Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Indah Ruhaila putus tunang, puncanya?

Selasa, 20 Jun 2017

Indah Ruhaila mengakui dia sudah memutuskan tali pertunangannya baru-baru ini. Dia mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus akaun seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013 lalu.

Namun Indah menafikan putusnya pertunangan mereka berpunca dari pihak ke-3
"Susah untuk saya komen tentang perkara ini kerana ia akan melibatkan keluarga dan banyak hati yang perlu dijaga. Jadi, biarlah saya selesaikan secara baik dahulu sebelum beri sebarang kenyataan.

"Insya-Allah, saya akan beri jawapan dalam masa terdekat,

"Masalah hubungan kami itu tiada kena mengena dengan orang ketiga. Saya tidak mahu memberitahu atau cerita perkara ini kepada umum kerana ia terlalu peribadi.

"Apa yang saya harapkan agar semua peminat mendoakan yang terbaik tentang hubungan kami," ujarnya kepada mStar Online.

Indah Ruhaila rapat dengan Hael Azhael walaupun sudah bertunang...

Isnin, 24 Oktober 2016

Indah Ruhaila menepis gosip dia mempunyai hubungan istimewa dengan anggota kumpulan Azheal iaitu Heal selepas tersebar cerita keakraban mereka.

"Tunang saya pun tahu saya dan Heal kawan rapat," kata Indah. -mStar Online

Tarikah sebenar Indah Ruhaila nak kahwin

Khamis, 4 Ogos 2016

Indah Ruhaila mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya dengan pemuda yang juga seorang pengurus akaun pada Mac tahun hadapan.

Indah berkata, ia juga menamatkan segala spekulasi yang kononnya pertunanga dia selama tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai R itu sudah berakhir.

Tambahnya, keputusan itu dicapai oleh keluarga kedua-dua belah pihak pada Ramadan lalu selepas merasakan ia adalah masa paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Indah Ruhaila tukar warna rambut lagi.. (2 gambar)

Selasa, 2 Februari 2016

Indah Ruhaila ada buat kejutan dan perhatian di AJL 30. Mana tidaknya dia berani dengan mewarnakan rambutnya kepada blonde (putih emas).

Kali ini dia bertukar selera kepada warna ungu gelap.

"Saya sempat berambut keemasan untuk dua hari saja. Rambut saya kini berwarna ungu gelap selepas proses melunturkan tona rambut asal bagi mendapatkan hasil terbaik.

Saya tidak kesal hadir ke AJL30 dengan imej rambut keemasan, walaupun sedar risiko dan reaksi orang ramai."
Kita doakan je la semoga Indah insaf satu hari nanti. huhu..

Apa kisah pertunangan 2 tahun Indah Ruhaila? ini komen dia..

Khamis, 29 Oktober 2015

Penyanyi Indah Ruhaila merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 32 tahun.

Indah berkata, dia masih mencari tarikh yang sesuai dan menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan kerjaya nyanyiannya terlebih dahulu.
"Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan.

"Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Indah berkata, dia dan tunangannya sudah pun mengambil kursus perkahwinan sebelum mengikat tali pertunangan lagi.