Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gandingan mantap Jasmin Hamid, Fasha Sandha (30 gambar)

Isnin, 5 September 2016

Drama Lara Aishah ala latin yang diamik dari telenovela Mexico, La Cobasaluran bakal ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD pada jam 6 petang dan ulangan pada jam 12 malam.

Drama 100 episod ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. -gambar Beautifulnara

Sebab mengapa Jasmin Hamid berang di laman sosial! (4 gambar)

Jumaat, 9 Oktober 2015


Jasmin Hamid Berang Ditegur Peminat
Ada seorang ni telah menghantar sekeping email untuk berkongsi beberapa screenshot status terbaru Jasmin Hamid. Mungkinakibat penampilannya yang didakwa agak seksi dan ramai yang menhentamnya di alam maya, Jasmin Hamid juga 'protect' dirinya daripada komen pedas itu.

Ogy A. Daud sindir Zahida Rafik guna botox (mesti baca)

Sabtu, 25 April 2015

Dalam rancngan Ya Ke yang ditayangkan baru-baru ini di TV3 ada mana host rancangan berkenaan iaitu AG dan Ogy Ahmad Daud telah digandingkan bersama untuk setiap tetamu selebriti yang berbeza setiap minggu, rancangan ini sebenarnya adalah sesi soal jawab secara spontan.

Namun jemputan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Sehinggalah giliran Zahida yang ditanyakan oleh Ogy dengan soalan panas dimana dia kerap dihubungkaitkan dengan golongan VVIP.

Sehinggalah soalan paling panas bertanyakan soal botox yang ditujukan oleh Ogy kepada Zahida. Zahida menjawab persoalan itu, namun dipotong oleh Ogy dengan ucapan, ''bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar' bahkan Ogy dikatakan bangga kerana wajahnya tidak menggunakan botox, tapi neutral.

Siapa tidak termakan hati dengan kenyataan Ogy seperti ini kan. Dah lah live.. -gambar Forum Cari

Foto kahwin di Instagram, Jasmin kahwin senyap-senyap? (4 gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014


Beberapa hari lalu, Jasmin Hamid ada memuatnaik gambar dia memakai pakaian gaun pengantin bersama seorang jejaka dan siap diarak dengan menggunakan kereta kuda.

Jejaka itu pastinya korang kenal, Aaron Aziz. Pastinya korang dah mula berfikir ini adalah babak lakonan diantara mereka.

Ya memang betul, ianya adalah babak drama untuk Dol dan Minah Nak Kahwin. Malangnya, ianya adalah drama lama dan ini adalah gambar lama yang di repost semula oleh Jasmin. :P

Gambar Jasmin Hamid Bertudung

Isnin, 25 November 2013

Jasmin Hamid memang pelakon yang cantik walaupun usianya meningkat. Namun pastinya ingin melihat dia memakai tudung kan. Memang saat inilah korang akan melihatnya.

Jasmin bertudung untuk telemovie dekat RTM iaitu Diari Mama sebagai watak Sarah Hajar. Beberapa keping babak dia bertudung diambil dan dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya.

Gambar Jasmin Hamid, Raja Ema

Ahad, 3 November 2013

Ni lah gambar terbaru dua selebriti terkenal, Jasmin Yani dengan Raja Ema. Mereka berdua ditemui ketika menghadiri satu majlis perasmian butik online, HITHAM DD Alias baru-baru ini.

Mereka makin cantik atau 'menyeramkan' ker? he he.

Gambar Jasmin Hamid Yang Cun

Jumaat, 23 Ogos 2013

Walaupun dah berusia menjangkau pelakon vateran seusia pelakon era 90-an, tapi bila melihat Jasmin Hamid berada di kaca TV memang nampak muda dan penuh anggun. Berderau juga kadang-kadang melihat kelibatnya. -Instagram JasminHamid

Gambar dan Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013

Sabtu, 17 Ogos 2013

Semalam berlangsungnya satu acara anugerah di saluran Warna Astro iaitu, Anugerah Lawak Warna. Kiranya ramai juga selebriti dari kerjaya pelakon dan pelawak yang memenangi anugerah itu.

Apa-apa pun ini adalah kepeutusan penuh dan gambar-gambar ketika anugerah itu.

