Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hunny Madu Selamat Melahirkan Anak

Jumaat, 14 Disember 2012

Tahniah kepada deejay @ penyampai radio Fly FM, Hunny Madu kerana selamat melahirkan anak pada tarikh 12.12.12 yang lalu sekitar jam 10.55 malam.

Nama anak Hunny ini diberikan nama Eva Medina, memungkinkan pengambilan dari nama kedua tanah suci bagi umat Islam, kota Madinah.

Ini disahkan sendiri oleh Hunny Madu melalui laman sosial Twitter miliknya.

Hunny Madu kini Hamil 6 Bulan

Jumaat, 21 September 2012

Penyampai radio Fly FM, Hunny Madu dikatakan sudah hamil. Usia kehamilannya sehingga ke hari ini adalah enam bulan. Dan ini memberikan satu berita baik kepada peminat radio Fly. Setelah dua tahun mendirikan rumahtangga dengan Khairul Azhar kini sudah masanya Hunny dan suaminya bakal menimang cahaya mata sulung mereka.

Yang peliknya, kehamilan Hunny dirahsiakan terutama kepada kawan-kawannya. Dia berkata kehamilannya pada usia 4 bulan baru dia mahu memberitahu yang dirinya hamil. Tidak tahu apa sebabnya mahu berahsia atas berita baik itu, namun yang pasti, kita tidak sabar untuk melihat anak Hunny Madu dilahirkan nanti.

Klik untuk membaca, dan tekan 'ctrl dan +' untuk zoom bagi pengguna Mozilla

Identiti pemukul deejay Mikael Adam diketahui

Khamis, 19 April 2012

Sebelum ini admin ada mengeluarkan satu post dimana, deejay Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter miliknya.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.
"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice,"
TMJ tidak pernah mengakui Tunku Mishal dari kerabat diraja, dan menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Gambar perkahwinan Hunny Madu

Isnin, 5 April 2010

Tahniahlah kepada deejay radio Fly FM, Hunny Madu kerana selamat dinikahkan (tidak pasti bila pla) dengan tunangnya, Azhar Abdul Wahid, 34. Dengan perbezaan usia 9 tahun, tidak menghalang mereka menjadi pasangan suami isteri, jika itu yang dinamakan jodoh. Namun kisah pernikahan mereka yang mungkin dibuat hanya untuk keluarga terdekat sahaja tidak lah menjadi kedukaan peminat Hunny, Hunny juga telah membuat majlis resepsi yang penuh berwarna warni dengan pelamin ala awan dan juga pakaian 'simple' kedua-dua mempelai.

Gambar Pertunangan Hunny Madu?

Selasa, 29 Disember 2009

Penyampai radio swasta Fly.FM, Hunny Madu dikatakan sudah bertunang beberapa bulan yang lepas. Dikatakan acara berkenaan dibuat secara senyap-senyap tanpa adanya media di tempat berkenaan sehinggakan siapa tunangnya masih lagi menjadi misteri belantara. Tidak diketahui penulis, apakah status agama Hunny Madu ini, nampak bila bertunang seperti orang melayu sahaja, memakai pakaian baju kurung dan juga selendang. Apa-apa pun tahniah diatas pertunangan berkenaan (kalau betul), walaupun berita pertunangan Hunny Madu dah lama dibuat.

Hunny Madu Terbuka Baju Nampak Bra

Selasa, 5 Mei 2009

Kelakar betul tengok video Hunny Madu (artis yang baru dalam dunia seni dan juga dejaay Fly.Fm) terbuka baju sampai ternampak bra dia semasa di AIM 16 tempoh hari. (jeng-jeng yang akhirnya termakan diri sendiri) Adakah terbuka kerana nasik lemaknya terlalu besar? Atau butangnya tak ketat kerana terbuka dibelakang pentas akibat kepanasan atau juga Hunny Madu memakai bra yang terlalu ketat aka fit? Takpun Hunny Madu nak jadi Incredible Hulk kot. Hikhik. Jangan marah ha.


Hunny Madu DJ Fly.FM Bersosial

Jumaat, 10 April 2009

Bukan sahaja petah berbicara di konti Fly.FM, tapi aksinya ketika parti juga menjadi bualan. Dia pakai topi sebelah kanan sekali tu dan memakai kain pink di pinggang. Walaupun tidak terkenal di kaca mata awam, namun popular di telinga-telinga pendengar setia radio Fly. Memang manis dan cute. Dan kepada anda yang mahu mengenalinya lebih dekat, anda pergilah ke blog Hunny Madu, di blog Hunny Madu.