Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Ika Nabella

Jumaat, 17 Februari 2017

Takziah kepada pelakon, Ika Nabella apabila dia dikhabarkan kandungannya yang sudah mencecah dua bulan gugur tiga hari lalu. Ika bagaimanapun berkata, beliau reda dengan takdir Tuhan dan percaya, ada hikmah di sebalik dugaan yang dialami.
"Kandungan itu masih lagi pada peringkat awal. Mungkin dek kesibukan saya menjalani penggambaran, ia menyebabkan saya keguguran.

"Pada mulanya saya tidak tahu diri sedang mengandung, lalu saya menerima tawaran berlakon drama Seharum Mawar, di bawah produksi JS Picture.

"Selepas beberapa minggu, baru saya mendapat tahu saya sedang hamil. Saya pula tidak boleh membatalkan projek lakonan itu kerana penggambaran sudah pun dijalankan," katanya ketika dihubungi BH Online

Sekitar majlis pernikahan Ika Nabella (30 gambar)

Ahad, 31 Julai 2016

Pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabella sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid dengan sekali lafaz, kira-kira jam 2.25 petang semalam, 30 Julai.

Upacara pernikahan pasangan itu berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid.

Pada majlis itu, Zaid turut menyerahkan mas kahwin RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran. -Bharian

Sekitar “Bachelorette Party” Ika Nabella (11 gambar)

Ika Nabila bakal berkahwin dengan businessman (gambar bakal)

Isnin, 6 Jun 2016


Pelakon drama, Ika Nabila, 27, yang mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Zaid, 29, pada 14 Mei 2016 yang lalu mengumumkan bakal bernikah pada Julai ini.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Ika mengakui persiapan sudah pun dilakukan meskipun lokasi untuk majlis kahwin belum ditetapkan.

Ika Nabella nak kahwin lepas Hari Raya dengan...

Khamis, 12 Mei 2016

Ika Nabella, 27, bakal bertunang dengan jejaka pilihannya, Zaid, pada 14 Mei ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Ika berkata, beliau sudah lama bersahabat dengan ahli perniagaan itu dan bibit cinta mula timbul sejak 10 bulan lalu.

Mereka merancang untuk berkahwin pada Julai depan.

"Kami sudah lama berkawan, namun masing-masing mempunyai haluan hidup sendiri. Kami dipertemukan semula 10 bulan lalu dan kebetulan masing-masing tidak mempunyai teman istimewa.

"Kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan di negeri kelahiran saya, Pulau Pinang, dan berkahwin pada Julai. Cuma tarikhnya belum pasti.

"Saya menganggap sudah tiba jodoh saya kerana biarpun berkawan selama lima tahun, rupa-rupanya dialah bakal teman hidup saya," katanya kepada BH Online.

Azma mengaku bersalah, didenda tapi Rosyam kata Azma baik..

Khamis, 19 November 2015

Memetik portal mStar, Azma Aizal Yusoof mengaku bersalah kerana bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai di Hulu Klang pada 2 November lalu.

Azma bertindak demikian kerana mahu Ika menjiwai karaktor yang diberikan kepada aktres itu, namun akur bahawa cara tersebut tidak sesuai dilakukannya.

Ika Nabella - selain tumbuk, kena tarik rambut dan dibaling dengan...

Jumaat, 13 November 2015

Sebelum ini pendedahan Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah, Azma Aizal telah menarik orang ramai ingin mengetahui kisah lanjutan daripada kes itu.

Ika yang memetik portal Murai semalam menambah lagi kes kejadian itu dimana Azma telah membalingnya dengan botol air mineral dan menarik rambutnya ketika set pengambaraan.

Buat masa ini kes ini masih lagi dalam siasatan, samada daripada pihak PDRM atau SENIMAN.

Ika Nabella perjelaskan kenapa ditumbuk oleh Azma..

