Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Noryn Aziz selamat melahirkan anak

Rabu, 27 Ogos 2014

Tahniah kepada Noryn Aziz yang difahamkan selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengikut sumber daripada pengurusnya, anak lelaki itu seberat 3.13kg dan dilahirkan sekitar jam 4.25 petang hari Isnin.

Gambar Anak Datuk Sheila Majid

Sabtu, 2 Februari 2013

Wan Nur Khaleda atau nama popularnya Kayda Aziz merupakan anak kepada Datuk Sheila Majid hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Roslan Aziz yang kini berusia 21 tahun (portal Wikipedia).

Memang dah besar panjang anak hasil perkahwinan pertama Sheila selain daripada Wan Nur, ada seorang lagi anak hasil perkahwinan mereka, Megat Abdul Majid.

Dan semenjak 2003, Sheila kini bahagia dengan Hasridz Murshim (perkahwinan ke-2) dengan dikurniakan dua cahaya mata Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

Gambar Sheila Majid yang terbaru

Jumaat, 3 Disember 2010

Siapa tidak kenal dengan Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid yang kini telah menjadi seorang ibu. Hasil perkahwinannya yang pertama dengan Roslan Aziz (komposer), mereka dikurniakan dua cahaya mata, dan tidak lama kemudian bercerai dan berkahwin pula dengan Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta dan diijab kabulkan pada tahun 2003. Sungguh ranjau perjalanan hidupnya, semoga berbahagialah Sheila selepas ini bersama-sama keluarga tersayang. -Gambar RunWitMe.Blogspot





Bila Diana Danielle Menyanyi

Selasa, 17 November 2009

Dalam rancangan AC Sempoi baru-baru ini, Diana Danielle telah menjadi arits jemputan dalam rancangan berkenaan. Dalam tidak disangka, Diana menyanyi lagu barunya di sana. Suaranya memang sedap dan sesuai untuk lagu-lagu slow seperti RNB, Jazz dan sekutu dengannya. Diana Danielle ni bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tapi juga dalam bidang nyanyian. Kemungkinan besar, Diana boleh jadi pelapis Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.