Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ada 'lembaga hitam' bergambar dengan Aaisyah? (4 gambar)

Selasa, 11 Julai 2017


Beberapa hari lalu, sekeping foto keluarga pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi viral. Ini gara-gara kelibat ‘lembaga hitam’ seperti anak patung yang menjelma di sisi anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Walaupun banyak yang bertanya di ruangan komen, sehingga kini Rozita Che Wan tiada membalas jawapan tentang hal ini.

Gambar Wany Hasrita ada hantu yang menghebohkan

Rabu, 14 Jun 2017


Memang agak mengejutkan apabila gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi Wany Hasrita telah menampakkan gambar hantu dibelakang penyanyi berkenaan.

Namun ianya kemungkinan adalah proses edit semata-mata kerana, gambar original berkenaan sebenarnya tidak ada pun makhluk berkenaan.

Rumah berhantu!? Patutlah Aliff Syukri jual rumah kepada Nur Sajat

Isnin, 20 Februari 2017

Dengar cerita yang rumah yang telah dijual oleh Datuk Aliff Syukri bernilai RM20 juta tu kepada Nur Sajat adalah rumah yang dihuni 'sesuatu'.

Namun tak dipastikan ianya gimik atau cerita sebenar. Jom layan video berkenaan.

Saharul Ridzwan tinggal berasingan dengan isteri?

Ahad, 29 Januari 2017

Dengar-dengar timbul pula isu dimana sesetengah pihak mendakwa kononnya, Saharul Ridzwan terpaksa ‘berasingan’ dengan isterinya buat sementara waktu kerana sering diganggu makhlus halus ketika menjalani penggambaran telefilem Trauma.

Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika penggambaran telefilem tersebut dan isterinya, Deena Emir dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang Saharul mungkin akan bertindak diluar kawalan. Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang penggambaran dijalankan.

Berang dengan dakwaan berkenaan, Saharul menyifatkan ia satu fitnah kerana rumah tangganya bersama Deena Emir tidak mengalami sebarang masalah.

"Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?

Saharul juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membuat cerita yang tidak benar mengenai rumah tangganya yang masih lagi baru.

Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah. Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurus…yang satu." -katanya memetik mStar Online

Mentera Filem Munafik dikatakan benar, ini komen mengejutkan Syamsul Yusof!

Sabtu, 14 Mei 2016


Pelakon Syamsul Yusof menafikan dakwaan mengatakan mentera yang sebut dalam satu adegan filem Munafik adalah ayat sebenar.

Dakwaan yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook itu telah menjadi viral sehingga ramai yang bertanyakan hal tersebut melalui akaun Instagram (IG) Syamsul sendiri.

Syamsul yang juga merupakan pengarah filem Munafik tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu dan mengatakan ayat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

18+SG Awal, Scha jumpa hantu~ (video)

Selasa, 28 Oktober 2014

Memang agak mencabar dan menarik untuk dirasai sendiri ke rumah besar hantu yang ada di Sunway Lagoon ni. Empat orang selebriti sudah merasainya sendiri diantaranya Scha al Yahya, Awal Ashaari, Bern Jern dan Hanif Era FM.

Dengan tema Nights of Fright 2, 4 orang selebriti ini telah menerima perjalanan yang menakutkan apatah lagi ianya dilakukan di malam hari. Mungkin ianya satu bentuk promosi Sunway untuk menarik minat orang ramai mengunjungi dan mengalaminya sendiri pengalaman di waktu malam.

Paling gagal adalah Bern, seorang yang penakut. keh keh. -video Facebook ASWAQ Magazine

Villa Nabila Akan Difilemkan

Jumaat, 22 November 2013

Difahamkan penerbit MiG, David Teo dalam satu kenyataannya baru-baru ini akan membuat satu filem dokumentari berjudul Villa Nabila, sebuah kediaman mistik yang terletak di Danga Bay.

