Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video luahan mangsa penipuan hampir RM1 juta Dato Hattan?

Isnin, 20 Mac 2017

Seorang yang bernama Noor Maszura tampil membongkarkan penipuan Dato hattan sehingga dirinya dan suami bankrup selama 15 tahun. dia meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati dalam sebuah video yang berdurasi 20 minit.

Black bersikap biadap dengan Hattan?

Isnin, 13 Mac 2017

Black menegaskan dia tidak pernah bersikap biadap terhadap penyanyi Datuk Hattan dalam program Mentor Milenia 2017 seperti yang kecoh diperkatakan di YouTube, minggu ini.

Sebaliknya, Black berkata, cemuhan dan kutukan sebahagian besar penonton program realiti itu terhadap dirinya timbul kerana mereka salah faham dengan keadaan yang sebenar.

Jelasnya 'pergeseran' tercetus antara dirinya selaku salah seorang mentor dengan Hattan yang bertindak sebagai juri tetap sejak Mentor Milenia 2017 bersiaran dua minggu lalu adalah berlandaskan profesionalisme semata-mata.



"Saya tak rasa saya biadap atau beliau mengguris hati saya dengan kata-katanya.

"Saya mempertahankan protege dan beliau (Hattan) menjalankan tugasnya untuk mengkritik sebarang kekurangan para peserta.

"Perbalahan yang dilihat dalam program itu memang berlaku tapi ia adalah demi kerja dan tanggungjawab kami semata-mata.

"Tiada masalah pun antara kami tapi keadaan itu disalah anggap oleh penonton," katanya kepada mStar Online.

Gambar anak lelaki Datuk Hattan (6 gambar)

Rabu, 28 September 2016

Inilah anak lelaki Datuk Hattan yang korang tak tahu, Adam Eimann. Dia kini sudah tamat sesi persekolahannya dan kemungkinan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah kelak.

Datuk Hattan mahu 'pinang' Siti Nordiana

Rabu, 6 Januari 2016

Datuk Hattan menyatakan minatnya terhadap pemenang program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.

Hattan berminat untuk menawarkan Siti Nordiana menjayakan watak utama dalam filem terbaru yang berjudul Gadis Jolobu.

Filem tersebut merupakan hasil kerjasama antara pihak Hattan dengan Q-Plex Communication.
“Melihatkan keadaan industri filem yang semakin pulih, perancangan untuk menghasilkan filem Gadis Jolobu bakal diteruskan pada tahun ini.

“Memandangkan filem ini inspirasinya adalah menerusi lagu Gadis Jolobu, saya mahu pelakonnya nanti boleh bertutur dengan bagus dalam dialek Negeri Sembilan.

“Saya ada bayangkan Siti Nordiana membintangi filem ini. Tetapi perkara ini belum dibincangkan secara lebih lanjut lagi,

“Watak dalam filem tersebut memerlukan pelakon wanita bertudung dan boleh bercakap dialek tempatan.

“Siti Nordiana sememangnya mempunyai ciri-ciri yang dicari, jadi saya berminat untuk mengambilnya. Tidak sukar baginya untuk bertutur dalam dialek Negeri Sembilan nanti,” katanya memetik portal Astro Awani.

MH17 : Gambar Hattan sambut jenazah sepupu

Sabtu, 23 Ogos 2014


Penyanyi, Hattan yang merupakan sepupu Dora Shahilla turut tidak dapat menahan kesedihan sewaktu menyambut ketibaan jenazah Ketua Pramugari Pesawat MH17 semalam.

Tahniah! Pernikahan Hattan, Ariane (Gambar)

Khamis, 25 Julai 2013

Komposer terkenal, Dauk Hattan semalam, 24 Julai, sudah selamat dinikahkan paa jam 6 petang dengan bekas isteri pertamanya, Ariane dengan 2 kali lafaz. Begitulah jodoh, mereka berpisah pada 2005 yang lalu setelah mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kini sah bergelar suami isteri semula dimana ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Gambar Resepsi Pelakon, Hani dan Shamsul

Rabu, 10 Julai 2013

Pelakon Roda-roda Kuala Lumpur, Hani Nur Zara telah bernikah dengan suaminya Shamsul pada 1 Julai yang lalu. Kini pada hari Sabtu yang lalu iaitu, 6 Julai telah berlangsung majlis resepsi di kediaman rumah Dato' Hattan iaitu abang kepada suami Hani yang terletak sekitar Sri Menanti, Negeri Sembilan. Tidak ketinggalan bos besar, Datuk Yusof Haslam turut hadir bersama memeriahkan majlis. -gambar REDphotography



Gambar Pernikahan Pelakon, Hani dan Shamsul

Selasa, 2 Julai 2013

Memetik portal Murai, anak bongsu produser, Julie Dahlan iaitu yang juga pelakon Roda-Roda Kuala Lumpur, Hani Nur Zara sudah selamat dinikahkan pada 29 Jun 2013 lalu dengan pasangannya yang juga adik kepada komposer, Dato' Hattan iaitu Shamsul Akmar.

