Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amanda Misbun selamat melahirkan anak ke-2 (gambar)

Selasa, 12 Ogos 2014

Tahniah diatas perkhabaran kelahiran anak kepada Amanda Misbun yang juga adik kepada Haliza Misbun. Berita kelahiran ini baru didengar memandangkan pada tarikh 21 Julai lagi Amanda melahirkan anaknya itu.

Nama anaknya itu adalah Abdul Khalig Hairulzain dengan berat 3.5kg. Ini adalah anak ke-2 Amanda, memandangkan anak sulung mereka, Qisya kini sudah berusia nak masuk 2 tahun.

Kondo RM2 Juta Hadiah Buat Haliza Misbun

Selasa, 24 September 2013

Ha bukan main lagi hadiah harijadi ke-40 Haliza Misbun jah. Kondo bernilai RM2 Juta daripada kekasihnya yang juga seorang jutawan berketurunan Melayu.

Hadiah ini diberikan pada 14 Mac yang lalu ketika sambutan harijadi Haliza. Yang paling musykil Haliza mencintai lelaki ini.

Mungkin sudah tiba masanya Haliza sudah bertemu dengan lelaki idamannya dan seterusnya akan berumahtangga dengan lelaki yang cocok dengan dirinya kan. :) klik untuk besarkan..

Kahwin itu Membosankan - Haliza Misbun

Selasa, 20 Ogos 2013

Ni lah kalau tidak ikut sunnah Nabi, yang dianggap kahwin pun dikatakan bosan tidak tahu apa kebaikan dan hikmah disebalik perkahwinan itu. Haliza Misbun yang kini berusia 40 tahun itu kini berstatus bujang dan difahamkan melalui portal Kosmo! dia enggan berkahwin dan rela hidup membujang diatas sebab tekanan dari pihak keluarga dan kawan-kawan.

Tapi niatnya itu tidak untuk tempoh yang panjang, cuma mengakui menunggu lelaki yang betul-betul sesuai barulah mahu berkahwin. Tapi tidak diketahui berapa umur yang Haliza sendiri target kan, memandangkan semua orang sudah tahu, 'saham' wanita bila semakin berusia semakin merosot, berbanding lelaki yang semakin berusia 'saham'nya makin naik. :)
“Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.”

“Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” -Haliza

Gambar Terkini Haliza Misbun

Khamis, 25 Julai 2013

Lama sudah tidak melihat pelakon Haliza Misbun kan. Dia jarang sudah berlakon atau menerbitkan filem/drama selepas filem Andart Terlampau 21 Hari Mencari Cinta. Menurut blog RotiKaya dia kini sibuk untuk menerbitkan novel hasil tulisannya sendiri. Dengar khabar lain dia juga sudah bersedia untuk membina rumahtangga dengan usianya kini mencecah 40 tahun.

Gambar Anak Amanda Misbun

Selasa, 2 Julai 2013


Dikhabarkan ini adalah anak kepada Hairulzain Fauzi dan pelakon Amanda Misbun adik kepada Haliza Misbun. Nama anak Amanda ini adalah Qisya yang lahir pada tarikh 20-12-2012. Kini sudah seusia setengah tahun.


Amanda Misbun Kini Bertudung

Rabu, 27 Mac 2013

Wah bertambah lagi seorang selebriti kita memakai tudung. Kali ini menampilkan pelakon Amanda Misbun yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun.

Gambar dibawah ini dikatakan diambil ketika mereka sedang membuka kedai tudung. Dan sekaligus dikhabarkan Amanda kini memakai tudung pada dirinya.

Haliza Misbun 'gegar dunia' dalam Andartu

Jumaat, 21 Mei 2010

Dalam Filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami memang membariskan pelakon-pelakon serba boleh tempatan dan juga dari negara jiran. Kata seorang peminat yang tidak mahu dikenali kalau melihat trailer dibawah ini, ianya seakan-akan drama bersiri kat dalam Astro. Tapi tidak tahulah kesinambungan dalam Filem berkenaan. Yang itu anda digalakkan menonton sebagai mengetahui jalan akhir cerita berkenaan. Tapi yang paling masyuk adalah Heliza Misbun ni. Memang tak boleh nak dikatakan apa lah, memang ini lah yang dia mahu kot..

