Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kehidupan sedih selebriti sebelum berjaya

Isnin, 17 Oktober 2016

Jep: Kerja terakhir saya adalah bersama Air Asia selama tiga tahun. Kalau saya jadi steward (pramugara) nanti orang tanya “ni naik kapal ke feri” sebab tu saya tak jadi steward, saya jadi pengangkat beg. Sebelum tu saya bekerja di New Straits Times sebagai machine cleaner dan sebelum tu lagi saya pernah menjual kasut. Tapi, antara benda paling susah yang saya pernah lalui adalah apabila saya sampai ke satu tahap di mana saya mengumpul tin dan kemudian menjualnya. Selain itu, saya pernah juga memasukkan pamphlet ke dalam sampul surat dengan bayaran hanya RM0.01 sehelai.

Jika saya tidak menjadi seorang pelawak, sudah tentunya cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain bola sepak professional sepenuh masa. Saya menyimpan hasrat untuk bermain dengan kelab negeri kelahiran saya iaitu JDT. Kalau pada level international pula, saya nak bermain dengan Real Madrid sebab ada Cristiano Ronaldo!

Hisyam Hamid disahkan buta akibat kemalangan ngeri..

Rabu, 12 Ogos 2015

Kasihan dengarnya pelakon Hisyam Hamid kini buta disebabkan kemalangan kapal terbang terhempas dan ditambah pula dengan hilang ingatan.

Sebelum itu Hisyam dikatakan diselamatkan oleh seorang wanita bernama Suraya ketika kemalangan itu yang terdampar di sekitar hutan dekat Langkawi.

Ini semua adalah babak untuk drama 137 episod, Memori Cinta Suraya yang disunting semula dari drama bersiri Mexico, A Love to Remember. Manakalah, Hisyam membawa watak sebagai Megat Rayyan.

Apa yang tak kena dengan gambar Hisyam Hamid, isteri ni?

Jumaat, 13 Februari 2015

Jika selalu kita melihat ramai selebriti di kalangan golongan wanita bertudung, namun kali ini isteri kepada pelakon Hisyam Hamid yang juga pelakon drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah dikhabarkan telah berhijab.

Isteri beliau, Mel mengakui yang dia mengenakan hijab baru-baru ini dimana terjadi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

“Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah”

“Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya,” Mel petikan MediaHiburan

Rosyam, lebih baik jangan berlakon! - Ifa Raziah

Rabu, 7 Januari 2015

Ifa Raziah dikataka membuat kontroversi selepas sihat sepenuhnya untuk beraksi ke pentas akhir Gegas Vaganza hujung minggu lalu berikutan aksinya berpelukan dan menari dengan penyanyi, Hisyam Hamid.

Memetik portal Bharian, Dato' Rosyam Nor sebagai juri, mengakui persembahan berkenaan tidak sesuai. Namun bagi Ifa ianya hanya persembahan biasa dan mengikut rentak lagu yang dimainkan.