Mereka selamat dinikahkan pada jam 10 pagi di Masjid Bukti Antarabangsa, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 6 Julai nanti di rumah Dato' Hattan dekat Sri Menanti, Negeri Sembilan.




Tahniah! Hattan Nikahi Semula Bekas Isteri Pertama

Jumaat, 24 Mei 2013

Dikhabarkan komposer, Datuk Hattan memetik daripada Kosmo! semalam yang dia tidak pernah serik untuk menikah lagi, dan kini Hattan dalam perancangan nak bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Abidin.

Dulu mereka bernikah pada tahun 1996 dan bercerai pada tahun 2005. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.
Saya rancang ingin menikahi dia (Arianie) pada 15 Ramadan ini. Tetapi saya ada juga terfikir untuk melangsungkan perkahwinan pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos.

Saya lebih suka kami berkahwin pada 15 Ramadan sebab mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Lagipun lebih elok jika kami berkahwin pada bulan Ramadan.

Majlis sederhana sahaja. Tiada hantaran pun. Tetapi mungkin ada majlis makan-makan.

Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie).

Kami mahu lupakan perkara silam dan buka lembaran baharu untuk hidup bersama.

Datuk Hattan Mahu Rujuk Bekas Isteri

Isnin, 29 Oktober 2012

Komposer, Datuk Hattan yang sudah bercerai/berpisah dengan bekas isterinya, Arianie Mohd Abidin kini menginginkan bekas isterinya itu kembali ke sisinya.

Hattan akui dirinya dan hidupnya seakan-akan tidak lengkap, bahkan sebagai bapa, dia tidak sanggup melukakan hati putera tunggal kesayangannya, Adam Eiman tidak pernah berhenti berharap mahu melihat hubungan mereka kembali bertaut.

Kini segala-galanya sudah di luahkan oleh Hattan dan mengharapkan apa yang diinginkan itu termakbul untuk kebaikan semua pihak.

“Saya tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa moga jodoh kami bertaut semula dan andai diizinkan Tuhan, tidak mustahil kami akan berkahwin dalam waktu terdekat,”

“Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik.

“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami.

“Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.

 “Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah,” katanya yang belum menetapkan tarikh majlis.-Via

Hattan kini bergelar Datuk

Sabtu, 28 April 2012

Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' semalam menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. -Bernama

Hattan, Farah CERAI talak satu!

Sabtu, 14 Januari 2012

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab. Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, baru-baru ini.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Hattan bidas Zubir Bharian

Rabu, 30 November 2011

Haha. Kali ini penulis gosip terkenal dengan lazernya, Zubir terkena hint oleh Hattan. Hattan memang tak suka dengan Zubir sebab menulis ikut suka hati dia tanpa mengira dan mengetahui hal yang sebenar. Hattan yang seperti kita tahu seorang yang series, memang tak boleh control dah cakap. Habis kena hentam. Alahai, Zubir-zubir.

“Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,”

“Aku tidak panggil (majlis perkahwinan Hattan) dia seorang sahaja, wartawan lain semua aku beritahu, dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah- gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap,” ujar Hattan lagi. -Via

Gambar Perkahwinan Hattan, Farah

Sabtu, 26 November 2011

Gambar dibawah merupakan gambar perkahwinan Hattan dan isteri barunya Farah yang dinikahkan baru-baru ni di Nogori Sembilan. Memang tidak ramai menyangka yang Hattan bakal menamatkan zaman 'persendiriannya'. Namun itulah jodoh, kini Hattan sudah bahagia dengan Farah. Apa-apa pun Tahniah lah kepada Hattan semoga rumahtangga kekal abadi selamanya.

Hattan nak rujuk isteri? nak kahwin yang lain?

