Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perubahan terkini Saiful Apek..

Selasa, 7 Februari 2017

Pelawak terkenal dan lagenda, Saiful Apek telah berjaya meninggalkan dunia 'rokok' sejak 2012 lagi disebabkan kesedaran yang lahir untuk memikirkan rumah tangga, isteri dan dua anak lelakinya meningkat dewasa, Riyadh, 22, dan Radzin, 19.

Menurut Apek, untuk mendidik sesiapa saja apatah lagi darah daging sendiri, dia kena berubah dan barulah kesedaran turut datang dalam diri orang lain.

“Kita tidak boleh hanya bercakap dan ‘mengarah’ orang buat baik, tetapi diri sendiri tidak betul. Semakin anak menginjak ke usia dewasa, saya melayan seperti kawan, menjadi tempat mereka mengadu dan mendengar segala keluhan agar tidak takut untuk bercakap benar.

“Tanpa dipaksa, Riyadh beritahu saya dia merokok dan katanya, itulah kali pertama dan terakhir dia merokok kerana dia tahu kesan buruk sebagai perokok,” katanya HarianMetro.

Wak Doyok dikritik hebat sebab isu ini.. yang mengritik juga bukan orang biasa..

Isnin, 1 Februari 2016

Ikon fesyen tempatan kesayangan rakyat Malaysia, Wak Doyok, telah dikritik oleh umum kerana memuat naik gambar bersertakan quote yang menggambarkan seolah-olah seorang lelaki akan dilihat hebat selagi lelaki itu menghisap rokok. Dan bukan calang-calang orang yang kritik Wak Doyok.. Dia adalah..

Kanak-kanak Hisap Rokok?

Khamis, 12 September 2013

Wah apa Raja Azmi buat dengan cucu dia tu. Lawak juga jadinya budak tu kan. Tak tahu la batang rokok ker atau manisan.

Kalau lihat memang seperti batang rokok betul.
 

Sharifah Amani menghisap rokok?

Sabtu, 24 April 2010

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah dimengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani nie seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di interview oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau bukak fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok kat tangan dia. Hu~