Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Izreen Azminda buat kenyataan mengejutkan..

Jumaat, 11 Ogos 2017

Pelakon Izreen Azminda kini sudah bersedia berumahtangga. Namun Izreen belum ada lagi calon yang sesuai bagi dirinya. Beliau mengakui yang tidak kisah jika berkahwin dengan suami orang sekali pun.
“Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan. Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula. Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain”

“Sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri. Tetapi buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan. Jika ada jodoh, insyaAllah saya akan berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Izreen Azminda buat keputusan mengejutkan!

Selasa, 24 Januari 2017

Walaupun sudah bergelar janda selama 3 tahun, Izreen Azminda mengakui dirinya kini dalam kesunyian. Dalam kesunyian itu, akhirnya Izreen mengambil keputusan untuk berkahwin lagi.

"Memang sebelum ini saya pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hati ini sudah tertutup untuk lelaki. Mungkin ketika itu saya tidak boleh berfikir panjang dan tidak bersedia. Namun, sekarang saya akan terima lelaki yang sesuai, yang boleh menjaga saya dan anak. Selain itu jugam dia perlu berkemampuan dari segi ekonomi yang kukuh dan yang paling penting saya juga suka dekat dia.

Kalau nak kahwin, saya kena cari yang betul-betul nak kita. Tapi bukanlah saya nak cakap perkahwinan sebelum ini adalah salah. Cuma jodoh saya dan bekas suami hanya sampai setakat itu saja.

Kali ini kalau saya berkahwin, saya tak nak meletakkan satu harapan yang besar atau tinggi. Bagi saya, biarlah benda ini jadi secara semula jadi. Kalau ada jodoh, ianya akan berpanjangan dan kalau tidak, saya bukan keseorangan, masih ada Adrian iaitu anak saya. " kata Izreen memetik Utusan

Izreen pernah berkahwin dengan pengarah drama Lara Aishah, Riza Baharudin pada 2012 dan bercerai pada tahun 2014. Hasil daripada perkahwinan , mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun .

Izreen Azminda bakal bergelar Datin? bercinta dengan Datuk?

Selasa, 29 November 2016

Izreen Azminda menganggap isu dirinya bakal bergelar Datin seperti dihebohkan baru-baru ini sebagai gurauan nakal segelintir pihak.

Katanya, dia hanya mampu tergelak sebaik kisah itu digembar-gemburkan apatah lagi ramai bertanyakan kesahihan berita kononnya ia berpunca daripada hubungan rapat dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
"Sejujurnya gosip itu membuatkan saya tergelak sakan. Cerita hendak jadi bakal datin atau bakal datuk pun tiada. Datuk kandung saya sendiri sudah lama meninggal dunia.

"Cuma saya tidak tahu dari mana cerita sebegini. Ia mungkin disebabkan orang salah anggap menyangkakan saya ada apa-apa dengan rakan kongsi perniagaan. Lucunya rakan perniagaan saya wanita, bukan lelaki pun dan tak ada pangkat Datuk atau Datin langsung," katanya kepada BH Online.

Lelaki sudah ‘mati’ dalam hidup saya! - Izreen Azminda

Selasa, 27 September 2016

Izreen Azminda kini mengakui selesa hidup seorang diri disamping anak dan kerjayanya. Bagi Izreen lelaki bukanlah fokus utama di dalam kehidupan demi mencari kebahagian dan belaian kasih sayang.
“Sekarang saya bahagia kerana tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Saya lebih fikirkan soal kerja dan anak.

Lelaki sudah ‘mati’ dalam hidup saya. Belum fikir lagi ke arah itu (perkahwinan). Saya takut jika lelaki yang saya terima nanti tidak boleh menjaga anak saya”

“Ada yang mahu mendekati, tetapi belum berjumpa dengan orang yang menepati citarasa. Kalau boleh saya mahu lelaki yang sudah punya kewangan kukuh.

