Pada majlis ringkas itu, tunangnya yang juga kakitangan syarikat swasta, menerima tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.

Nadim yang sedang menjalani latihan amali dalam bidang kejuruteraan teknologi di Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tunangnya, merancang bernikah dan mengadakan majlis resepsi di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang, April depan. -BharianOnline

Jangan terkejut melihat Jins Shamsudin terkini (gambar)

Selasa, 3 Februari 2015


UTUSAN: Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 80, dikhabarkan semakin uzur dengan keadaan dirinya yang amat kurus disebabkan menderita penyakit Alzheimer yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Menurut kenalan rapat Jins yang juga artis era pop yeh-yeh Datuk A. Rahman Hassan, pada masa ini keluarga Jins meminta kerjasama semua pihak agar tidak mengganggu ketenteraman seniman veteran itu.

Syamsul buat filem Bukit Kepong & KL Gangster 2

Jumaat, 14 Oktober 2011

Isu Bukit Kepong yang kecoh baru-baru ni yang telah disampaikn oleh Mat Sabu telah menyebabkan ramai yang tidak puas hati terhadap dia. Ramai keluarga dari ahli polis yang terkorban membidas tindakan Mat Sabu yang tidak menghargai perjuangan mereka. Episod duka itu telah direkodkan dan difilemkan oleh Tan Sri Jins Samsudin.

Dan kini, Dalam diam, pengarah muda, Syamsul Yusof , sedang menyiapkan skrip serta jalan cerita filem bersejarah Bukit Kepong pulak. Filem yang bakal menelan belanja sekitar RM6 juta ini akan diolah secara kemas, mantap dengan fakta sejarah sebenar.

Selain itu, Syamsul juga bakal mengeluarkan KL Gangster 2 yang dibintangi oleh Rosyam Nor, sebagai bintang utama. Dan jangan bersedih, sebab pelakon-pelakon terdahulu seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim serta Shoffi Jikan tetap di KEKALKAN! oleh Syamsul. :)
[via]