Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lara Alana dibawa ke Istanbul, Scha sedih (16 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015

Sebelum ini Scha al Yahya telah pergi ke Istanbul, Turki untuk sesi shoot photo. Namun kepermegiannya tidak ditemani suami, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana.

Namun, Awal telah membuat satu perancangan dimana, dia dan Lara membuat kejutan untuk Scha yang berjauhan daripada mereka dimana, Awal dan anak kesayangan mereka itu telah 'menerjah' Scha yang merindui mereka berdua.

Scha juga difahamkan menitiskan air matanya ketika kehadiran mereka berdua.

Zahiril Adzrin, Shera Aiyob ke Istanbul

Isnin, 7 Januari 2013

Gambar di bawah adalah gambar trip percutian ke Istanbul oleh Zahiril Adzrin dan juga isterinya, Shera Aiyob.

Melihat daripada gambar ini, mungkin bukan sekadar bercuti sahaja kot malahan terdapat juga kelibat pengarah, Erma Fatima yang memungkinkan mereka di sana untuk berlakon.

Shera juga dikhabarkan kini sudah hamil berusia 2 bulan.

Gambar Bulan Madu ke-2 Awal, Scha

Jumaat, 30 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar yang dikongsi oleh Awal Ashaari dan Scha al Yahya melalui laman sosial mereka dimana mereka mengambil kesempatan untuk berbulan madu ke-2 di kota raya Paris dan London. Sebelum itu mereka ditaja bercuti bersempena dengan tajaan ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan Juara Liga-Liga Eropah dalam pertembungan Manchester United dan Galastaray baru-baru ini.

Istanbul Aku Datang Kutip RM2 Juta

Ahad, 18 November 2012

Tahniah kepada filem lakonan Lisa Surihani, Kusyairy, Tomok dan Aizat kerana hasil lakonan mereka untuk filem Istanbul Aku Datang nampaknya membuahkan hasil yang boleh tahan.

Sumber mengatakan filem ini mencatatkan kutipan sehingga RM2 juta semenjak ditayangkan minggu yang lalu. Kata orang filem ini menarik jalan ceritanya, itu pun baca kat facebook.

Kalau nak tahu sangat mengenai filem ni, pastikan hari ini pergi ke panggung wayang berdekatan ok.

Gambar Lisa Surihani Ketika Pelancaran Produk Freshlook

Rabu, 31 Oktober 2012

Kalau melihatkan daripada gambar poster yang lalu, Lisa Surihani bertudung dalam mempromosikan filem terbarunya, Istanbul Aku Datang dengan kanta lekap berjenama seakan-akan kita dapat melihat Lisa mempromosikan filem dan produk berkenaan dalam berkeadaan bertudung, namun ianya tidak seperti yang kita impikan, Lisa berpakaian seperti biasa sewaktu aktiviti promosi berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, Lisa mengakui yang dirinya sudah memakai kanta lekap ketika berumur 9 tahun lagi yang tidak berwarna sehinggalah ke hari ini dengan menemukan produk ini yang berwarna warni.

“Saya selesa dengan kanta lekap FreshLook kerana warnanya memang semulajadi dan Yusry sendiri suka apabila saya pakai kanta lekap biru,” ujar Lisa Surihani, -Rotikaya.com



Gambar Lisa Surihani Bertudung

Khamis, 25 Oktober 2012

Lisa Surihani bertudung bukanlah satu khabar yang sudah biasa kita dengar, dia juga pernah bertudung untuk babak-babak lakonana yang dibintanginya.

Dan bukan juga bersempena Hari Raya Aidil Adha yang dijadualkan pada hari esok, namun ianya adalah untuk promosi filem Istanbul Aku Datang dengan kerjasama contact lens, Freshlook.

Nak temui Lisa dalam keadaan bertudung (kalau la) ? ini jadual promosi filem berkenaan? -gambar Budiey.com

27/10/2012 (2pm to 4pm) – Terminal One, Seremban
28/10/2012 (2pm to 4pm) – Plaza Alam Sentral, Shah Alam
03/11/2012 (2pm to 4pm) – Mydin, Melaka
04/11/2012 (2pm to 4pm) – Mydin USJ, Subang Jaya