Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ucapan Hari Bapa 'sweet' dari Nabila Huda untuk bapanya..

Isnin, 19 Jun 2017

Nabila Huda semalam telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama bapanya, Amy Search bersempena meraikan sambutan Hari Bapa di laman Instagram miliknya.

Ada netizen menyifatkan wajah Nabila ketika itu seperti iras anaknya, Keisya Laila yang bersia tujuh tahun.

Nabila dalam kapsyennya menerusi instagram @kupu_kupu berbunyi,
"Biarpun ini adalah kehidupan yang telah dipilih untuk kita berdua teruskan hidup, dekat atau jauh, tidak pernah ianya berlalu tanpa saya memikirkan tentang kamu. Dan saya saya harap hati awak juga sebegitu. Selamat Hari Bapa, Papa!" tulisnya.

Harith Iskander waktu dia kecil (comel)

Isnin, 22 Jun 2015


Comelnya Harith Iskander waktu dia kecil, sama dengan anak dia yang sekarang ni juga iras-iras wajah dan keputihan kulitnya. Harith post gambar dia waktu kecil di laman Instagram untuk menyambut Hari Bapa semalam.

Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee paras kaki je - Sharnaaz

Isnin, 23 Jun 2014

Agak keterlaluan kenyataan yang dilemparkan oleh Sharnaaz Ahmad terhadap lagenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee. Dimana Sharnaaz beranggapan yang seniman agung itu diletakkan tarafnya pada 'paras kaki' sahaja.

Kenyataan itu dibuat dilaman sosial Instagram untuk membandingkan ayahnya, Basir Ahmad bersempana ulang tahun ayahnya itu.

Memetik portal mStar, cucu kepada Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee, Najua membidas kenyataan Sharnaaz itu dan menganggap kenyataan Sharnaaz itu hanya pandangan bersifat pribadi dan tidak bagi semua golongan masyarakat.
"Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham.

"Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” -Najua
"Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.

"Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami.

"Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja," -Sharnaaz
Nak bergurau pon agak-agaklah tuan, bergurau kat orang yang sudah meninggal dunia, kalau dia masih hidup, rasanya boleh lagi tuan kena maafkan.

Ayah UMNO, Anak PAS - Abby Abadi

Isnin, 21 Oktober 2013

Umum mengetahui yang Abby Abadi adalah ahli muslimat parti politik PAS yang lantang orangnya. Namun dalam tak disangka, memetik portal Utusan semalam, ayahnya, Abdul Manan Tadin berusia 78 tahun merupakan ahli UMNO seumur hidup.

Bapa Abby ditemui ketika mengundi untuk pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak semalam.

Aaron Aziz di Oreo Daddy Dunk

Khamis, 23 Jun 2011

Bersempena hari bapa telah berlangsung di One Utama beberapa hari yang lalu satu acara yang dinamakan Oreo Daddy Dunk telah dijayakan dan turut memeriahkan suasana pelakon Aaron Aziz serta isterinya Diyana Halik dan anak-anaknya. Acara yang sangat meriah itu berlangsung dari pukul 1.30 sehingga 5 petang.

Memang ramai orang yang datang ke acara itu, lebih-lebih lagi ingin melihat pelakon yang kini makin naik namanya, Aaron. Disebabkan KL Gangster, kini Aaron mungkin menjadi pencabar utama Shaheizy Sam sebagai pelakon serba boleh. :)