Bukanlah seorang yang kaya, cukuplah dia punya pekerjaan sendiri,” jelasnya kepada portal Insta Online.

Kenapa Izreen enggan doakan waktu Amar, Amyra kahwin?

Jumaat, 23 September 2016

Izreen Azminda yang pernah bercinta dengan pelakon Amar Baharin satu masa dahulu, kelihatannya agak sedih dan kecewa dimana Amar bakal menikahi Amyra Rosly pada bulan November depan.

Memetik portal Bharian, nada sedih itu jelas kelihatan apabila Izreen enggan memberikan doa dan ucapan untuk bekas kekasih dan bakal pengantin itu.
"Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia."
Izreen juga mahu mengelak untuk digandingkan dengan Amar sekiranya mereka diberikan peluang untuk berlakon dalam satu drama/filem.
"Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya.

"Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung," katanya

Izreen Azminda dikecam pakai seluar ketat (3 gambar)

Selasa, 6 September 2016

Baru-baru ini, pelakon Azrel Ismail ada memuat naik gambarnya bersama Izreen Azminda di akaun Instagram kerana ingin memberikan ucapan hari lahir buat Izreen. Namun lain pula jadinya, apabila follower disana mengomen mengenai pakaian seluar yang dikenakan Izreen..

Izreen Azminda ditaja 20 pasang baju raya!

Selasa, 14 Jun 2016

Sibuk dengan penggambaran selama dua bulan bermula Ramadan sehingga Syawal, pelakon Izreen Azminda ketika ditemui baru-baru ini, memberitahu persiapan rayanya pada tahun ini tidak perlu dirisaukan lagi kerana sudah pun mendapat tajaan daripada Mek Kembang Cotton sebanyak 20 pasang.

“Hari raya nanti sudah tentu akan berada di kampung, Jitra, Kedah, tetapi tidak lama sebab cuti tak sampai seminggu, begitu juga kalau ada yang bertanya tentang saya buat rumah terbuka ke tidak? Jawapan saya tidaklah. Untuk persiapan raya tahun ini paling banyak baju raya lebih dari 20 pasang daripada Mek Kembang Cotton. Pakaian lebih tak terpakai bolehlah buat pakai untuk penggambaran,” ujarnya memetik portal MediaHiburan

Izreen Azminda kecewa dengan juri Gempak Superstar!

Khamis, 5 Mei 2016

Pelakon Izreen Azminda mengakui kritikan yang diberikan oleh para juri dalam program Gempak Superstar sedikit sebanyak mengguris hati peserta.

Dia yang telah tersingkir daripada program nyanyian itu pada minggu keempat berkata komen yang diberikan juga membuatkan mereka berasa stress dan tertekan ketika membuat persembahan.

“Seperti kata Datuk Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okaylah dengan komen yang diberikan. Kerana bukan mudah hendak menghafal skrip lakonan, lirik lagu dan step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan yang sama kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukannya”

“Juri sepatutnya lebih memahami dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan adalah tidak mencukupi. Saya tak kisah kalau mahu kata persembahan saya buruk atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa juri harus faham bahawa masa latihan itu tidak cukup,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Izreen Azminda bercinta dengan Redza Rosli?

Jumaat, 1 April 2016

Dengar gosip yang Izreen Azminda yang dia rapat aka bercinta dengan pelakon baru, Redza Rosli. Dan ini komen Izreen semalam mengenai gosip berkenaan.
“Redza cuma kenalan saya sahaja. Kami pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar, tetapi tiada babak pun yang menggandingkan kami bersama.

Saya sendiri tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul.

Saya kini bahagia dengan status solo dan gembira dengan kehidupan saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Rita Rudaini dah ada penganti...

Rabu, 13 Januari 2016

Gosip Rita Rudaini dilamun cinta seperti mana yang didakwa sesetengah pemerhati yang melihat aktiviti Instagram milik Rita dengan post2 cinta, telah dinafikan sendiri oleh Rita.

