Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak perempuan Jalani Sidek kahwin

Selasa, 23 Februari 2010

Walaupun bukan daripada anak seni, namun ianya juga penting, memandangkan Jalani Sidek pernah mengharumkan nama negara daripada sukan badminton. Anak perempyuan bekas pemain beregu terhebat negara itu dan pengarah filem Raja Azmi, Puteri Suraya selamat melangsungkan perkahwinannya baru-baru. Majlis disempurnakan dengan menggabungkan tradisi adat Jawa dan juga Perak. Mengapa Jawa menjadi pilihan dan kenapa tidak Bugis Banting seperti yang sedia maklum. Tahniah lah keapda kedua-dua mempelai.

Anak Raja Azmi Bertunang

Ahad, 23 Ogos 2009

Mengambil berkat bulan Ramadan yang mulia, produser sensasi Raja Azmi mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan anak gadisnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 24, dengan pengarah filem Dalam Botol, Mohd Shadan Hashim, 34. Selama ini Shadan memang sudah rapat dengan keluarga Raja Azmi dan suaminya, bekas jaguh badminton, Mohd Jalani Sidek. Memandangkan sikap Shahdan yang baik dan cukup disenangi keluarga Raja Azmi, dia dirasakan paling layak menjadi calon menantu.


Khabarnya, kedua-dua pasangan itu sendiri sudah lama menyimpan hati terhadap diri masing-masing. Oh ya, Shadan juga adalah pengarah filem Haru Biru yang dilakonankan oleh Ijoi Azahari, Que Haidar dan Dynas. Tarikh yang dipilih untuk majlis pertunangan itu adalah pada 09.09.09 ini yang dilangsungkan selepas majlis berbuka puasa. Kebetulan, Raja Azmi pun hendak menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lalu dia pun berhajat majlis itu dilaksanakan sebelum berangkat ke Tanah Suci.