Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adibah Noor ada 34 kucing belaan

Khamis, 20 Mac 2014

Siapa sangka, Adibah Noor dalam diam membela hampir 34 ekor kucing pelbagai baka di rumahnya. Dengan jumlah sebegitu pastinya satu rekod baru bagi golongan selebriti yang membela haiwan belaan.

Namun pastinya wang yang banyak untuk membelanjakan makanan kucing itu menjadi satu bebanan. Tapi tidak bagi Adibah Noor, bahkan dia mengingati nama-nama kucingnya yang banyak itu.
"Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

"Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," -Adibah Noor, petikan mStar

Emma Maembong Hiasi Majalah Rapi

Isnin, 15 Julai 2013

Memang cantik sungguh Emma Maembong ni. Pelakon yang sebegini pastinya digilai ramai oleh kaum adam. Tapi dengar khabar Emma masih lagi belum berpunya, kisah dia dengan Zizan Razak pun tidak tahu sejauh mana kebenaran hubungan dia itu.

Terbaru Emma menjadi penghias sekaligus ada sedikit cerita mengenai dirinya di dalam majalah Rapi untuk edisi Julai 2013. Dalam majalah ini menceritakan yang Emma sebenarnya suka melukis. Wah, berbakat besar pula Emma ni, selain menjadi anak seni, dia betul-betul berseni. Hehe.

Motosikal Kuasa Besar Milik Fauziah Latif

Khamis, 21 Mac 2013

Tak sangka minat sungguh Fauziah Latif dengan aktiviti motor berkuasa besar ni. Memang kamcing dengan rakan selebriti yang lain yang meminati hobi yang sama iaitu Erra Fazira, Umie Aida dan Linda Onn.

Motor berkuasa besar yang dimiliki oleh Fauziah atau Gee ni kemungkinan berharga lebih daripada RM100,000. Nampak memang besar, Fauziah begitu bertenaga sekali menggunakan motorsikal ini.

Nora Danish Bela Monyet?

Isnin, 4 Februari 2013

Ntah lah ni haiwan peliharaan apa nama dia, kalau nampak secara kasarnya memang dari keluarga monyet. Namun haiwan peliharaan ini cukup dibelai dan disayang oleh pelakon cantik, Nora Danish. Namun ini bukanlah milik Nora, namun sumber mengatakan ianya kepunyaan Betty Rahmad

Siap ada baju dan kelihatan cukup jinak dan mesra dengan tuannya. Kenapa pilih haiwan ini, tak pilih kucing ke, lain-lain yang lebih comel dengan tuannya ke. Hek hek. Apa-apa pun yang penting kita enjoy!

Linda Onn dengan motorsikal Ducati

Khamis, 14 April 2011

Zaman sekarang ni motorsikal berkuasa tinggi merupakan satu hobby yang cukup mewah. Ya lah, bukan selalu naik, cuma dikala hujung minggu dan diwaktu terluang sahaja. Yang pemiliknya juga, mestilah orang-orang banyak duit. Macam Linda Onn, bos restoran lagi tu, mesti nak rembat satu motorsikal besar punya la. Macam Dato' Siti dalam entry yang sebelum ini juga. Linda sekarang ni mempunyai motorsikal berkuasa besar jenis Ducati 696cc. Linda berminat menaiki ni semenjak Mac 2010, ketika jatuh cinta pandang pertama di majalah motorsikal dan juga sempena ulang tahunnya yang ke-33. Semenjak itu Linda pun ikut konvoi. Cewah~ -gambar Utusan