Minit ke 1.03

Haliza Misbun Tegur Abby Abadi

Isnin, 9 November 2009

"SAYA tidak pernah ada masalah dengan Abby sebelum ini. Jadi, bila benda seperti ini berlaku, saya agak kecewa dengan dia," - luah pelakon dan penerbit, Haliza Misbun berhubung kisah tentang Abby Abadi yang dikatakan 'buat hal' dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami, baru-baru ini.

Filem terbitan produksi milik Haliza sendiri, Big Productions Sdn Bhd itu telah menjalani proses dubbing selama 10 hari bermula 22 hingga 31 Oktober lalu. Menerusi laporan sebuah akhbar semalam, semua pelakon yang terbabit seperti Ari Wibowo, Awie, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad memberikan kerjasama yang cukup baik untuk proses tersebut, namun hanya Abby saja yang gagal berbuat demikian.

Dan akhirnya, pengarah filem tersebut, Din CJ terpaksa menggunakan suara pelakon lain iaitu Nik Sayyidah untuk semua babak lakonan Abby di dalam filem yang menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu itu.
"Saya tidak nafikan, tarikh proses dubbing itu sering ditunda kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Itu perkara biasa dalam produksi. Tetapi, jika kerana tarikh yang asyik tertunda itu adalah alasannya tidak dapat berikan kerjasama, saya rasa ia tidak relevan kerana pelakon-pelakon lain juga sempat mencuri masa untuk hadir walaupun mereka juga begitu sibuk.
"Jika tidak boleh, mereka akan cadangkan tarikh lain. Tetapi agak mengejutkan juga kerana dia (Abby) tidak memberikan sebarang tarikh pun dalam tempoh 10 hari dubbing dijalankan. Saya faham kesibukan masing-masing, tetapi takkanlah dalam tempoh itu tidak boleh cari sedikit masa untuk hadir. Awie yang terlibat di dalam teater Cuci The Musical pun sempat cari masa. Saya bukan puji dia kerana dia adik ipar saya, tetapi saya memang mengharapkan komitmen seperti ini daripada pelakon-pelakon. Erra dan Fahrin juga dapat luangkan masa tatkala masing-masing sibuk dengan urusan sendiri," ujar Haliza.
Menurut wanita berusia 36 tahun ini, dia bagaimanapun tidak mahu perkara ini menjadi satu isu besar. Cuma apa yang disuarakannya itu hanyalah teguran ikhlas berhubung perkara tersebut.
"Saya dan dia pun tidaklah mengenali rapat, hanya berurusan secara profesional. Tetapi saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Sudah tentu jika adik melakukan sesuatu yang tidak kena, sebagai kakak saya akan kecewa. Saya pun tidak ada menghubunginya sendiri tentang perkara ini kerana semuanya saya serahkan kepada pengurus produksi dan pengarah. Selalunya, saya hanya memantau saja perjalanan produksi. Apapun, saya tidak mahu perkara ini menjejaskan pula hubungan profesional kami. Saya tidak terfikir pun sama ada sudah serik bekerja dengannya atau tidak," kata Haliza yang memegang watak utama sebagai Nikki di dalam filem yang berkemungkinan akan mula ditayangkan pada Mac tahun depan.

Haliza Misbun Tak Kisah Tayang Buah Dada

Sabtu, 12 September 2009

Kelmarin (11/09) bertempat di Bora Asmara, Sungai Penchala, majlis pelancaran filem 'Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’ telah diadakan dan pihak media berpeluang menyaksikan sedutan filem ini buat kali pertamanya. Satu perkara yang menarik minat pihak media ialah Haliza tampil ‘daring’ dalam filem ini. Boleh dikatakan dia kerap kali menayangkan ‘asetnya’ kepada penonton. Pendek kata, penonton akan puas melihat ‘lurah dendam’ pelakon yang masih tidak berumahtangga ini.

Kesempatan bertemu dengan Haliza selepas majlis berakhir memberi peluang untuk bertanyakan perkara ini kepadanya.
“Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama.
“Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.
-Gimik nak laku-kan filem ker nie?

