Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pelakon lelaki dengan aksi comolot.. dia adalah..

Khamis, 27 November 2014

Wah bahaya sangat ni, kalau handphone tak dijaga dengan rapi. Memang kes-kes photo pribadi tersebar atas kecuaian pemilik sering berlaku.

Baru-baru ini seorang selebriti lelaki tempatan sudah kantoi apabila gambar panasnya bercium aka bercomolot di dalam memory card telefon bimbitnya terlupa hendak diambil apabila dia pergi membuat servis di salah sebuah kedai membaiki telefon.

Hadiah BMW X6, Mengarut! - Ammar Effendy

Khamis, 10 April 2014

Cerita mengenai hadiah mewah BMW X6 dari Rozita Che Wan kepada anaknya, Ammar Effendy yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2013, sudah pun tersebar luas bahkan ianya juga tidak dikomen oleh Rozita sendiri.

Namun anaknya, Ammar Effendy sepertinya menafikan cerita itu dan menganggap ianya sebuah cerita yang mengarut memandangkan mereka bukan dari keluarga golongan VIP mahupun VVIP mahupun golongan perniagaan yang boleh diberikan hadiah sebegitu hebat.

Tapi iPhone 5S Gold Ammar boleh dikatakan mewah juga.. kuikui.

Gambar Pernikahan Zain Saidin, Rozita Che Wan

Khamis, 12 Disember 2013

Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, jam 9 malam tadi. Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.

Rozita kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.

Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam. kredit penuh mStar (Ikram Ismail) | RotiKaya

Panas! Bung Mokhtar Sudah Bosan Dengan Zizie?

Ahad, 4 Ogos 2013

Ha biar betik apa yang dilakukan oleh suami kepada pelakon, Zizie Ezette ni, Datuk Bung Mokhtar yang dikatakan sudah tidak menghiraukan lagi apa yang diinginkan oleh isteri, Zizie sendiri.

Bah kan setiap kali ambil gambar berdua, Zizie seolah-olah disisih oleh Bung. Sepertinya Bung amat fokus terhadap handphone miliknya.

Siti Nurhaliza dapat iPad

Sabtu, 4 Disember 2010

Selepas memiliki iPhone 4, Datuk Siti Nurhaliza kini merupakan pemilik komputer tablet iPad. Nampaknya teknologi terkini sering menjadi idaman penyanyi nombor satu negara ini untuk terus mendekatkan dirinya bersama dengan peminat selain berkongsi jadual hariannya yang padat dan menghabiskan waktu terluang di laman Facebook.

Selesai menjalani rakaman Revolusi AJL 25 di Sri Pentas, Datuk Siti Nurhaliza bergegas ke Kuala Lumpur untuk satu majlis penyerahan iPad dan Huddle Yes4G yang telah dilakukan sendiri oleh Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Francis Yeoh. Selain komputer tablet iPad, Siti turut dihadiahkan sebuah Yes4G Huddle, modem keluaran terbaru Yes4G yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. -Gua

Siti Nurhaliza mengidam sesuatu

Isnin, 27 September 2010

Apabila tertera sahaja perkataan mengidam, pastinya tidak dapat mengelak dari berbicara tentang wanita hamil. Dalam diam-diam, rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang mengidam. Selalunya, wanita hamil akan mengidam sesuatu yang pelik-pelik. Namun berbeza dengan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu. Siti sendiri mengakuinya, sewaktu ditemui di rumah terbuka Enfiniti Vision Media, anjuran Datuk Seri Effendi Norwawi dan isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina di Kota Kemuning baru-baru ini.

“Ya, memang benar. Siti sedang mengidam.” ujar Siti membuka rahsia.
“Tetapi bukanlah hamil. Sebaliknya, Siti hanya mengidam iPhone 4. Lebih-lebih lagi bila melihat model telefon bimbit pintar kegilaan dunia itu berada di depan mata Siti.” ujar Siti mematikan topik dirinya sedang hamil. -Gua