Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar perkahwinan Tunku Tun Aminah, Dennis (30 gambar HD)

Isnin, 14 Ogos 2017


Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan seluruh rakyat negeri Johor. Didoakan supaya berkekalan kebahagiaan kedua-dua mempelai DiRaja ini. Allah Peliharakan Sultan.

Inilah bakal suami Tunku Tun Aminah (7 gambar)

Isnin, 17 Julai 2017

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, khabarnya akan mengakhiri zaman bujang dengan bernikah dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.

“Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.

“Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.

“Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah,” katanya.

Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.

Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.

Selebriti di Istana Negara yang baru

Isnin, 12 Disember 2011

Baru-baru ni Istana Negara yang terbaru sudah pun dirasmikan oleh Agong dalam Dirgahayu Diraja (jamuan negara). Dalam pada masa yang sama terdapat juga artis-artis tempatan yang sama-sama dijemput memeriahkan suasana. Mereka adalah Andre Goh, M. Nasir, Vanidah Imran, Shila Hamzah, Ning Baizura dan Stephen Rahman. Memang cantik giler Istana baru ni, sesuai la kita untuk memertabatkan institusi beraja di negara kita.

gambar Fb Shila Hamzah