Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Wardina akui dirinya 'lebih cantik' dari J-LO

Selasa, 28 Februari 2012

Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.

“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.

“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) yang dihadiri oleh pelajar UITM -Via

gambar Ziana Zain iras J.Lo

Sabtu, 11 Jun 2011

Cantiknya gambar Ziana Zain kat majalah Cosmetic Surgery & Beauty edisi bulan ni. Lihat sahaja gambar dah tahu yang Ziana Zain mempunyai iras-iras J.Lo (Jennifer Lopez) gitue. Takyah citer banyak mengenai Ziana Zain nie, memang artis dikenali sepanjang zaman. Korang layan dulu lah ya. :)