Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak Rini AF Meninggal Dunia

Selasa, 21 Ogos 2012

Selamat Hari Raya semua. Baru berkesempatan nak update blog ini sebab sibuk sangat layan tetamu yang datang ke rumah. Namun ada berita yang sedih yang sudah pasti semua sudah mengetahuinya kan. Mengenai anak Rini AF yang terjatuh di bulan Ramadan yang lalu.

Dikhabarkan anak Rini AF itu sudah bertemu ke Rahmatullah sebelum sempat bersama-sama dengan ibu dan ayahnya di pagi Syawal. Berita ini disahkan oleh kawan Rini di AF dulu, Isma AF melalui laman sosial Twitter miliknya pada 16 Ogos yang lalu.

Sabar lah Rini ya, semoga anak itu menunggumu di pintu syurga nanti. al Fatihah dari kami di blog ini.

Isma AF hamil dua bulan anak ke-6

Khamis, 21 April 2011

Tahniah lah kepada Isma AF7 dan juga Zul 2 By 2 merangkap suami kepada Isma kerana Isma saat ini tengah hamil 2 bulan anak ke-6 sumber daripada portal Murai. Sebelum ni mereka dah mempunyai 5 orang anak. Kelas gitue. Baguslah, ramai anak tue boleh memberikan suasana yang meriah. Boleh buat team bolasepak nanti. Ngeh2. Apa-apa pun Isma kenalah jaga kesihatan, insyallah nanti berjalan lancar ketika proses bersalin.

Sebagai renungan kita semua lah yer, "seorang ibu boleh jaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai tue, mampu ke jaga seorang ibu."..