Namun kawan sejawatnya, Izreen Azminda mendedahkan yang Rita sememangnya sudah bertemu pengganti tetapi Izreen enggan memberitahu lebih lanjut kerana dianggap kurang manis
Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?

Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya.
Buat Izreen sendiri yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun, beliau sehingga kini masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.
Buat masa ini belum ada teman lelaki mahupun calon suami untuk berkahwin semula. Masih belum ada lelaki yang benar-benar dapat memikat hati saya.

Saya hanya akan terima lelaki itu andai dia boleh terima dan menyayangi anak lelaki saya. Dia kena ikhlas dan jujur sayang anak saya, bukannya buat-buat hanya untuk mendapatkan saya." -Izreen petikan ManggaOnline

Izreen Azminda, Sherry Ibrahim kemalangan, keadaan mereka kini...

Rabu, 23 Disember 2015


Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim ditimpa kemalanganIzreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi semalam. Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Izreen Azminda anggap pengikut IG meroyan sebab.. (video)

Isnin, 16 November 2015

Ramai beranggapan yang Izreen Azminda ni meroyan. Namun bagi Izreen apa yang dia lakukan adalah atas cara dan sikap dia yang tersendiri.

Izreen mengulas mengenai pengikut laman sosial yang bertelagah selepas dia memuat naik komen mengenai lakonan Amar Baharin dalam sebuah teater menunjukkan golongan berkenaan sebenarnya meroyan. -video mStar

Izreen Azminda anggap cinta mesti berduit.. Ahaks..

Rabu, 11 November 2015


Izreen Azminda Hanya Tertarik Kepada Lelaki Berduit
Meski hidupnya pernah dikecewakan lelaki dan gagal dalam rumah tangga, tidak bermakna pelakon Izreen Azminda,30 serik untuk menerima kehadiran seorang teman baru. Namun buat masa sekarang kerjaya dan anak, adalah fokus utama. Bukan mencari teman hidup.
“Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Sekarang ini semua perkara perlukan duit. Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya.

“Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama,” ujar Izreen tentang lelaki pilihannya memetik portal ManggaOnline

Amar Baharin minta Izreen Azminda supaya beradap!

Selasa, 3 November 2015

Hangat di laman sosial dimana ramai yang memperkatakan mengenai satu kritikan Izreen Azminda terhadap persembahan lakonan Amar Baharin di dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam teater tersebut Amar memegang watak Zainuddin bagi adaptasi novel karya penulis Indonesia, Hamka. 

Terdapat pro dan kontra mengenai kritikan Izreen terhadap Amar. Mereka pernah berkawan rapat dan dilihat intim sehingga dikaitkan gosip cinta setelah bekerjasama dalam drama bersiri popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Namun, hubungan baik itu dilihat tidak berpanjangan. Kini, Amar dikaitkan pula bercinta pula dengan aktress, Amyra Rosli.

Izreen Azminda tuduh bekas suami tinggal bersama kekasihnya.. PANAS!

Rabu, 28 Oktober 2015


Bekas Suami Izreen Azminda Jawab Isu Bersekedudukan Dengan Teman Wanita
Sebelum ini pelakon, Izreen Azminda ada mendakwa yang bekas suaminya, Muhamad Riza duduk serumah dengan kekasihnya dan membawa anak mereka bersama, lantas dengan dakwaan itu, bekas suami Izreen,  Muhamad Riza telah tampil membersihkan namanya dan menafikan dirinya bersekedudukan dengan kekasihnya.

Menurut Riza, beliau kini tinggal bersama adik bongsunya dan seorang pembantu jurukamera. Jelas beliau isu tersebut timbul setelah satu kejadian kecil berlaku sewaktu Riza memperkenalkan kekasihnya itu kepada anaknya Adrian Umar memetik sebuah blog hiburan.

