Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Akhirnya jawapan Neelofa tak menjadi host untuk Fattah-Fazura didedahkan..

Jumaat, 23 Jun 2017

Susulan daripada gosip yang menular yang dikatakan Neelofa enggan bersemuka dengan Fattah dan Fazura, pihak Astro semalam mengesahkan pasangan pengacara MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad kini sedang bercuti selama dua minggu bersempena sambutan Aidilfitri.
"Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah.

"Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan bagi menggantikan ketiadaan Nabil dan Neelofa untuk episod yang disiarkan pada 20 Jun lalu," kata Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memetik portal mStarOnline

Menerusi beberapa episod sebelum ini juga, Neelofa yang juga sudah memberitahu akan menunaikan ibadah itu pada Ramadan ini. Bagaimanapun, difahamkan terdapat masalah mahram menyebabkan hasrat Neelofa untuk menunaikan ibadah itu terpaksa ditunda buat masa ini.

Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Imam muda Asyraf timang anak ke-2 (3 gambar)

Jumaat, 13 November 2015

Imam Muda, Asyraf Mohd Ridzuan menimang cahaya mata lelaki kedua pada 6 November lalu. Isterinya, Nor Husna Yusof melahirkan anak kedua mereka itu secara normal di sebuah Hospital A Nur Bangi tepat jam 3.04 petang dengan berat 2.65 kilogram. Asyraf menamakan anak keduanya itu dengan nama Aisy
Abdurrahman.

Humood AlKhudher nyanyi Kun Anta versi loghat Utara

Rabu, 17 Jun 2015

Dipetik daripada Facebook Imam Muda Asyraf yang berasal dari orang Utara Semenanjung yang mengenakan Humood AlKhudher dengan loghat berkenaan.

Kun Anta versi Imam Muda Asyraf

Ahad, 31 Mei 2015

Gambar Isteri dan Anak Juara Imam Muda 1, 2, 3

Selasa, 25 Jun 2013


Gambar dibawah adalah isteri dan juga anak kepada Juara Imam Muda 1, 2 dan 3. Mereka adalah Nur Husna Yusoff adalah isteri kepada Juara Imam Muda musim 1 2010, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Manakala Fardatul Ulfah Jamali pula adalah isteri kepada Juara Imam Muda 2 2011, Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya. Nurul Atikah Shahrudin pula adalah isteri kepada Juara Imam Muda 3 2012, Ustaz Abdul Jabbar A. Kahar.

Mungkin ada yang sudah mengenalinya dan ada yang belum, mari lihat.-Majalah Nur



Gambar Anak Imam Muda Asyraf

Khamis, 24 November 2011

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan (Khamis, hari ini). Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.

Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi. Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

-Gambar Via

Imam Muda Asyraf Bakal Jadi Ayah

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf kerana isterinya, Nurhusna Yusof kini disahkan hamil/mengandung 6 bulan. Baguslah macam itu kami pun tumpang gembira dan menanti-nantikan saat kelahiran seorang lagi umat Rasulullah. Tapi dalam menghadapi berita baik ini, Asyraf kurang bersama isteri, manakan tidak dia banyak menerima undangan berbuka dan menjadi imam solat. Namun walaupun kurang bersama isteri disaat-saat berbuka, Asyraf tetap komited memainkan peranan sebagai seorang suami mithali.

“Saya kasihankan isteri yang sedang mengandung, jadi sebab itu orang tidak melihat saya bersamanya kerana saya kurang mengajak dia ke majlis-majlis tertentu.

“Saya tidak mahu dia terdedah sama dengan kesibukan saya yang terpaksa berkejar ke sana sini. Lagipun, dia memang tidak suka menjadi perhatian ramai.

“Saya kasihankan isteri yang jarang dapat berbuka puasa bersama-sama saya. Jadi, apabila berada di kampung, sekurang-kurangnya dia lebih seronok apabila makan berteman.

“Sebelum ini dia selalu masak untuk kami makan sahur bersama-sama,” kata Asyraf yang mahu menghantar isterinya pulang ke kampung terlebih awal menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. -mStar