Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Jihan dipaksa Nabila Huda berbaju kurung Kedah pergi ke Pasar..
Khamis, 9 Jun 2016
Agak pelik apabila selebriti mengayakan baju kurung kedah untuk pergi ke Pasar. Jihan berbuat demikian untuk membeli barangan masakan di pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara baru-baru ini atas permintaan Nabila Huda.
Itu semua adalah babak untuk rancangan TV, Resepi Memikat Suami (RMS) episod ketiga petang ini menyaksikan Abil menyediakan Sambal Masak Hitam dan Kuih Bakar untuk menambat selera dan hati suaminya, Mohd Izwan Johar.
Rancangan semepan Ramadan itu berlangsung setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). -AstroGempak

Sekitar pernikahan Jihan Muse (5 gambar)
Isnin, 21 Mac 2016
Dengan sekali lafaz, pelawak dan pengacara popular Jihan Muse selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 31, kira-kira pukul 3.22 petang Ahad.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan.
Pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran, manakala pihak perempuan turut membalas lima dulang hantaran.
Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam. -mStar

Jihan Muse bakal kahwin bulan depan?
Khamis, 25 Februari 2016
Dengar khabar yang Jihan Muse bakal berkahwin bulan Mac akan datang. Namun belum ada pengesahan rasmi daripada empunya diri mengenai perkara itu, termasuk cinta hatinya yang juga seorang pelakon, Ungku Hariz.
Baru-baru ini, ketika Jihan, 32, mengunjungi butik pengantin Man Kajang bersama seorang jurusolek, sudah ada yang membuat telahan, pengacara Anugerah Meletop Era 2016 itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Cuma hingga saat ini, Jihan mengambil pendekatan berdiam diri mengenai cerita pernikahannya. Bagaimanapun, menurut sumber boleh dipercayai, Jihan dan Ungku Hariz dikatakan akan naik pelamin pada bulan depan.
Majlis pernikahan dan persandingan dikatakan bakal diadakan di Shah Alam, masing-masing pada 20 dan 27 Mac. Jihan juga dikatakan bakal melaram dengan busana kahwin rekaan Man Kajang dan Rizman Ruzaini pada majlis perkahwinannya.
Sebelum ini, bertebaran cerita kononnya pasangan ini akan melangsungkan pernikahan mereka pada Oktober depan. -Bharian

Jihan, Nabil bakal disingkirkan dari Gegar Vaganza 2? PANAS
Rabu, 25 November 2015
Pengacara lawak, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan terus dikekalkan dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2), demikian pengesahan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.
Penonton GV2 malam tadi dikejutkan dengan pengumuman bahawa dua pengacara berkenaan akan disingkirkan dan digantikan dengan penyampai radio Raja Azura dan Salih Yaacob.
Penyingkiran itu diketahui setelah lagu mereka dipaparkan di skrin segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ namun gambar mereka telah ditukarkan dengan wajah Raja Azura dan Salih Yaacob.
Bagaimanapun jelas Raqim, adegan itu hanyalah gimik dan amaran manja kepada Nabil dan Jihan sahaja.
Padan Muka bila M. Nasir sound Nabil!
Rabu, 4 November 2015
Nabil Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan ekoran lawaknya yang sememangnya dikenali sebagai membahan orang ramai dan artis-artis.
Dalam rancangan Gegar Vaganza 2 minggu ketiga semalam, Nabil telah membuat lawak tentang M. Nasir dan isterinya Marlia Musa.
Ini berlaku ketika giliran M.Nasir memberi komen kepada penyanyi Ezlynn. Ezlynn telah memanggil M. Nasir sebagai Hang Tuah dan kononnya Ezlynn sebagai Gusti Putri.
Kemudian Nabil mula membuat lawak tentang Marlia Musa yang kononnya jelous tetapi ditegur oleh Dato’ M. Nasir dengan berkata “jangan libatkan dia dalam hal ini”.
Inilah kekasih hati 8 tahun Jihan Muse (4 gambar)
Isnin, 13 April 2015
Rupanya Jihan Muse dah ada kekasih. Dan sudah berkenal dan bercinta hampir 8 tahun. Jejaka itu adalah Ungku Hariz Faizal berusia 30 tahun, 2 tahun lebih muda dari Jihan.
Namun penampilan jejaka berkenaan bersama Jihan dalam malam ABPBH yang lalu telah menimbulkan banyak persoalan kerana sebelum ini Jihan tidak pernah berkongsi cerita mengenai kekasihnya itu kepada umum.

10 Sen berkira sangat! - Abang Jihan Muse
Rabu, 24 September 2014
Bukan nak memburukkan nama baik Jihan Muse yang sudah besar memanjang ni, sebaliknya ianya berlaku ketika dia di zaman kanak-kanak lagi. Hal ini diakui oleh abang kandungnya sendiri, Wahiduzzaman dan rakan baiknya, Normala Alwi.
Menurut abangnya, Wahid yang memetik portal HarianMetro, Jihan merupakan seorang adik yang jimat cermat dengan menabung namun menyangkal adiknya itu tidak seorang yang lupa diri/asal usul.
Abangnya serta ahli keluarganya juga cukup bangga akan sikap Jihan dalam mengurus soal duit.

Malam AF, Seluar Zizan nampak 'anu' nya!
Khamis, 11 September 2014
Zizan Razak mengejutkan beberapa pemerhati terutama peminatnya. Ini berikutan seluar yang dipakainya ketika menjadi host program realiti Akademi Fantasia 2014 baru-baru ini telah menampakkan 'anu' nya.
Zizan akui dan perasan akan hal itu namun tidak mengambil berat sehinggakan kecoh di alam siber memperbincangkan mengenai hal demikian.
Zizan akui dan perasan akan hal itu namun tidak mengambil berat sehinggakan kecoh di alam siber memperbincangkan mengenai hal demikian.
“Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya,”
“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.
“Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan,
“Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula?
“Jadi mahu tak mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih lincah supaya tak ketara sangat,
“Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.
“Cuma saya memang tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu (kelmarin) termasuk skrip dan kandungan program,” -Zizan
Jihan Musa akui pakai produk kecantikan RM20 jer!
Ahad, 10 Ogos 2014
Memetik portal mStar, Jihan Musa akui tidak berbelanja besar untuk mukanya yang kini semakin ayu dan jelita.
Jihan menganggap ianya satu pembaziran dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi.
Jihan menganggap ianya satu pembaziran dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi.
"Saya tidak pernah dikelilingi oleh mereka yang berbuat begitu, jadi saya tidak tahu di mana tempat mereka melakukan rawatan untuk jadi lebih cantik.
"Pada saya tidak penting untuk membuat rawatan atau mengubah wajah kerana ia bukan sahaja berdosa, malah memerlukan kos yang tinggi.
"Saya hanya menggunakan pencuci muka berharga kurang daripada RM20 sahaja setiap bulan,"
"Saya masih sama seperti dahulu mungkin kerana usia sudah semakin dewasa dan saya akui lebih menjaga penampilan diri ketika keluar dari rumah.
"Sejak jadi artis saya akan bersolek dan pilih pakaian untuk keluar ke tempat awam kerana saya tidak mahu peminat ambil gambar dalam keadaan tidak elok.
"Lagi pun apa yang saya muat naik di Instagram itu sudah di edit menjadi lebih cantik,"