Aksi Menghairahkan Aaron Aziz, Jasmin Hamid

Khamis, 17 November 2011

Memang cukup menghairahkan betul aksi Aaron Aziz dengan pelakon hot, Jasmin Hamid. Aksi yang ditayangkan ini adalah bersempena teater Badai Semalam. Lakonan ini juga dijayakan oleh Erra Fazira. Tiket tak usah kata lah, peminat Aaron terutama wanita, dah banyak kebas tiket tu semata-mata nak lihat Aaron. Namun korang tak perlu bimbang dan risau, ianya lagi masih lagi dipentaskan di Istana Budaya sehingga 20 November ini. Tiket diantara RM30 bagi semua golongan dan hingga RM300 bagi yang berkemampuan. Berbaloi lihat theater ni. Tak caya? korang g beli dulu. hehe.

-gambar Via

Gambar Jasmin Hamid Masih lagi Berbisa

Jumaat, 5 Ogos 2011

Selepas kejadian hitam yang melanda pelakon Jasmin Hamid terkena air panas di pahanya bulan Mei yang lalu [link]. Kini Jasmin lebih bersemangat dan tidak patah hati terhadap kejadian itu. Penampilan dan gayanya kini lebih tertumpu di bahagian atas memandangkan bahagian bawah 'still in progress'. Apa boleh buat, rezeki kena terus dicari. Sebab tue Jasmin yang sudah berumur masih lagi ada 'power' untuk meneruskan sesi fotoshoot.

[via]

gambar kaki Jasmin Hamid melecur!

Rabu, 18 Mei 2011

Kaki kanan dan kiri Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami. Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena. Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin. Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar.
Ps: untuk apa gunanya air panas tue erk?? sarapan mayyi kot... Zzz.

Jasmin Hamid Seorang Yang Sombong?

Rabu, 1 Julai 2009

Jasmin Hamid dikatakan seorang yang sombong (dalam bahasa halusnya). Ini cerita bukan direka-reka oleh penulis taw. Ini dari seorang insan yang bergelar peminat artis yang meluahkan rasa hatinya yang dek terluka. Mana tidaknya, dia akan kata Jasmin Hamid sombong, senyuman yang dilemparkan insan ini tidak dibalas oleh Jasmin Hamid. Kelakar juga. Nak tahu kisah lanjut? baca statement yang dikeluarkan oleh insan tersebut..

Bkn ape aku just nk cite pasal seorang pelakon ...
Ari ahad lepas aku gi umah akak aku, ade buat mkn2 semperna besday husband dia...

Dan mmg mase tu umah akak aku tgh ade org shooting drama... Drama utk cerekarama tv3 pd 11/7 nie...Tajuk dia apentah..Tp belakang dia Babysitter...camtu la tajuk dia.. Ntie korang tgk la gazet dlm TV3.... Abg ipar aku mber kpd producer citr tu..tu yg bagi umah dia utk shooting....

Pelakon yg ad mase tuh, Jasmin Hamid, Norman Hakim, Iqram Dinzly, Lisdawati... tp mase aku dtg, Lisdawati dh blek..

Bkn la ape, aku ingat nk brgambar la dgn si Jasmin ( Datin Wanabe ) tuh... aku suka gak tgk lakonan dia...

Tapi malangnye, tersangat la eksyen.. langsung x senyum bila aku senyum kt dia... Mcm cilake..!!Langsung aku malas nk amik gmbr dorang.. tau la dia artis, tp si Norman dgn iqram tu ok je, x sombong... Iqram siap masok dapor salam kitorang kt situ...

Tp aku segan nk tngkap gmbr dgn dia... mmg aku xde gmbr nk di tunjukkan... tggu ntie gmbr dlm camera akak aku... dorang brgambar mase tgh mkn2 tu...

Anak buah aku pon ade brlakon gak dlm drama tuh...huhu...
Errr...JH tu a smoker ek...baru aku tau..

Jasmin Hamid Seksi Dedahkan Paha

Khamis, 28 Mei 2009

Amboi-amboi, seksinya Jasmin Hamid buat penampilannya yang terbaru ni. Pelakon yang sudah meningkat usianya, mesti nak kelainan juga agar reputasi tidak menjunam di mamah zaman. Kali ni, dia memberanikan pahanya yang mulus itu kepada khyalak ramai. Motifnya tidak dapat dipastikan lagi untuk tujuan apa. Namun kita seharunya menyedari, usia makin meningkat, amal juga kenalah ada peningkatan. Ngeh3.

Gambar Baru Jasmin Hamid

Isnin, 23 Mac 2009

Sudah lama tidak melihat Jasmin Hamid secara bergambar melainkan di kaca-kaca TV. Gambar baru ni, di ambil ketika Jasmin menghadiri satu majlis. Rupanya seperti menyeramkan namun itulah hakikat, artis suka bergaya dan berfesyen.