Berfikir! apa maksud sebenarnya Izreen Azminda ini? (5 gambar)

Jumaat, 23 Oktober 2015

Agak pelik melihat status di Instagram milik Izreen Azminda kali ini dengan gambar 'Berfikir' dan memberi maksud ianya seperti amaran kepada seseorang.

Izreen jika dilihatkan bukanlah kaki gaduh atau memiliki banyak kontroversi dalam hidupnya, tapi melihat status itu sepertinya ada yang berkaitan dengan anaknya.

Izreen juga dilihat sangat sensitif mengenai anaknya, Adrian. Adakah ia berkaitan dengan 'perempuan' atau teman wanita yang akan menjadi isteri bekas suaminya Riza?

Kemungkinan pasti ada kaitan tentang itu. Bukan senang untuk ibu tunggal untuk melepaskan anak mereka sesuka hati.

Corak baju Izreen Azminda ada salib?

Khamis, 16 Julai 2015

Izreen Azminda telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan ahli kelab peminatnya, Izreen Azminda FC pada 11 Julai lalu di Silka Hotel Cheras. Untung peminat-peminat Izreen Azminda kerana sudi meluangkan masa dan sporting menghargai sokongan dari peminat beliau.

Pada majlis berbuka puasa tersebut, Izreen Azminda telah mengenakan busana dari butik Istana Puteh yang direka oleh saudara Boboy. Namun, motif rekaan busana tersebut dikatakan menyerupai tanda salib oleh segelintir peminat dan mereka mempersoalkan tindakan Izreen dan pereka yang dilihat kurang sensitif. Peka dengan isu yang timbul, Boboy tampil menjelaskan isu tersebut dan menganggap hanya salah faham dan sempat berterima kasih pada yang memberikan maklumbalas.

Fahrin kahwin Sabtu ini dengan Izreen Azminda?

Rabu, 6 Mei 2015

Fahrin Ahmad mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, Sabtu ini, 9 Mei 2015.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan siapa bakal isterinya dan akan memperkenalkan wanita itu kepada pihak media di majlis itu nanti.

Fahrin berkata, dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya di atas permintaan keluarga pihak wanita.

"Saya meminta media supaya tidak mendesak saya untuk mendedahkan identiti bakal isteri dan tunggu majlis nanti,"

"Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai bakal akan dirahsiakan sehingga hari pernikahan kerana tidak mahu orang ramai membuat spekulasi dan mengeluarkan kata-kata negatif di laman sosial,

"Insyallah resepsi majlis perkahwinan masih dalam perbincangan dan tarikh akan dimaklumkan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Fahrin menafikan bakal isterinya adalah Izreen Azminda. -Hmetro

Saya tiada keinginan untuk bercinta! -Fahrin

Isnin, 20 April 2015

Difahamkan yang Fahrin Ahmad ada bergambar berdua-duaan dengan pelakon Izreen Azminda baru-baru ini.

Hanya kerana gambar itu dimuat naik di laman sosial menyebabkan ada pihak mengatakan mereka bercinta sedangkan baik Fahrin mahupun Izreen mengakui, mereka hanya berkawan semata-mata dan untuk pengambaran drama.

Bagaimanapun ketika diusik mengenai kekasih, Fahrin tidak mahu menjawab persoalan sebaliknya mengakui, perkara berkaitan soal hati itu masih kabur memandangkan dia mahu keputusan yang dibuat itu untuk masa depan itu benar-benar tepat.

“Mungkin dia kekasih dalam kalangan orang yang saya kenal,"

"Buat masa sekarang ini, saya tidak ada keinginan untuk bercinta. -Fahrin petikan portal Utusan

Izreen Azminda kini bertudung (8 gambar)

Ahad, 5 April 2015


Alhamdulillah kini penampilan Izreen Azminda dah berubah kepada bertudung. Perubahan ini sebenarnya sudah lama diniatkan oleh Izreen Azminda sendiri, namun kesibukan bekerja membatasi niat baiknya itu. Kini dengan istiqamah dia memulakan hidup yang baru.