Ini berikutan beberapa kes pelik yang berlaku beberapa hari lalu yang menjadi bualan hangat di seluruh negara mengenai kes seorang lelaki hilang ketika memasuki rumah berkenaan dengan rakan-rakannya dan akhirnya ditemui di rumah rakannya.

Ummi Nazeera Tidak Pergi Promosi Filem Penanggal Sebab..

Isnin, 18 November 2013

Isu Ummi Nazeera tidak mengikuti aktiviti promosi filem Penaggal dimana dia adalah pelakon dalam filem berkenaan telah menjadi satu bualan yang mencalarkan reputasinya.

Namun bukanlah sebab dia berhijab (bertudung) Ummi tidak dapat dapat, namun disebabkan dia sedang sibuk belajar di Australia. Orang mengatakan yang dia tidak datang sebab malu, kerana gayanya yang tidak bertudung dan berkemban dalam filem itu yakni sebelum dia berhijab.

Memetik portal mStar, pengarah filem berkenaan, Elly Suriati, menyangkal dan mempertahankan pelakon Ummi daripada dituduh bukan-bukan.

Filem Minyak Dagu Kutip RM1.2 Juta

Rabu, 9 Januari 2013

Siapa ada melihat filem Minyak Dagu yang bermula sejak 3 Januari lalu? filem ini merupakan filem seram yang pastinya menjadi tontonan.

Filem yang diarahkan oleh Azhari Zain dengan dibantu lakonan oleh Fezrul Khan, Fizo Omar serta Yana Samsuddin ini dikatakan memetik portal Utusan! telah menerima keutipan RM1.2 Juta lebih sejak ditayangkan sehingga ke hari ini.

Satu kutipan yang memberangsangkan. Filem ini mungkin satu hasil yang terbaik untuk awal tahun 2013 ini. Tahniah diucapkan. kaki download pastinya tidak sabar menantikan uploader~

Gambar Didie Alias Yang Pelik di ASK 2012

Isnin, 12 November 2012

Cerita ASK lagi. Dah satu selebriti membuat kontroversi dengan gurauannya kali ini adalah fesyen daripada kalangan selebriti yang hadir.

Memang banyak yang pakai cantik-cantik, namun tak juga kalahnya yang mahu kelihatan lebih unik dan mahu perhatian lebih.

Baju Didie Alias memang menjadi perhatian, tak tahu fesyen apakah dan kelihatan amat menyeramkan memandang matanya selain membawa seekor kucing putih bersama-sama.

Macam-macam je pakaian dorang ni kan. -gambar Budiey.com

Almy Nadia kena kencing jin

Rabu, 22 Februari 2012

Almy Nadia mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu. Insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, Almy terkejut wajahnya terus berubah dan dia sendiri takut untuk melihatnya/

Pengarah filem berkenaan, Bob Ismail meminta Almy berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional. Kemudian, Almy pun ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawatnya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

Ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama. Selepas itu Almy dikatkan pulih seperti sediakala. -Via

satu lagi filem paranormal bakal muncul

Rabu, 15 Jun 2011

Filem pertama paranormal di Malaysia yang pertama iaitu Penunggu Istana memberikan satu fenomena baru terhadap kejadian alam mistik. Filem ni kureng sikit info samaada ianya kejadian benar ataupun rekayasa. Wallahualam itu Allah sahaja yang tahu. Namun Episod ini belom lagi habis disini sahaja. episod baru paranormal bertajuk Wujud atau Tidak hasil kerjasama paranormal Malaysia dengan Singapura. Filem ini bakal mengegarkan panggung pada bulan Ogos 2011.

Dato' Siti Nurhaliza perjelaskan isu hamil

Jumaat, 1 April 2011

Baru-baru ni memang kecoh mengenai artis nombor satu Negara hamil anak sulung. Disebabkan gambar yang seakan-akan hamil maka ramai yang berpendapat ianya benar. Namun seperti biasalah, Dato' Siti belum lagi hamil, dalam twitter miliknya mengatakan ianya cuma lemak di bahagian perutnya. Hihi. Alahai boroi erk Dato' Siti. Takpe, lepas ni boleh pergi mana-mana spa untuk melangsingkan badan.

Selain tu, baru-baru ni juga Dato' Siti telah berjumpa dengan ahli keluarga 'hantuk kak limah'. Mereka juga termasuklah adik kak limah, abang kak limah, jiran punya sepupu punya kawan kak limah pun ada. Takut juga bila lihat mereka berada di tempat-tempat yang sunyi. Haha.

Liyana Jasmay buka kain?

Isnin, 8 Februari 2010

Filem Niyang Rapik yang tidak lama lagi akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara tidak diluar negara akan menampilkan aksi seram yang bakal mengegarkan tempat duduk panggung wayang berkenaan. Menampilkan artis-artis yang lama (drama Niyang Rapik) dan juga yang berwajah baru. Dalam filem berkenaan ada terselit unsur yang seks yang tidak keterlaluan daripada Liyana Jasmay, cuma menampakkan bahagian lutut dari atas ke bawah. Bentuk fizikal Liyana tidak ler menarik berbanding kecomelan wajahnya itu. Saksikan minit ke 0.55..

Bayangan Hantu di AJL 24?

Khamis, 14 Januari 2010

Dalam keriuhan dan kehangatan AJL baru-baru ini ketika pentas dan juga luar pentas, tidak disangka-sangka makhluk yang tidak diundang telah datang ke acara berprestej itu. Dalam siasatan yang telah dibuat oleh individu yang berani dikatakan ianya sesuatu yang pelik dan bukan penolong penari dari Faizal Tahir yang menggunakan tali untuk terbang-terbang dalam lagu Faizal. Katanya lagi penolong penari itu tidak tinggi seperti itu untuk melakukan aksi, malah lebih rendah daripada yang digambarkan ini. Adakah ini 'tektik' artis di sana juga? Wallahualam...

Azza Elite Baru Buang 'Benda'

Sabtu, 5 Disember 2009

Saya dipaksa untuk berubat dan dimandikan di sungai yang mengalir terus untuk membuang gangguan dari individu yang mahu melumpuhkan kerjaya seni saya. Benda itu ditanam di pangkal pokok berhampiran rumah saya dan Alhamdulillah semua gangguan itu berkurangan setelah saya mengikut saranan ahli keluarga dan kekasih untuk berubat!
Itulah pengakuan penyanyi, pelakon dan pengacara Azzarima atau Azza, 32, mengenai penyakit misteri yang pernah dihidapinya dulu. Akibat daripada gangguan yang diterima, Azza mengakui berat badannya semakin susut dan dirinya menjadi tidak terurus hinggakan kerjaya seninya terjejas.

Bagaimanapun keadaannya semakin beransur pulih dan enggan mengimbas kembali peristiwa itu kerana yakin semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Tambahan pula berkat sokongan dari si dia tersayang membuatkan hari-hari Azza menjadi semakin bermakna. Apa yang pasti, wajah Azza kelihatan berseri-seri apabila ditemani buah hati tersayang ketika menghadiri majlis ulang tahun penghibur, Roslan Shah, di Restoran Cherana Selasa lalu.

Ada Hantu di Konsert R&R Sinar FM

Isnin, 17 Ogos 2009

Memang kejadian ini aneh sedikit walaupun ianya bukan merupakan salah satu gossip tapi rasanya seronok pula mahu diceritakan lebih-lebih lagi yang terlibat bersama adalah artis. Ganbar yang diambil kemungkinan besar belum ada penjelasan mutlak dari mana-mana pihak, ntah ianya satu adegan biasa yang dirancang dalam satu konsert atau pun satu 'ketuahan' dapat melihatnya muncul. Ianya berlaku ketika konsert R&R Sinar FM pada 16 Ogos lalu, mungkin yang menghadiri dapat mengetahui jawapan sebenar. Pasni jangan tengok belakang anda pula. Ngeh3.