Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon
Selasa, 23 Mei 2017
Hairul Azreen diakui kurang menyerlah sebagai pelakon namun Hairul sebenarnya seorang usahawan menerusi beberapa perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha.
Bagaimanapun kemewahan hasil daripada titik peluhnya selama ini sering dipandang serong malah ada mempertikaikan kesenangan yang dikecapinya hari ini hasil menumpang nama isteri dan anak lelakinya, Yusof Iskandar.

"Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.
"Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.
"Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,
"Perniagaan pertama saya pun sya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.
"Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah," jelasnya memetik mStarOnline.
Hanis Zalikha selamat melahirkan anak sulung tapi...
Ahad, 5 Jun 2016
Hanis Zalikha, selamat melahirkan anak lelaki tepat jam 8.15 malam 3 Jun lalu. Berita gembira itu dikongsi sendiri suami Hanis, Hairul Azreen, di laman Instagramnya.
Pasangan selebriti itu memilih nama Yusuf Iskandar untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram.
Tapi sayangnya, wajah anak mereka masih lagi tidak diberi nampak di Instagram mereka berdua.

Hanis Zalikha buat kenyataan mengejutkan...
Khamis, 5 Mei 2016
Hanis Zalikha yang kini hamil telah mengambil pendekatan untuk berhenti dari bidang lakonan buat sementara waktu.
“Tidak dinafikan, sekarang rezeki saya dan suami lebih berpihak kepada perniagaan. Insya-Allah, akan datang pun kami akan melancarkan satu lagi produk baharu, jadi saya rasa lebih baik untuk berhenti dahulu buat sementara daripada dunia lakonan, lebih-lebih lagi selepas anak kami lahir nanti”
“Bagaimanapun, saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran pengacaraan kerana komitmennya lebih fleksibel dan tidak memerlukan masa yang panjang di lokasi seperti lakonan,” katanya seperti dipetik di Kosmo! Online.
Perkahwinan Hairul, Hanis riak dan menunjuk?
Jumaat, 12 Jun 2015
Pelakon Hairul Azreen Idris terkilan apabila kemampuannya berbelanja besar untuk majlis perkahwinan dengan pengacara dan pelakon Hanis Zalikha Zainal Rashid, Jumaat lalu dipertikai peminat.
Hairul, 27, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia dilakukan mengikut kemampuan diri dan seikhlas hati.
Hairul bagaimanapun menegaskan tidak pernah terlintas di hati untuk menunjuk-nunjukkan malah tidak menyangka keikhlasannya terhadap isteri tersayang disalah erti.
Hairul, 27, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia dilakukan mengikut kemampuan diri dan seikhlas hati.
“Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira.Wang hantaran berjumlah RM91,019.90 yang diberikan Hairul kepada Hanis, 25, dikatakan menjadi punca segelintir pihak menganggap pasangan ini mahu menunjuk-nujuk dan riyak.
“Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.
“Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai?” katanya
Hairul bagaimanapun menegaskan tidak pernah terlintas di hati untuk menunjuk-nunjukkan malah tidak menyangka keikhlasannya terhadap isteri tersayang disalah erti.
“Janganlah pertikai majlis kami. Macam saya cakap tadi segala perbelanjaan mengikut kemampuan saya dan tiada niat sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk.
“Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga.
“Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu. Doalah yang baik-baik buat saya dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu,” katanya