Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Top 15 Selebriti Malaysia guna FACEAPP

Isnin, 29 Mei 2017


Video Bocey dengan kanak-kanak comel ini jadi viral...

Jumaat, 2 Disember 2016

Seorang kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu Memori Berkasih dengan Achey melalui aplikasi Smule telah menjadi perhatian ramai di media sosial beberapa minggu yang lalu.

Menurut BH Online, Achey sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengan si cilik itu yang menggunakan akaun 'Putera Malaya', dipercayai milik bapa kanak-kanak berkenaan.

Achey mengakui yang dia kagum dengan bakat anak kecil itu kerana mampu menghafal beberapa lagu berserta rentaknya sekali.

Siti Nurhaliza jadi duta produk VIVO Malaysia (6 gambar)

Rabu, 23 November 2016


Bila Siti Nurhaliza main Dubsmash (video lawak)

Khamis, 30 April 2015


Bukan main lagi kan bila Dato' Siti Nurhaliza dan rakan-rakannya merakamkan video aplikasi smarphone yang menjadi viral buat masa ini Dubsmash. Suara akan berubah bila anda edit video itu.

Pelakon lelaki dengan aksi comolot.. dia adalah..

Khamis, 27 November 2014

Wah bahaya sangat ni, kalau handphone tak dijaga dengan rapi. Memang kes-kes photo pribadi tersebar atas kecuaian pemilik sering berlaku.

Baru-baru ini seorang selebriti lelaki tempatan sudah kantoi apabila gambar panasnya bercium aka bercomolot di dalam memory card telefon bimbitnya terlupa hendak diambil apabila dia pergi membuat servis di salah sebuah kedai membaiki telefon.

Aliff Aziz mengaku mencuri telefon bimbit tapi..

Jumaat, 7 November 2014

Masih ingat mengenai kes pencurian telefon bimbit yang didakwa Aliff Aziz telah mencurinya beberapa bulan lalu? kes itu sebenarnya sudah selesai.

Memetik Bharian semalam, Aliff terpaksa mengaku untuk menyelesaikan segera segala undang-undang dengan kadar segera.
"Isu mencuri telefon bimbit itu sudah selesai. Saya berada di tempat dan waktu yang salah. Natijahnya saya terpaksa mengaku bersalah biarpun saya tidak melakukan perkara itu.

"Undang-undang di Singapura berbeza di sana. Atas saranan pihak peguam bela, saya mengaku saja dan bayar denda untuk memendekkan proses berkaitan.

"Jika tidak saya perlu melalui proses pengadilan yang panjang. Kejadian ini terjadi empat bulan lalu dan itu antara sebab saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur dan Singapura," -Aliff Aziz

Panas! Bung Mokhtar Sudah Bosan Dengan Zizie?

Ahad, 4 Ogos 2013

Ha biar betik apa yang dilakukan oleh suami kepada pelakon, Zizie Ezette ni, Datuk Bung Mokhtar yang dikatakan sudah tidak menghiraukan lagi apa yang diinginkan oleh isteri, Zizie sendiri.

Bah kan setiap kali ambil gambar berdua, Zizie seolah-olah disisih oleh Bung. Sepertinya Bung amat fokus terhadap handphone miliknya.

Video Lawak Promosi Dari Zizan Razak

Isnin, 22 Julai 2013

Zizan Razak ni memang sudah terkenal dan rezekinya melimpah ruah gitu, banyakmenerima tawaran berakon untuk filem/drama dan juga duta pelbagai produk barangan terkenal.

Terbaru dia menjadi duta rasmi untuk produk elektronik Sony Malaysia. Siap ada iklan sepanjang 3 minit gitu menjadi salesman bernama Zanzi (nama macam pernah dengar yang dekat Lawak Ker Der 1 kan), lihat mukanya sahaja nampak lucu dengan teknik mempromosikan barangan terbaru dari Sony.

Lawak la video ni. Kah kah.


filem Lagenda Ombak KL Sempit Balik Rumah

Jumaat, 9 November 2012

Filem pendek prody biasanya melucukan dan mencuit hati kita apabila melihatnya. Lebih-lebih lagi jika ianya menyangkut paut pada filem popular yang ditayangkan di pawagam tempatan.

Baru-baru ini syarikat telekomunikasi Digi telah menayangkan filem prody berjudul 'Lagenda Ombak KL Sempit Balik Rumah' yang menyaksikan beberapa pelakon, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Usop Wilcha.

Filem pendek ini mengisahkan kisah kecanggihan sebijik handphone dengan fungsi yang terkini, motif lain adalah mempromosikan Digi dan memperkenalkan kehebatan Digi.


Datuk Yusof Haslam pakai HP cap ayam!

