Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar ulang tahun pertama Yusuf Iskandar (6 gambar video)

Selasa, 11 Julai 2017

Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon

Selasa, 23 Mei 2017

Hairul Azreen diakui kurang menyerlah sebagai pelakon namun Hairul sebenarnya seorang usahawan menerusi beberapa perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha.

Bagaimanapun kemewahan hasil daripada titik peluhnya selama ini sering dipandang serong malah ada mempertikaikan kesenangan yang dikecapinya hari ini hasil menumpang nama isteri dan anak lelakinya, Yusof Iskandar.

"Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.

"Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.

"Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,

"Perniagaan pertama saya pun sya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.

"Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah," jelasnya memetik mStarOnline.

Anak Hanis, Hairul kini tahu menyelam (video)

Jumaat, 20 Januari 2017

"Yusuf Iskandar menyelam dan berenang di usia 7bulan. Terima kasih Allah." -Hanis Zalikha

Anak Hanis Zalikha, Hairul Azreen terkini (14 gambar, video)

Khamis, 27 Oktober 2016

Hairul, Hanis jumpa Tun Mahathir di London (gambar & video)

Selasa, 27 September 2016

Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Ahad, 25 September 2016

1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.

Majlis akikah Yusuf Iskandar (9 gambar)

Isnin, 22 Ogos 2016

Lagi 5 gambar anak Hairul, Hanis Zalikha didedahkan

Jumaat, 10 Jun 2016

Video Sweet giler dari Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

Khamis, 9 Jun 2016


Selepas Hanis Zalikha melahirkan anak Sabtu lalu, Yusuf Iskandar, Hanis ada membuat satu video khas untuk suaminya yang tercinta, Hairul Azreen bersempena juga ulang tahun pertama perkahwinan mereka..

Akhirnya Hairul, Hanis tayangkan wajah anak.. (gambar)

Isnin, 6 Jun 2016


Akhirnya Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendedahkan wajah anak sulung mereka, Yusuf Iskandar, yang lahir 3 Jun lalu.

Hanis Zalikha selamat melahirkan anak sulung tapi...

Ahad, 5 Jun 2016

Hanis Zalikha, selamat melahirkan anak lelaki tepat jam 8.15 malam 3 Jun lalu. Berita gembira itu dikongsi sendiri suami Hanis, Hairul Azreen, di laman Instagramnya.

Pasangan selebriti itu memilih nama Yusuf Iskandar untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram.

Tapi sayangnya, wajah anak mereka masih lagi tidak diberi nampak di Instagram mereka berdua.

Gambar terbaru baby bump Hanis Zalikha

Rabu, 13 April 2016

Dengarnya kandungan Hanis Zalikha kini dah masuk usia 5-6 bulan. Memang besar juga melihat perut Hanis ni. Apa-apa pun semoga suami isteri, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersedia menjadi ibu bapa sepenuhnya nanti.

Hairul Azreen, Hanis Zalikha bercuti di Poring, Ranau Sabah (8 gambar)

Rabu, 16 Mac 2016

Babymoon di Korea oleh Hanis Zalikha, Hairul Azreen (20 gambar)

Jumaat, 22 Januari 2016


Hanis Zalikha disahkan hamil anak sulung (5 gambar)

Ahad, 20 Disember 2015

Tahniah kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha kerana bakal menimang cahaya mata dan sekaligus menjadi ayah dan ibu.

Berita gembira itu dikongsikan mereka melalui laman Instagram Hairul.

Sekitar bulan madu Hairul Azreen, Hanis Zalikha (25 gambar)

Jumaat, 7 Ogos 2015

Wah bukan main hebat lagi bulan madu Hairul Azreen dengan isterinya, Hanis Zalikha di Kepulauan Bora Bora baru-baru ini.

Satu tempat peranginan yang cantik di tepian pantai dan pulau. Namun dikhabarkan ianya cukup mewah dan mahal untuk pergi ke sana.

Sektiar resepsi kali ke-2, Hairul & Hanis (17 gambar)

Selasa, 16 Jun 2015


Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi mereka untuk bagi pihak lelaki di Hotel Majestic.

Perkahwinan Hairul, Hanis riak dan menunjuk?

Jumaat, 12 Jun 2015

Pelakon Hairul Azreen Idris terkilan apabila kemampuannya ber­belanja besar untuk majlis perkahwinan dengan pengacara dan pelakon Hanis Zalikha Zainal Rashid, Jumaat lalu dipertikai peminat.

Hairul, 27, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia dilakukan mengikut kemampuan diri dan seikhlas hati.
“Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira.

“Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

“Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai?” katanya
Wang hantaran berjumlah RM91,019.90 yang diberikan Hairul kepada Hanis, 25, dikatakan menjadi punca segelintir pihak menganggap pasangan ini mahu menunjuk-nujuk dan riyak.

Hairul bagaimanapun menegaskan tidak pernah terlintas di hati untuk menunjuk-nunjukkan malah tidak menyangka keikhlasannya terhadap isteri tersayang disalah erti.
“Janganlah pertikai majlis kami. Macam saya cakap tadi segala perbelanjaan me­ngikut kemampuan saya dan tiada niat sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk.

“Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga.

“Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu. Doalah yang baik-baik buat saya dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu,” katanya

Sekitar resepsi Hanis Zalikha, Hairul Azreen (15 gambar)

Selasa, 9 Jun 2015

Hujung minggu lalu telah berlangsung majlis persandingan bagi pasangan Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam.

Pernikahan Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Wang hantaran RM91,019.90! (5 gambar)

Jumaat, 5 Jun 2015

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha, 24, sah bergelar isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, 27, tepat jam 3.50 petang tadi.

Mereka dinikahkan bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain, 57, disaksikan Imam 2 Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Ustaz Mohd Syuhud Razali yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong.