Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fouziah Gous Buat Kumis/Misai

Jumaat, 19 Julai 2013


Haha. Lucu juga melihat karenah Fouziah Gous ni apabila membuat kumis/misai dan menyamakan dengan orang yang pernah rapat denganya satu masa dahulu, Iqram Dinzly.

Gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial itu, tidak dipastikan samaada untuk suka-suka atau untuk satu babak drama. La tip top sekarang Fouziah jadi tunang orang dah.


Menangi Apple iPad 2 bersama MyNewsHub

Selasa, 12 April 2011

Salam semua pembaca blog izyan.com yang budiman. Ni ha admin nak bagitahu sedikit mengenai satu contest untuk memenangi hadiah percuma IPAD 2 dengan mudah sekali. Contest ini dijana sepenuhnya oleh lama website milik MyNewsHub.my. Laman ini merupakan laman pelbagai berita tempatan, tak kira politik, hiburan, sukan dan macam-macam lagi. Kiranya website ni betul-betul syok!. Ok, tak perlulah soal banyak mengenai website ini, nak tahu sangat-sangat, anda pergi ke website ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai website MyNewsHub.my. Yang penting website ini berbentuk informasi yang berguna kepada anda.

Cara nak memenangi IPAD 2 ni mudah sahaja. Anda mestilah menjadi pengunjung setia MyNewsHub.my setiap hari. Amik masa 5-10 minit sahaja untuk baca tajuk kesemuanya, tapi nak baca artikel pun boleh juga, sebab tiada larangan disini. Hehe. Cuma kenapa mesti membaca tajuk? ha itu lah dia syarat utama contest ini. Mudah kan. Tapi kena juga lah baca sikit-sikit kot berguna sebab satu soalan ada klue (petunjuk) sebanyak 3 klue, dan ini setiap hari ada 3 soalan yang mesti dijawab. Dan klue-klue itulah yang akan membantu anda untuk mencari jawapan tepat untuk soalan itu. Dan jawapannya ada pada setiap tajuk post/berita di MyNewsHub.My. Soalan-soalan akan dipaparkan di page ini, http://mynewshub.my/bm/peraduan-news-hunt/

Contest ini akan bermula pada 11 APRIL 2011 dan berakhir pada 9 PAGI, 17 APRIL 2011 (AHAD). Oleh itu jika anda sertai contest ini, anda hendaklah mengumpul kesemua soalan dari hari pertama 11 April 2011 sehinggalah hari ketujuh 17 April 2011 dan dihantar seperti sedia maklum sebelum jam 9 pagi. 9.01 pagi dah tak boleh dah, kena reject serta merta. ok ada paham? tak paham juga, ceh penat sahaja liur admin berkata-kata. Tak pe, boleh rujuk gambar dibawah ni ok.

Info lanjut anda pergi sahaja ke LINK ini, mungkin anda boleh diskusikan bersama-sama dengan warga yang lain kat sana. Maknanya boleh letak komen di website MyNewsHub.my. Contest ni mudah jerk, tak perlu buar blog/website, tak perlu keluar 1 sen haram pun. hehe. Cuma yang penting layari MyNewsHub.my (ENG) dan MyNewsHub.My/bm (BAHASA) mulai 11 - 17 April 2011.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan selama seminggu itu adalah:

Hadiah Pertama
1 x iPad2 + Jusco Shopping Vouchers bernilai RM250

Hadiah Saguhati
10 x Jusco Shopping Vouchers bernilai RM100
Dan jangan sertakan begitu sahaja, kang juri susah nak hubungi anda nanti. Hehe. Semasa nak hantar kesemua soalan terkumpul sila sertakan sekali:
1. Nickname Facebook
2. Nama penuh
3. No kad pengenalan
4. Alamat rumah
5. Nombor telefon

ke newshunt@mynewshub.my
TERMA | SYARAT | KEMUSYKILAN DAN SYARAT KUNJUNGI http://mynewshub.my/bm/peraduan-news-hunt

RUJUKAN LAIN DI:
1. Facebook Attending
2. MyNewsHub.my Facebook Fan Page

Peraduan iPad 4 Bloggerz : iPad 16GB Untuk Di Menangi!

Khamis, 17 Mac 2011

Hai para pembaca setia izyan.com sekalian. Ini ada berita baik punya dari laman web lot.my. Lot.my bagi hadiah berupa barangan Apple IPAD 16GB tue~! Jangan risaulah ini, laman web Malaysian punya. Bukan luar negeri. Lagi pula hadiah tersebut merupakan satu hadiah daripada satu pertandingan yang diadakan oleh Lot.my. Sebelum itu, penulis nak kenalkan kepada korang semua, mengenai laman web Lot.my. Laman ini merupakan sistem e-commerce Malaysia yang paling top dan popular digunakan oleh peniaga offline untuk berniaga secara online.

Sejak ia di lancarkan, hampir 10,000 peniaga sudah membuka kedai online mereka sendiri, maknanya sesiapa peniaga yang mahu mengembangkan perniagaan mereka di alam maya, dan setiap kedai mendapat nama domain unik sendiri dengan PERCUMA. Contoh laman yang sering mendapat perhatian ramai seperti wau.lot.my, wedding.lot.my, waheeda.lot.my dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih contoh dan demo?? masuk jer ke sini, contoh.

