Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Ina Naim Kini Berpurdah

Khamis, 5 September 2013

Lama sudah kita tidak mendengar berita orang yang satu masa dahulu ada dikaitkan dengan Mawi, iaitu Ina Naim yang kini sudah menjadi isteri kepada penyanyi nasyid Inteam, Suhami Saad.

Perkahwinan mereka kini sudah 6 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah, setahun.

Kini Ina cuma menjadi surirumah sepenuh masa, dan bakal menyanyi lagu nasyid tidak lama lagi hasil daripada sumbangan suaminya sendiri.

Dan yang pasti penampilan Ina juga berubah, yakni berpurdah.
"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," -Ina Naim memetik portal mStar

Ina Naim hamil 4 Bulan!

Sabtu, 29 Mei 2010

Baru-baru ini adalah teman sepejabat bertanya khabar kepada Ina Naim. Perbualan mereka tidak terhenti setakat bertanya khabar saja, sebaliknya isteri kepada bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad itu memaklumkan dirinya sudah berbadan dua. Kandungannya kini berusia empat bulan. Nampaknya selepas melahirkan anak sulungnya, Ehmed Hadie Elfardie pada 2008, Ina akan dapat lagi anak beberapa bulan lagi. Itu namanya rezeki. Kata Ina lagi, dia cuma mengalami alahan waktu pagi saja. Biasalah itu. Normallah kalau orang mengandung. -Bharian