Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ashraf Sinclair dedah rahsia 'jamu' bahagia dengan BCL

Isnin, 18 September 2017

Siapa sangka walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan, pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari masih mampu membina keluarga yang cukup bahagia setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, yang berusia 7 tahun.

Memetik portal BharianOnline, Ashraf menegaskan komunikasi dua hala menjadi tunjang yang mengukuhkan rumah tangganya dengan isterinya itu.

Katanya, setiap hari umpama proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam hingga tiada rahsia antara mereka sejak bergelar suami isteri sembilan tahun lalu.

"Kami sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai apa jua topik kerana bagi saya komunikasi ialah elemen terpenting dalam sesebuah perhubungan, apatah lagi selepas berkahwin.

"Bagi saya, isteri ialah teman hidup saya. Jadi, sangat mustahak untuk membabitkannya dalam setiap urusan harian saya. Sememangnya kami selesa berkongsi dalam segala segi.

"Secara peribadi, kami juga percaya terhadap komunikasi selain sikap tolak ansur kerana dalam perkahwinan juga ada pasang surutnya," katanya

Video HD perkahwinan Tomok, Ayu

Jumaat, 8 Julai 2011

Perkahwinan Tomok dan Ayu memang dah berlalu seminggu yang lalu, namun kehangatannya masih lagi membara. Sebab perkahwinan ini memang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Tomok. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat sekitar atau full video pernikahan dan perkahwinan Tomok dan Ayu yang penuh warna warni. :)