Selasa, 10 November 2015

Penjelasan Ika Nabella Kenapa Dirinya Ditumbuk Oleh Pengarah

Tindakan pengarah, Azma Aizal menumbuk pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella telah mengemparkan dunia hiburan tempatan. Sementara itu, Ika yang kini beransur pulih telah memberi kenyataan melalui rancangan Melodi yang disiarkan hari ini.

Azma Aizal akui memukul Ika Nabella TAPI....

Jumaat, 6 November 2015

Pengarah Azma Aizal Yusoof berkata ada sebab dia bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada Isnin lalu.

Azma, 33, bagaimanapun enggan berkongsi hal berkenaan namun menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

Panas! Ika AF6 dipukul oleh pengarah drama..

Selasa, 3 November 2015

Ika Nabella AF6 dikatakan dipukul oleh pengarah untuk drama akasia, Dawai Asmara yang juga dilakonkan oleh Ika sebagai watak utama. Memetik portal Bharian, kejadian itu berlaku siang semalam di set pengambaraan dekat Hulu Kelang.

Ika juga dikatakan mangsa ke-3 selepas dua lagi pelakon sebelum dia juga menerima nasib yang sama. Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi.

Difahamkan pengarah terbabit bertindak di luar kawalan itu kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada Ika ketika berlakon. Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Ika yang dihubungi menggunakan Whatsapp mengakui kejadian itu.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas

Video Ika Nabella Pakai Botox

Jumaat, 22 November 2013

Ika Nabella ni memang nampak ok je pada zahirnya, namun kadang-kadang agak pelik juga jadinya. Apa taknya, memuatnaik video kat Keek, menjadikan orang sepertinya berfikiran samaada dia menggunakan botox betul atau tidak.

Membuat mimik muka seakan-akan memakai botox, ramai beranggapan dia memang memakainya. Wallahualam lah kalau dia pakai, tapi kalau nak populariti lagi up, memang botox lah jalan segeranya. Harap Ika tak menggunakannya lah k dan mukannya itu semulajadi gitu sebab berbakat. :)

Gambar Ika Nabella Bertudung

Isnin, 21 Oktober 2013

Cantik juga melihat Ika Nabella bertudung dan berbaju sopan. Sebelum ni dia dikenali dengan personaliti yang sangat seksi. Tapi penampilannya yang bertudung ni bukanlah perubahan tetap yang dilakukan namun hanyalah untuk Hari Raya Haji yang lalu.

Gambar Seksi Ika Nabila di HarianMetro

Selasa, 8 Oktober 2013

Ika Nabila ni memang terkenal dengan seksinya. Maka tidak hairanlah kalau berpakaian nampak ini itu. Takpelah, asalkan dia bahagia dengan caranya, kita layan sahaja ok. NI gambar sisipan HarianMetro semalam memaparkan kelibat Ika Nabila sebagai penghias, dalamnya maka terlebih hias juga. Hehe. -Gambar Forum Cari

Ika Nabella: Mereka Sangat Biadap!

Jumaat, 6 September 2013

Dulu kecoh juga mengenai kes Ika Nabella mengenai laman Instagramnya dimana ada followernya meminta gambar bogel untuk ditayangkan.

Namun Ika bukanlah seorang gadis murahan yang begitu akur dengan permintaan peminatnya, malah dia menjadi sangat tegas untuk hal seperti ini.

Besalah melibatkan maruah, tapi kadang kala tak terfikir juga apa yang kita buat sebelum tu untuk menangung akibatnya di masa depan, lebih baik berhati-hati (memuatnaik) sebelum bertindak.

Sebenarnya, gambar yang saya muat naik itu adalah percutian saya baru-baru ini di Krabi, Thailand. Kemudian ada satu gambar saya ambil dalam air bersama dengan ikan, kemudian ada komen menghina saya minta gambar saya berbogel dimuat naik.

Ini adalah serba sedikit sudutan sisipan Utusan semalam..