Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pernikahan Hetty Sarlene (5 gambar)

Isnin, 25 Julai 2016

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, sah menjadi isteri Aaqil, 32, jejaka pilihannya yang berasal dari London. Majlis pernikahan berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di sini pada jam 12.55 tengah hari semalam.

Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan. Dani Aaqil atau nama sebelumnya, Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin SD$100 (RM300) diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty Sarlene turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500). -BharianOnline

Inilah tarikh sebenar perkahwinan Hetty Sarlene..

Isnin, 18 Julai 2016

Lama juga tidak mendengar khabar pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene.

Bintang "Sembilu" itu kini khabarnya bakal melangsungkan perkahwinan sedikit masa lagi, iaitu pada 23 Julai ini.

Hetty, 32 bakal disatukan dengan jejaka dari Britain, Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, 32.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pasangan ini telah pun berkenalan dan menjalinkan hubungan istimewa sejak tahun lalu, manakala mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu di London.

Inilah dia bakal suami Hetty Sarlene (2 gambar)

Isnin, 22 Februari 2016

Buat masa ini, Hetty Sarlene sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Britain yang dikenali sebagai Daniel Oakes (sudah memeluk Islam) .

Menurut portal Bharian, mereka sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya di London, Disember 2015.

Inilah bakal suami Hetty Sarlene (6 gambar)

Selasa, 26 Mei 2015

Memang ramai juga lelaki yang pernah mendampingi Hetty Sarlene ni kan. Banyak gambar dia dengan teman lelakinya dulu-dulu tersebar.

Kini tip top dengan Mat Salleh pula. Dan yang pasti, mereka berdua dalam perancangan nak mendirikan rumahtangga aka kahwin pada bulan Jun ini.

Kalau benar, baguslah kan, semoga itu yang terbaik yang sewajarnya dilakukan.

Panas! kekasih baharu Hetty Sarlene bercuti bersama (5 gambar)

Khamis, 18 Disember 2014

Hetty Sarlene dah putus dengan kekasih lama nya ke? dengarnya kini dia dah mempunyai kekasih baru yang sepertinya berketurunan Mat Salleh.

Jika dilihatkan memang agak mesra gambar mereka di laman sosial ni, agaknya memang mereka ni sah menjadi kekasih hati.

Hetty Sarlene dah putus cinta ke..

Jumaat, 10 Oktober 2014

Menurut laman sosial Instagram milik Hetty Sarlene, ada beberapa keping foto yang dimuatnaik olehnya yang sepertinya dia kini sudah tidak lagi bercinta dengan jejaka yang sering selalau dengannya satu masa lalu.

Foto yang menulis perkataan 'single' dan ayat-ayat jiwang itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya adakah ianya benar atau sekadar mencari publisiti.

Post mengenai kekasihnya itu ada lah pada bulan Mac 2013 yang lalu. SINI

Gambar Hetty Sarlene Tayang Dada

Isnin, 27 Januari 2014

Baru-baru ni Hetty Sarlene telah memuat naik dua keping gambar yang dikatakan cukup seksi menampakkan aset berharganya kepada pengikutnya di dalam laman sosial Instagram.

Malah ada yang terpesona ada juga prihatin untuk memberikan nasihat dan cadangan. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. -gambar Forum Cari

Gambar Hetty Sarlene Bertudung

Isnin, 13 Mei 2013


Hetty Serlene difahamkan kini sedang perlahan-lahan dalam memakai tudung pada dirinya, beberapa gambar yang dia memakai tudung sudah dimuat naik dalam laman instagram miliknya. Dan kecantikan jelas ternampak apabila dia memakai untuk bertudung sebelum mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya itu.




Hetty Komen Gambar Dengan Kekasih

Jumaat, 15 Mac 2013

Beberapa hari yang lalu, tersebarnya gambar/foto panas Hetty Sarlene dengan kekasihnya bermula daripada sebuah forum di internet. Foto berkenaan sebenarnya diambil oleh seorang individu dari laman sosial Instagram Hetty sendri.

Hetty yang ditemui oleh Utusan semalam, telah memaafkan individu berkenaan yang menyebarkannya. Malah Hetty mahu individu itu terkena kepada hukum karma.
"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat,

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna?

"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah,

"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," -Hetty
Sebenarnya bagi admin, memuatnaik gambar di dalam laman sosial menjadi tanggungjawab si pemuatnaik kerana dilaman sosial bukanlah tempat yang selamat untuk menceritakan soal kehidupan melalui sekeping foto. Apatah lagi gambar yang terlalu privacy, lebih baik simpan di laptop sahaja daripada berkongsi dengan orang lain. Masyarakat kita punya agama, adat dan ketimuran, jadi yang tak seangkatannya dengannya pasti akan menjadi bahan kemuhan. Kalau dah tersebar, nah telan sendiri pahitnya. Peace yO!

Gambar Hetty Sarlene dengan Kekasih, Hot!

Isnin, 11 Mac 2013

Pelakon yang terkenal dengan drama Sembilu, Hetty Sarlene kini menampakkan taringnya apabila beberapa keping gambar dia bersama kekasihnya tersebar di internet.

Gambar yang didapati dari forum Cari itu didakwa dipetik melalui laman sosial Hetty sendiri.  Dan Hetty sendiri menegaskan mereka akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Auchh...