Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Alyah pasang niat untuk bertudung!

Jumaat, 6 Julai 2012

Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah dikatakan mahu dan berniat untuk memakai tudung. Ini disahkan melalui laman Twitternya, @Alyah81 baru-baru ini. Mungkin inilah masanya lagi kita mahu melihat perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh selebriti-selebriti kita. Dan mungkin impian melihat Negara kita paling ramai selebriti bertudung bakal termakbul satu masa nanti. Teruskan niat mu Alyah.

Lagi Gambar Sharifah Sofia bertudung

Selasa, 3 Julai 2012

Khabar berita baik apabila pelakon, Sharifah Sofia bertudung semalam tersebar luas, maka ramai yang menyokong tindakan Sharifah itu. Namun sekeping gambar semalam mungkin kurang syok untuk kita lihat sekejap, namun kali ini ada dua keping gambar Instagram berserta dengan Natasha Hudson yang juga bertudung bersama. Semua nampak manis dan anggun bertudung.