Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Imuda timang anak diusia 57 tahun.. anak ke...

Selasa, 25 Julai 2017

Pelawak vateran, Imuda, 57, menimang cahaya mata apabila isterinya, Zabarina Ali selamat melahirkan anak perempuan mereka di Hospital Adventist Pulau Pinang pada jam 8.08 malam semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal dan lebih istimewa cucu perempuan sulung keluarga isterinya.

"Alhamdulillah pada usia begini saya masih berpeluang menimang zuriat. Ini rezeki daripada Allah SWT.

"Mungkin ada yang bertanya dan mempertikaikan usia saya. Bagi saya, tidak salah dapat anak lagi pada usia ini apatah lagi isteri saya masih 30-an,

"Bayi ini hadiah tidak ternilai buat kami semua dan mungkin juga pengganti selepas isteri dua kali keguguran.

"Malah doktor memaklumkan kandungan sebelum ini kembar" katanya.

Terdahulu, Imuda mempunyai dua anak dengan bekas isteri pertama yang kini masing-masing berusia 22 dan 16 tahun. Manakala hasil perkahwinan dengan Zabarina, pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun, dan ini adalah anak ke-4 Imuda secara keseluruhannya. -HarianMetro

Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia

Isnin, 11 November 2013

Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas maghrib pada Ahad. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

Gambar Perkahwinan Imuda, Zabarina

Isnin, 22 Februari 2010

Pelakon komedi atau lebih dikenali sebagai pelawak dan penyanyi, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, selamat bernikah dengan Zabarina Mushadi Ali yang berusia 22 tahun lebih muda daripada Imuda, 28, dengan sekali lafaz akad kira-kira jam 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang kelmarin (20/2). Imuda yang duda 2 anak sudah lama mengenali Zabrina di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semasa membuat persembahan di situ. Tahniah dan selamat ke atas pernikahan kedua-dua mempelai. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Imuda Kahwin Bulan Februari

Khamis, 28 Januari 2010

Kesunyian pelakon dan pelukis terkenal, Imuda selama enam tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Imuda bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang bulan depan. Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin," kata Imuda.
Berita gembira ini juga kata Imuda, disambut baik oleh dua anaknya, Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya," kata Imuda lagi.
Menurut Imuda juga, dia dan bakal isterinya itu akan diraikan pada satu majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 21 Februari ini.