Selasa, 4 Oktober 2011

Datuk Yusof Haslam akhirnya telah ‘melanggar pantang’ apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit selepas diminta oleh isterinya Datin Fatimah Ismail. Dalam masa yang sama ia dapat memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan selain selepas ditegur oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sukar menghubunginya.

Selama 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit membuatkan dirinya bebas dengan sebarang gangguan selepas waktu pejabat. Segala urusan penting katanya memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat ataupun di rumah.

Bagaimanapun apabila terlalu banyak rungutan termasuklah daripada pihak media yang sukar mendapatkan beliau, akhir sekali isterinya menasihatinya supaya menggunakan kemudahan berkenaan.
“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan.

Terus terang saya katakan apabila saya pakai telefon bimbit, hubungan saya dengan pihak media semakin rapat. Mereka senang nak cari saya. Malah isteri saya pun tak melarang saya lagi.

Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi,”


Yusof tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas dia diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon.

Kejadian itu menimbulkan perselisihan faham di antara beliau dengan Fatimah sehinggalah beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi telefon bimbit sebagai bukti kesetiaan dan cinta kepada isterinya.
[via]

ps: berprofile rendah juga Datuk ni yer. jarang dapat lihat orang kaya berprofile seperti ini, jangankan orang kaya, segelintir artis baru pon dah berlagak sangat. huhu. Baguslah, murah rezeki selepas ini, amin2.. Macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Dayang Nurfaizah 5 tahun tanpa HandPhone!

Sabtu, 4 Disember 2010

Dayang Nurfaizah menjelaskan sudah 5 tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak 5 kali dalam tempoh dua tahun. Kata Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih manggih. Ini semua bukanlah bermakna dia dikongkong oleh keluarga mahupun pengurusnya.

Kalau ada orang yang ingin bercakap dengan Dayang, mereka boleh menghubungi Dayang melalui Shaliza (pengurus) atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan Dayang. Kemungkin Dayang akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih hati. -mStar

Nokia C3 Celcom Bluecube

Sabtu, 16 Oktober 2010

Nokia C3 adalah yang model pertama dari tiga peranti messaging baru untuk menyelesaikan masalah phone berbentuk smartphone hari ini. Walaupun kini nama iPhone dan BlackBerry lebih menonjol berbanding Nokia namun itu adalah impian mereka yang memiliki duit poket yang lebih dan tebal, jika tidak tebal, baik beli Nokia yang ekonomi. Nokia dengan konsep semua boleh miliki dan memiliki ribuan aplikasi kini melancarkan phone berbentuk pelengkap. C3 yang dibuat untuk pengemar laman sosial dan juga aktiviti-aktiviti seperti blogging, twitter dan Facebook.

Phone C3 ini memang amat ekonomi dari segi harga yang kurang daripada RM500 dan lebih menjimatkan masa untuk si pemakai dari segi kepantasan menulis SMS. Setanding dengan Nokia E-Series yang lainnya. Tidak dengan ciri-ciri istimewa daripada sudut reka bentuknya yang menarik dan juga dengan hanya menjadi kelengkapan software sosial di C3 malah C3 juga menawarkan kesambungan Wi-Fi untuk mereka yang tahu menggukannya, kamera dengan beresolusi 2 Megapiksel, layar skrin 2.4 inci dan menyokong sehingga 8GB simpanan pada kad microSD. Menyokong EDGE, dan belum support untuk 3G.

Untuk lebih informasi mengenainya, sila klik kat sini (celcom.com.my/celcomexec/promotions/nokiac3). Jangan tunggu lama lagi, miliki phone Nokia C3 ini secepat mungkin, memang mudah dan menyeronokkan, penulis pun dah beli satu, SMS cepat dan masa nak tidur pun boleh masih main Facebook. 9.5/10 rating penulis berikan.

klik untuk besarkan gambar Nokia C3


Dayang Nurfaizah tak guna Handphone

Isnin, 10 Ogos 2009

Tanpa sebarang keraguan, Dayang adalah bintang dalam kelas tersendiri. Penyanyi versatil dari Bumi Kenyalang ini sememangnya seorang bintang yang tiada tandingan dari segi stail dan keunikan vokalnya. Walaupun pelbagai kejayaan telah dikecapinya, namun bagi Dayang Nurfaizah ia bukan petanda untuk memperlahankan langkah. Salah satunya dalam penggunaan telefon bimbit (handphone), dimana Dayang tidak menggunakan telefon bimbit sebagai alat berhubung malah mengakui dirinya cuma menggunakan e-mail sahaja. Apa-apa pun bagi penulis, handphone merupakan satu alat yang penting untuk berhubung dengan yang tersayang. Ngeh3.