Babak Lucu Haliza dan Ari

Ahad, 23 Ogos 2009

Haliza Misbun memang digossipkan pernah syok kat Ari Wibowo satu masa dulu. Namun itu persoalan dahulu, dan mungkin ada sikit2 perasaan itu memandangkan Ari orangnya ganteng. Tapi Ari ni dah berumah tangga, jadi susah sikitlah Haliza mahu dekat sedekatnya dengan Ari, mungkin di filem (Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta!) sahaja kot, boleh dekat2. Dekat2 seperti gambar dibawah ini lah kot, nampak lucu dengan Haliza berambut grebo dan Ari menjadi Mat Salleh. Ngeh3.

Bila Haliza Misbun Berkemban

Jumaat, 14 Ogos 2009

Soal artis yang ni, tak payah nak diperkatakan soal seksi yang dimilikinya. Haliza Misbun memang seorang yang mengamalkan pakaian-pakaian yang menjolok mata. Tak kisahlah itu soal dia nak berpakaian macamana kan, tapi sekurang-kurangnya kekalkanlah adat yang kita amalkan, adat ketimuran. Jadi dari segi pemakaian juga, seharusnya tidak dijadikan alat sebagai menunjukan keseksian diri yang dimiliki. Lebih-lebih lagi pengayaan berkemban bagi sesetengah artis. Dah menjadi satu kebiasaan dah, benda yang dahulunya tidak ditayangkan, sekarang menjadi bahan untuk mencari rezeki (katanya untuk drama terbaru Haliza).

Haliza Misbun, Ari Wibowo Ada Apa-apa?

Selasa, 28 Julai 2009

Nampaknya aktres dan juga pelakon, Haliza Misbun tetap mahu memilih Ari Wibowo sebagai hero filem terbarunya. Dia sanggup ke Jakarta semata-mata mahu memujuk Ari untuk berlakon dengannya dalam filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami. Filem arahan Din CJ itu akan memulakan penggambarannya pada 11 Ogos ini di Kuala Lumpur dan Ari membawakan watak Dr. Ryan Diprojo.

Dengarnya Ari juga begitu seronok dapat berkerjasama lagi dengan Haliza yang sempat bertemu dengan keluarga Ari di sana. Tak percaya, tengok betapa mesranya Haliza dengan anak sulung Ari, Kenzo yang comel dan montel itu.

Dikhabarkan juga selain Ari, Haliza juga menjemput adik iparnya, Awie dan Erra Fazira untuk berlakon bersama. Awie bakal membawakan watak Putera Aziz Al-Biruni manakala Erra Fazira yang muncul sebagai undangan khas menggalas watak Markonah, pembancuh teh yang kecoh dan gila berniaga.

Haliza Misbun Belum Mahu Kahwin

Khamis, 2 April 2009

Haliza Misbun, 36, bekas aktor Gerak Khas, yang sebelum ini lebih gemar menjalin hubungan cinta dengan lelaki bangsa asing tidak mahu menjadikan angka sebagai taruhan untuknya terburu-buru mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Haliza dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia berdarah kacukan Jerman, Ari Wibowo.

Malah, pernah juga dia menjalin hubungan dengan dua jejaka Inggeris, seorang dari Austria dan terbaru, lelaki berasal dari Eropah.

Berulang kali ditanya, berkali-kali juga Haliza meluahkan untuk tidak berkahwin.

Mengakui masih berhubung, barangkali, Haliza punya alasan sendiri dalam membuat keputusan besar yang bakal mempengaruhi perjalanan hidupnya kelak.

"Sebenarnya, dalam perhubungan saya banyak korbankan kepentingan saya sendiri demi menjayakan banyak perkara, sebab itu saya rasa tidak mahu berkahwin.

"Ini apa yang saya rasa sekarang. Saya terlalu pentingkan diri dan sentiasa mahu menang dalam segala segi.

"Saya tidak tahu apakah ada lelaki yang boleh mengubah sikap saya. Bukan kerana saya kecewa tetapi saya terfikir adakah di kalangan lelaki di luar sana yang boleh menerima saya yang sentiasa nak menang kerana saya jenis yang tidak suka dikongkong," jelas Haliza tentang situasi hubungan cintanya.