Pada awal Februari 2011 lepas, Lot.my telah melancarkan akaun premium (kelebihan daripada yang percuma). Sehingga kini, sambutan terhadap akaun premium amatlah memberangsangkan oleh masyarakat peniaga di Malaysia dan sudah pun melepas target sebenar. Selain itu, Lot.my telah memenangi pelbagai Anugerah dan mendapat sambutan media tempatan. Seperti Utusan, Astro, RTM, TV9 dan banyak lagi di SINI.

Bak kata pepatah, tiada kerja semudah kata. Tapi dalam erti membuka kedai online yang hanya di Lot.my, tidaklah serumit yang di sangka. Lot.my di bina untuk memudahkan segala urusan peniaga kedai online, baik bagi yang baru atau lama. Anda hanya perlu mendaftar akaun anda dengan masukkan nama kedai, password, dan email. Amat mudah, dengan beberapa klik sahaja, anda sudah boleh mulakan perniagaan anda. Disamping itu, ianya juga ilengkapi dengan sistem yang terkini dan canggih, dapat memudahkan peniaga megatur, mengurus dan mengemaskini aktiviti jualan yang dilakukan seharian. Kalau buat kedai di blogspot atau Facebook memang payah dan lembab sebab kedua-dua platform berkenaan BUKAN dicipta untuk berniaga.

Dalam kesinbungan yang sediaada, Lot.My yang kini telah mececah usia setahun dengan penuh rasanya pemurahnya telah menyediakan satu pertandingan yang menarik untuk blogger dan juga kaki Facebook iaitu Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my. Jadi anda online, anda juga berpeluang memenangi hadiah. Tak sia-sia online, kalau ada nasib, dapat hadiah tu. Untuk menyertai peraduan ini, anda diberi tempoh daripada 1 Mac 2011 (pelancaran) hingga 31 Mei 2011 (penutupan).

Caranya mudah sahaja, tak susah sangat pun cuma ada 4 Langkah sahaja yang senang dan mudah difahami Untuk menyertai peraduan ini! Semuanya free jerk. Tak dikenakan bayaran pun. Cuma amik masa 1-2 jam korang untuk 4 langkah ni. Itu jerk.
Cara-caranya:
1) Tulis artikel tentang Lot.my
2) Hebahkan di Twitter atau Facebook milik anda
3) Letakkan widget Lot.my di blog anda
4) Isi borang penyertaan
5) Dan menang
Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk anda menggunakan 4 langkah mudah diatas:

Hadiah Utama – Sebuah Apple iPad 16GB!
Hadiah Kedua – Sebuah Apple iPod Touch 8GB!
Hadiah Ketiga – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB!
Hadiah Saguhati – T-Shirt Eksklusif Lot.my!
Dan jangan risau, bukan hadiah diatas sahaja kena bagi, ada lagi, untuk setiap penyertaan pun boleh bawa balik hadiah juga. Sebagai tanda penghargaan dan menghargai peneyertaan daripada pihak anda, Lot.my juga bebesar hati nak bagi hadiah yang dinamakan "Random Bloggerz". Apa benda ni? ini dinamakan hadiah cabutan bertuah. Ala macam korang selalu join tiket bertuah tue. Macam tu lah kiranya. Hadiah cabutan bertuah ni akan berlangsung pada setiap akhir bulan Mac, April sehingga Mei 2011. Peratusan anda untuk memenangi hadiah begitu besar setiap bulan.

Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah untuk akhir bulan.

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mac 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 3 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – April 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 5 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mei 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 9 – T-Shirt Eksklusif Lot.my
Sertai sekarang sebelum terlambat masih ada masa lagi, bukan mudah untuk mendapatkan barangan Apple ni, korang kumpul duit baru dapat beli kan? manada orang nak bagi free-free beb. Meh la Join Sini.

Ps : Untuk maklumat lanjut peraduan, anda boleh rujuk di laman peraduan di sini.
Ps : Setiap aktiviti yang di lakukan Lot.my akan mendapat perhatian media. Jadi, anda bukan sahaja berpeluang mendapat iPad, malah blog anda juga berpeluang mendapat publisiti percuma pada masa-masa akan datang. Siapa tahu, blog anda akan menjadi semakin popular. Jom sertai!

Siti Nurhaliza dapat iPad

Sabtu, 4 Disember 2010

Selepas memiliki iPhone 4, Datuk Siti Nurhaliza kini merupakan pemilik komputer tablet iPad. Nampaknya teknologi terkini sering menjadi idaman penyanyi nombor satu negara ini untuk terus mendekatkan dirinya bersama dengan peminat selain berkongsi jadual hariannya yang padat dan menghabiskan waktu terluang di laman Facebook.

Selesai menjalani rakaman Revolusi AJL 25 di Sri Pentas, Datuk Siti Nurhaliza bergegas ke Kuala Lumpur untuk satu majlis penyerahan iPad dan Huddle Yes4G yang telah dilakukan sendiri oleh Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Francis Yeoh. Selain komputer tablet iPad, Siti turut dihadiahkan sebuah Yes4G Huddle, modem keluaran terbaru Yes4G yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. -Gua