Rabu, 6 Julai 2011

Penyanyi Hattan yang terkenal kerana menjadi juri dalam setiap pentas program realiti ni mengakui tidak kisah seandainya ditakdirkan bertaut kembali dengan bekas isterinya Arianie Mohd Abidin selepas 6 tahun bercerai yakni mereka kahwin pada 1996 dan ada seorang anak lelaki yang berusia 13 tahun. Dek disebabkan menduda selama 6 tahun, kini Hattan bersedia sepenuhnya nak kahwin lagi paling cepat tahun ni. Namun katanya belum jumpa lagi yang sesuai dan sepadan dengannya. Kalau korang nak jadi isteri Hattan, offer kan la diri, fomous nanti korang. hehe. masuk izyan.com lagi tu.

"Kesibukan saya dengan perniagaan dan cabang seni menjadi penghalang untuk mencari pasangan. Namun, saya akui sejak kebelakangan ini hubungan dengan bekas isteri menjadi bertambah rapat.

"Kami seperti malu-malu apabila berjumpa macam pasangan baru bercinta pula. Namun, tiada apa yang serius kerana kami tidak pernah berbincang apa-apa,"

"Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, saya berdoa agar ditemukan seorang isteri yang baik dan solehah. Kalau diizinkan saya mahu berkahwin pada tahun ini.

"Terus-terang saya tidak kisah pun siapa calonnya tetapi masalahnya memang tiada. Seandainya ada jodoh, saya sudah bersedia tetapi seandainya tiada saya reda," katanya kepada mStar

Anak Nurul, Hattan dapat 5A UPSR

Jumaat, 12 November 2010

Tahniahlah kepada kedua-dua artis Nurul dan juga Hattan kerana anak mereka mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Adam Eman dan Ayu Nazirah merupakan pelajar darjah enam di SK Tun Dr Ismail 1 Kuala Lumpur. Kehadiran kedua-dua artis berkenaan memberikan suasana yang cukup gembira melihat kecemerlangan anak mereka. Senyum lebar lah lepas ni Nurul dan Hattan erk, bagaimana pula anak artis yang lain?

Anak ikut jejak bapa menyanyi, Hattan

Sabtu, 20 Februari 2010

Memiliki zuriat dan anak yang bernama Adam, ayahnya, Hattan tidak terlepas daripada ditanya apakah anak tunggalnya itu menunjukkan tanda-tanda menjejaki langkahnya menceburi dunia nyanyian dan dunia anak seni. Adam yang berusia 12 tahun yakni darjah 6 sekolah rendah, sebetulnya bakal muncul dengan album berjudul Papa Aku Rock tidak lama lagi. Bagi Hattan, anaknya itu memiliki bakat semulajadi yang hampir mirip dengan dirinya.

"Dia suka menyanyi dan pantas menghafal lirik. Cuma tahun ini dia akan menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), jadi saya tidak menggalakkan sangat dia untuk memberi fokus pada bidang seni. Saya juga merancang untuk berduet dengannya tetapi tunggu sampai dia cukup umur kerana suaranya belum 'pecah' lagi,'' kata Hattan.
Bagi Adam pula, buat permulaan dia akan akan muncul dengan single berjudul Papa Aku Rock. Adam akan mengikuti rakaman lagu ketika cuti persekolahan sahaja. -Kosmo

Ps: suara bagus, baik jadi Qari. kan ada imbuhan dari kerajaan juga disamping dapat pahala. :)

Hattan dah punya kekasih hati?

Jumaat, 12 Februari 2010

Penyanyi bersuara garang dan lantang bercakap ketika menjadi juri, Hattan hari ini dilihat sebagai seorang duda yang hangat yang mana sering kali dikaitkan dengan gadis-gadis manis sebagai pendamping dan juga mungkin sebagai kekasihnya. Gossip terbaru yang timbul di kalangan peminat hiburan menyatakan bahawa artis duda ini kini sedang hangat berpacaran dengan seorang janda anak satu.

Wanita yang disebutkan itu dikatakan adalah daripada kalangan orang biasa-biasa sahaja dan mempunyai pekerjaan di sektor awam di sekitar perindustrian Bangi. Maklumat juga ada menyatakan yang wanita ini sudah berjaya menawan hati ibu dan bapa Hattan dan ada kemungkinan akan di terima sebagai menantu kelak.

Wanita ini juga di katakan berasal dari negeri kelahiran Hattan, Negeri Sembilan. Baguslah dah macam itu buat Hattan dan wanita misteri ini. Semoga ianya menjadi realiti dan kisah ini benar semata-mata.