Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca isteri Datuk Jalaluddin Hassan meninggal dunia

Ahad, 6 November 2016

Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu, samalam.

Jalaluddinberkata, Hashimah, 64, menghembuskan nafas terakhirnya selepas berlaku komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.

"Pembedahan itu dilakukan bagi membuka saluran jantung tersumbat dan Alhamdulillah ia berjalan lancar sebelum berlaku komplikasi.

"Isteri juga menghidapi penyakit kencing manis selain masalah paru-paru dan doktor mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi," katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.

Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.

Jalaluddin Hassan meninggal dunia?

Khamis, 30 Jun 2016

Jalaluddin Hassan yang pernah dikhabar-anginkan meninggal dunia pada bulan Oktober tahun lalu kini mendapat perkhabaran berita yang sama buat kali ke-2 oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat. Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini.

Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya,” katanya kepada portal Astro Awani berhubung perkara yang berlaku itu.

Hantu Gangster kutip RM3.5 Juta untuk 3 minggu

Khamis, 30 Ogos 2012

"Hantu Gangster" telah berjaya mengutip RM3.5 juta sepanjang tiga minggu tayangan filem itu. Ini membuktikan filem ini telah mengaut 3 kali daripada filem Sam yang mengutip RM1.4 juta mengikut sumber selama dua minggu ditayangkan. Tidak tahu samada orang ramai sudah malas untuk menonton filem berbentuk romantik atau mahu perubahan segera dilakukan keatas industri filem tanahair setanding dengan filem Thailand dan Indonesia.

Filem kedua arahan Namewee (Wee Meng Chee) tidak sehebat seperti yang diperolehinya pada filem pertamanya, "Nasi Lemak 2.0" yang berjaya mendapat kutipan lebih RM7 juta, namun kutipan filem "Hantu Gangster" masih berada pada kelompok filem pecah panggung terbaik untuk tahun ini.

Nak tahu bagaiaman cerita filem ini, pastikan anda kunjungi panggung berdekatan, mungkin esok cuti, boleh lah pergi. Pelakon dalam filem ini adalah Farid Kamil, Diana Danielle, Dato' Jalaluddin Hassan, Taiyuddin Bakar, Noh Hujan, Mizz Nina dan juga Amber Chia.